Friday, May 14, 2010

Gambar Sewaktu Kerja Luar

Gambar Sewaktu Kerja Luar

Sebagai diari bergambar catatan yang membuatkan aku tersenyum ketika membacanya walaupun blog aku sendiri. Disini aku muatkan gambar sewaktu kerja luar. Inilah adalah pencapaian terhebat ketika proses penghitaman kulit yang tahap ekstrim. Kalau sesiapa jumpa aku dan kawan kawan lepas ni jangan tak kenal cukup.

Dalam tempoh 2 minggu sebenarnya banyak gambar tapi sengaja aku pilih yang di bawah ini. Apapun tahniah pada semua kawan kawan yang menjayakan kerja ini dan menjadikan ia menjadi nyata. Walaupun kami tak ada sijil dakam bidang berkaitan tapi kami berjaya menjadikannya sebagai kenyataan. TAPI YANG TAK SERONOKNYA ADALAH GAMBAR TU TARIKH DIA DAH LARI, AKU TAK TAU SAPA YANG BUAT MACAM TU


Antara pencapaian terhebat dapat mendirikan alat ukur dalam parit yang sedalam 1 meter. Sebelum tu aku dan Encik Radzi dah jatuh dalam parit tu
.

Encik Radzi dan Encik Osman sedang mencari jarak
.

Alat ukur ditegakkan di lereng bukit.
.

Encik Osman dan Encik Razak tengah memeriksa dan melaraskan alat ukur
.

Encik Shafei berhati hati sambil menuruni bukit
.

Dari kiri Encik Radzi, Encik Mohamad, Encik Jalil, Encik Safar dan Encik Razak
.

Gunung sanggup kudaki lurah sanggup dituruni demi kerja setia ku korbankan. Hahahaha
.

Nampak tak 2 buah kereta yang di bawah sana. Begitulah ketinggian bukit yang kami daki
.

Encik Radzi mengambil angin setelah penat mengukur
.


kami masing masing melaraskan alat untuk proses pengukuran seterusnya
.

Inilah teman setia kami semua
.

Inilah bos kami nama dia Encik Razak, dia memang lasak dan rajin serta mulutnya sehebat kerja dia.

Depa berdua macam adik beradik kan.. Hahahaha
.

Memanjat bukit sambil tersenyum
.

Encik Safar (PSP) memasukkan bering dan jarak untuk pengukuran seterusnya
.

Jam menunjukkan pukul 1 dan inilah masanya kami perlu balik dan esok sambung pulak
.

Mengantuk dan letih sampai simpan alatan boleh pejam mata
.

Wednesday, May 12, 2010

Menghitamkan Kulit

Proses Penghitaman


Dah 2 minggu aku tak masuk pejabat cuma aku masuk pejabat hari Jumaat saja. Ini adah disebabkan aku sekarang kena kerja kat luar. Tugasan yang diberikan memang mencabar. Kerja dimulakan pada pukul 8.30 hingga 2 petang.

Kerja beratapkan langit berlantaikan bumi ditambah kesan khas iatu pancaran matahari yang amat terik. Antara perubahan setngah jam kemudian adalah basahnya baju bukan disebabkan hujan tapi sebab peluh yang banyak sangat. Kemudian timbulnya bau yang tak dapat dielakkan. hahahaha

Semua orang tahu kulit aku memang gelap tapi bila berkawan dengan matahari ni kulit aku bertambah gelap dan sekarang kulit aku menjadi seperti perkerja ditapak pembinaan. Mungkin perkerja tapak pembinaan pun lagi putih dari aku. hahaha

Aku tak kisah aku jadi hitam ke coklat ke arang ke janji aku buat kerja.

Aku sebelum memulakan kerja aku akan minum air masak 2 gelas tapi bila di tapak peluh yang keluar melebihi 2 gelas sampai basah baju kalau boleh diperah memang menghasilkan peluh satu timba.

Antara pengalaman yang menarik yang dilalui oleh aku dan kawan kawan adalah jatuh bukit, tegelincir, tengelam dalam tanah jerlus, jumpa ular, nak pitam dan banyak lagi.

Nanti aku letak gambar dalam blog ni, tapi sekarang aku nak tidur dulu.

Selamat malam semua semoga dibuai mimpi indah.................

Zaman Internet

Zaman Internet

Sebut saja internet semua orang tahu, sampai budak yang tadika pun tahu apa itu internet. Dekat Bukit Mertajam ni aku ingat lagi bila ada kafe siber waktu tu tahun 1998 dimana capaian internet menggunakan talian dail. Waktu tu kalau sejam harganya lebih kurang RM 3 sampai RM 5 mengikut kecepatan muaturun. Waktu tu kalau nak cari apa apa maklumat tak berapa ada sangat maklumlah benda tengah baru lagi.

Baiklah aku nak mulakan catatan aku berkenaan dengan laman sosial yang sekarang ni dah jadi macam cendawan lepas hujan, banyak sangat antara yang terkenal adalah Friendster, Myspace, Twitter, Facebook dan banyak lagi.

Bercerita tentang Facebook kebanyakkan rakyat Malaysia ada facebook termasuk pemimpin atasan. Antara orang yang aku rapat yang mempunyai akaun facebook adalah adik adik aku. Sampai segalanya tentang diri mereka diletakkan di facebook.

Antara soalan yang kerap ditanya oleh adik adik aku adalah

"Abang kenapa takdak akaun facebook boleh kami jadikan abang kawan kami" kata depa

"Abang malaslah" kata aku

"Abang tau tak nanti abang boleh berkenalan dengan kawan kawan dari seluruh dunia tau tak lepas tu nanti abang boleh ikuti berita terus dari facebook. Bila kawan abang dah ramai nanti abang boleh cakap apa saja macam nak berleter dalam facebook pun boleh. Abang ni bila orang cakap senyum macam nak perli sebab apa?" kata depa

"Abang sebenarnya suka nak suarakan isi hati abang dalam blog saja sebab kalau abang kata apa apa pun tak sapa nak marah"

Lalu adik aku pun pergi sebab gagal pujuk aku. hahahahaha

.................................................

Salah satu pembaziran dalam penerbitan..............................................

Friday, April 30, 2010

Cuti Cuti Malaysia Kota Bahru Kelantan

Cuti Cuti Malaysia Kota Bahru Kelantan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Tarikh : 25.04.2010 Ahad - 26.04.2010 Isnin

Tempat : Hotel Ridel Kota Bharu Kelantan

Tujuan : Kursus Pemantapan Perawatan Komprehensif

Peserta : Puan Azlina seorang saja dan aku hanya peneman.

Catatan 25/04/2010
Perjalanan dimulakan pada jam 11.30, selepas kami dari Terminal Makmur membeli tiket bas. Perjalanan yang agak lancar ketika di Jalan Cherating dan sempadan negeri Pahang nak ke Terengganu serta perjalanan lancar juga lancar ketika kami di Jabor. Semasa perjalanan nak ke sana aku terpandang projek pembinaan fasa ke 2 LPT (lebuhraya pantai timur) yang akan siap nanti tahun depan. Alangkah indahnya jika projek LPT fasa 2 ini siap sepenuhnya. Untuk makluman semua sekarang ini LPT fasa 1 menghubungkan antara Karak hingga Jabor dan LPT fasa 2 yang akan dibina menyambungkan antara Jabor dan Kuala Terenganu dan jarak keseluruhan adalah 338 km. Cuba bayangkan dari Lebuhraya Karak ke Kuala Terengganu mengambil masa 3 jam saja. Memang menakjubkan.

Berbalik pada cerita aku, kami melalui jalan Jalan Jabor-Al Muktafi Billah Shah. Keadaan jalan disitu agak sesak dengan kenderaan terutamanya lori lori. Dalam hati aku terfikir bilalah LPT fasa 2 akan siap nanti. Hahahaha. Kami berhenti sekejap untuk membeli keropok dan sedikit makanan ringan untuk dimakan didalam kereta. Perjalanan diteruskan hingga ke Kuala Berang dan Jalan Kota Bahru. Nasib baik isteri tercinta disebelah memberikan kata kata semangat supaya aku bersabar, bersabar kerana aku dah kadang kadang hilang sabar dengan telatah pemandu kereta disini, cuba bayangkan di laluan memotong mereka sibuk berada di tengah jalan dan menghalang kenderaan lain dari memotong mereka. Ada pula yang sibuk sangat nak bawa kenderaan kat barisan kanan sedangkan mereka Cuma bawa 50km/j saja. Apa pun aku bersabar…. Ya aku bersabar.

Akhirnya pada pukul 5.45 petang kami pun sampai perjalanan yang memakan masa 6 jam lebih. Setelah selesai daftar masuk hotel kami pun terus turun minum dan meronda ronda pada malamnya sekitar Kota Bharu. Pada keesokkan paginya kelas Puan Azlina pun bermula dan aku pun tinggal keseorangan dalam hotel nasib baik tv kat Ridel Hotel banyak saluran yang menarik sampai habis semua rancangan aku tengok.

Pada malamnya kami pun terus meronda lagi, kali ini kawan isteri aku membawa kami makan di Pantai Cahaya Bulan. Setelah kekenyangan makan kami pun balik ke hotel dan keesokkan harinya seperti biasa kelas isteri aku pun bermula.

Catatan 26/10/2010
Pada pukul 5 petang isteri aku pun balik dari kelasnya kami pun bersiap untuk balik dan pada pukul 6 petang kami pun keluar dari hotel. Sebelum keluar kami sempat ambil gambar buat kenangan dan setelah keluat hotel kami pun bergambar lagi.Perjalanan kami diteruskan kami makan malam di kedai sup sedap di Terengganu dan berhenti sekejap di Kuala Terengganu. Pada pukul 1.00 pagi ketika di Kemaman aku mengantuk sangat lalu aku isteri aku pun memandu sehingga sampai di Kuantan. Pada jam 2 pagi kami pun sampai.


Aku memeluk insan yang aku cukup cintai, sehingga ke harini cintaku pada dirinya tak pernah padam sejak dari hari akad nikah kami.
.

Senyuman yang hampir hampir menyebabkan masa terhenti.
.
Senyuman macho seorang suami (Hahahaha)
.

Puan Azlina ketika di hadapan Sungai Kelantan
.
 
Aku bergambar dihadapan deretan bangunan yang menempatkan Hotel Ridel
.
Gambar kami dirakamkan ketika kami di bandar Kota Bharu
.

Friday, April 23, 2010

Aku Tak Puas Hati

Aku Tak Puas Hati

Kali ini aku nak tulis blog ini dalam bahasa Melayu daerah atau bahasa Pulau Pinang

Aku merasakan dengan tulisan aku ini tidak mencemarkan bahasa ibunda aku Bahasa Melayu.

.......................................................................

Pernah tak hangpa semua pi kedai yang menjual alatan khas, senang cerita macam kat kedai aksesori kereta ka, kedai baiki kereta, kedai tayar ka, kedai runcit ka kedai kad ka, kedai cenderamata ka, kedai alatan tulis ka, kedai telefon bimbit ka, kedai komputer ka, kedai baju ka atau mana mana kedai kat sini dan banyak lagi dan tak dapat aku senarai.

Pernah tengok muka depa maksud aku tuan punya kedai ke atau tukang jual kat kedai tu. Pernah tak depa senyum. Senyum……….., jangan haraplah. Kalau kita tanya kat depa depa akan tunjuk barang tu dengan seolah olah kita peminta sedekah yang nak buat urusan kat kedai depa ditambah dengan muka semasam masamnya seperti makan makanan yang kita tak boleh makan yang diperah dengan limau yang paling masam.

Kadang kadang sebab tu aku malas nak pi kedai yang jual hanya satu benda ja, macam pewangi kereta kat kedai aksesori. Nak tau sebab apa? Sebabnya adalah di kedai aksesori dahlah barang tu mahal sangat lepas tu kalau kita lama sangat kat kedai tu depa si tukang jual tu akan ikut kita kat mana saja dengan muka yang masam sangat, awat benci sangat tengok muka aku ka?. Aku tau depa rasa tak selesa sebab tengok muka orang ramai sangat. Tu lah spesis depa ni nak meniaga tapi muka macam hantu. Nak tawar? Jangan harap nak dapat. Cuba bayangkan kalau kita nak ke sesuatu kedai tu maka kita kena letak kereta jauh sangat lepas tu layanan depa pulak macam ………………… (ayat ditapis)

Pernah haritu aku beli pewangi kereta kat kedai aksesori kereta sebab aku singgah kedai mamak sebelah untuk beli mi goreng. Aku pun ambik lah satu pewangi kereta tu tiba tiba dialog pun bermula.

“Boleh tanya berapa harga benda ni tak lekat tanda harga pun”, kata aku
“Benda ni yu ambik kat mana” kata tukang jual
“Kat sana”, kata aku sambil tunjuk kat dia tempat aku ambik barang tu
“Benda ni tak ada dalam kod lagi sebab baru sampai, yu ambik barang lain lah”, kata tukang kedai dengan masam.
“Takkan tak boleh beli kot”, kata aku sambil menahan sabar.
“Yu tak paham ka”, kata dia dengan sangat sangat kuarng sopan.
“Wei hang jaga mulut sikit, aku pun tak teringin nak beli benda ni kat kedai hang, kata aku dengan dengan meninggi suara dan keluar dari kedai tu. Puas hati aku…

Benda ni pernah jadi kat aku berkali kali kat aku samada kat kedai komputer ka, kedai alat tulis ka kedai runcit ka sebab bila aku dah suka sesuatu benda tu aku akan beli tapi bila dah jadi dialog macam kat atas tu aku pun jadi meluat sangat

Sebab tu aku suka beli kat pasaraya sebab kat sana barang dahlah murah lepas tu perkerja sana memang akan tolong kita dengan mesra kalau kita ada masalah dengan barang yang kita nak beli. Kat sana semua ada pen, pencuci, syampu, berus, baju, aksesori kereta, barangan komputer, alatan telefon bimbit, makanan, senang kata semua ada. Antara pasaraya pilihan aku yang aku selalu pi adalah kat Pasaraya Giant Prima Prai sebab waktu tengahari tak ramai orang kat sana.

Aku nak bagi nasihat sikit kat pekedai, tukang jual, kerani jualan dan sapa sapa tak kisah samada tuan punya kedai ka. Ingat sama hangpa kat pelanggan, jangan berlagak sangat. Kalau hangpa tak dak pelanggan hangpa jugak yang rugi. Lepas tu kalau boleh senyum sikit kat pelanggan hangpa jangan buat muka macam orang sakit ja, masam setiap masa.
Hangpa tau tak bila hangpa dah bukak kedai kat satu satu tempat tu maka hangpa dah sekat rezeki orang lain nak bukak kedai yang sama.

Kalau hangpa tak suka senyum dan bersopan santun tak payahlah nak bukak kedai, pi lah balik rumah makan tidok bagi gemok ja. Kepada kerani jualan atau perkerja yang kat kedai mana mana pun, benda yang sama jugak berenti lah kerja wei. Tak payah nak bermasam muka dengan sapa.

Tapi yang paling lawak bila pekedai pekedai ni tulis dalam suratkhabar bahasa inggeris kata kewujudan pasaraya besar menyekat pendapatan depa. Hangpa dah tau orang awam suka pi pasaraya besar, habih tu hangpa tak reti reti lagi nak tingkatkan kualiti kedai hangpa jangan fikir nak untung saja tapi abaikan pelanggan. Jangan terlalu fikir sangat kata hangpa tu keturunan peniaga maka hangpa ditakdirkan jadi peniaga. Tak juga kalau hangpa berterusan buat perangai macam ni maka hangpa akan jadi pemintak sedekah nanti.

Kepada kawan kawan yang pernah terkena dengan gelagat kurang sopan peniaga yang tak tahu nak ambik hati pelanggan marilah kita semua beralih pi kat pasaraya besar. Kat sana semua ada, kedai sana sejuk sebab ada penghawa dingin, tempat letak kereta luas, perkerja yang mesra, tempat makan pun ada.

Ok lah aku tak mau nak kata kat orang sebab hari ni hari Jumaat. Mungkin aku akan insaf dari mengata kat orang…………… Tapi bila aku geram, aku kata jugak…….. Apa nak jadi……. Aku manusia biasa...(Eleh ayat) Hahahahaha