Thursday, September 02, 2010

Hadiah Harijadi Aku Dari Cik Farah

Hadiah Harijadi Aku Dari Cik Farah

Tadi, aku pi rumah mak dan ayah aku di Taman Permata untuk bukak posa. Lepaih makan aku pun solat dan lepaih solat aku pun sembang dengan mak aku Puan Hajah Siti Roselina dan mak aku pun bagi kat aku satu beg plastik.

Aku : Benda apa ni mak

Mak Aku : Tak pa azril tengoklah Farah bagi kat azril sebab harijadi Azril

Aku : Haaaaaaaaaaaa
.
Yangnilah benda tu
.
Comel tak.
.
Apa pun aku terkejutlah jugak, mungkin adik aku Cik farah Zalina ni tak tau kot kata abang dia dah umoq 30. Walau apa pun terima kasih banyak banyak sebab bagi kat abang. Tak pa satgi abang dakap benda tu masa masa abang tidoq satgi. Hahahahaha
.

.
Terima Kasih sebab bagi kat abang benda ni Hahahaha. Satgi abang dakap benda tu masa masa abang tidoq satgi.

Comelnya..............

Comelnya..............

Catatan 31/08/2010

Aku berada dihadapan tv menonton sambil berbaring terasa macam nak tidur saja. Isteri aku pula tengah mengambil baju dalam mesin basuh dan memasukkan kedalam bakul untuk disidai. Tiba tiba dialog pun bermula..............

Isteri Aku : Ya Allah abang! Tentu abang suka tengok ni
.
Aku : Sat sat abang sampai

Aku berjalan ke dapur dan seterusnya ke pintu belakang rumah tempat isteri aku menyidaikan baju kami.

Isteri Aku : Tengok tu.......

Aku : Waaaa, comelnya anak kucin ni

Isteri Aku : Abang kalau kita pegang anak dia dia marah tak?

Aku pun memegang ibu kucing tersebut dan terus memagang anaknya

Aku : Sayang pi ambik kamera sat, kita tangkap gambaq kucin ni


Ibu kucing memerhatikan kami
.

Comel tak?
.

Sempat lagi mengeliat sambil mengeluarkan kukunya
.

Adik beradik kucing tersebut takut dan menyrok disebalik kayu
.

Comelnya rasa macam nak lambung lambung ja......
.

Hari Selasa Azril Azlina @ 21 Ramadhan 1431 Hijrah

Hari Selasa Azril Azlina @ 21 Ramadhan 1431 Hijrah
.
Pada pagi 21 Ramadhan 1431 yang lepas pada jam 10 aku dan isteri tercinta ke pasar pagi yang terletak di Jaya Gading dan kami pun membeli barangan keperluan untuk dimasak diwaktu berbuka puasa nanti. Pada pukul 6 petang isteri aku pun memulakan kerja masakannya.

Kali ini lauk kami ringkas sahaja disebabkan aku lebih suka lauk yang ringkas. Bukannya apapun tetapi hakikatnya setelah makan nanti aku akan naik bas jika aku terlampau kenyang nanti takut aku rasa kurang selesa nanti atas bas nanti.)

Selepas kami berbuka puasa kami pun terus solat dan bersiap untuk ke Terminal Makmur Kuantan. Pada jam 9.00 malam bas pun bergerak meninggalkan terminal bas dan aku pun terus tidur dan pada jam 6.00 pagi aku pun sampai di Butterworth.


Inilah juadah berbuka kami - juadah yang ringkas dan sangat sedap
.

Inilah dia lauk yang aku paling suka makan dan aku teringin sangat nak makan di bulan Ramadhan ini - Ikan temenung (kembong) masak wap
.

Salah satu dari masakan kegemaran aku - jantung lembu masak pedas
.

Cucoq yang paling aku suka makan cucoq kodok
.

Wednesday, September 01, 2010

Ringkas dan Sedap @ 19 Ramadhan 1431 Hijrah

Ringkas dan Sedap @ 19 Ramadhan 1431 Hijrah


Antara lauk yang ringkas dan sedap tersebut
.

Antara lauk yang aku teringin sangat nak makan akhirnya pada 19 Ramadhan aku dapat juga makan ikan talapia sungai ni. Yangni bukan ikan kolam tau.
.
Yangni lagi menarik rambutan sejuk setelah disimpan setengah jam dalam peti sejuk
.

Antara ulam yang aku suka makan dan membuatkan aku terliur pabila melihatnya - jantung pisang

Thursday, August 26, 2010

Hari Isnin Muhammad Azril di Taman Permata @ 13 Ramadhan 1431 Hijrah

Hari Isnin Muhammad Azril di Taman Permata @ 13 Ramadhan 1431 Hijrah.

Hari Isnin 23/08/2010 yang lalu bersamaan dengan 13 Ramadhan 1431 Hijrah lalu setelah balik dari kerja aku pun ke rumah Mak dan Ayah aku yang terletak di Taman Permata Bukit Mertajam . Aku akan kesana setiap hari Isnin setiap minggu dan tujuan aku kesana pada hari Isnin yang lalu adalah untuk berbuka puasa dengan Mak, Ayah dan adik adik. Selepas habis berbuka puasa aku pun pulang ke kuarters.


Buah kurma segar dari ladang di Tunisia (kawan Cik Farah bagi)
.

Makanan kegemaran aku daging masak kentang (Mak Puan Hajah Roselina yang masak)
.

Inilah dia cucoq udang sedap ni (Ayah Tuan haji Hamzah yang buat ni)
.

Air kacang soya buatan Pasar Ramadhan
.

Satar buatan pasar Ramadhan
.

Petang ni aku balik Kuantan sebab besok cuti Nuzul Al Quran dan hari Rabu minggu depan baru aku kerja. Selamat Berpuasa, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara dan Selamat Bercuti.