Thursday, October 22, 2009

Balik Dari Grand Riverview

Catatan 26 Julai 2009
Lokasi : Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan

Pagi pagi lagi kami dah bangun awal, selepas subuh kami terus bersiap untuk makan di Dewan Makan atau lebih dikenali sebagai Coffe House di Hotel tersebut. Hari ini merupakan hari yang terakhir kami disana disebabkan kami akan balik ke Kuantan. Mesyuarat dah habis semalam.

Apabila kami turun di dewan makan, kami dapati setengah dewan makan telah pun penuh dengan perwakilan dan keluarga lalu kami pun meyertai mereka. Selepas makan kami pun terus bersiap dan pabila pukul 9.30 pagi aku pun turun sekejap berjumpa kawan aku yang akan balik ke Bukit Mertajam dengan bas.
.
Untuk pergi mesyuarat tersebut kami diberikan pilihan samada menaiki kenderaan sendiri atau menaiki bas yang disediakan, aku memilih untuk naik kenderaan sendiri disebabkan aku ke Kuantan dulu barulah aku ke Kota Bharu dengan menaiki kereta. Selepas itu aku pun naik semula ke bilik untuk bersiap untuk balik ke Kuantan.

Balik ke Kuantan?....... Hahaha. nanti dulu kita ronda ronda dulu.


Setelah bersiap kami pun mengambil gambar
.

Dengan senyuman dan masih lagi mengantuk gambar Puan Azlina dirakamkan
.
Selesa juga duduk atas bangku ni. Hahahaha
.

Senyuman menawan dari isteri tercinta untuk suaminya yang dicintai seluruh jiwa raganya. Hahahaha
.
Rasa macam nak baring je lagi dalam 2 atau 3 jam lagi. Hahahahaha
.
Tak larat nak duduk atas katil, kita duduk atas lantai sekejap.
.
Kami bergambar berlatarbelakangkan bilik dalam dalam hotel tersebut.
.
Selepas kami bergambar kami pun turun daftar keluar dan kami ke Pasar Siti Khadijah dan kami pun terus ke pasar pasar berdekatan. Kami berhenti apabila sampai di Kuala Terengganu dan terus lepak sekejap di tembok di tepi pantai berdekatan Bandaraya Kuala Terengganu selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Masjid Kristal untuk bersembahyang dan kai rehat sekejap. Perjalanan diteruskan dan kami berhenti makan disebelah kedai membuat roti dan pada malamnya kami pun sampai di Kuantan. Syukur Alhamdulillah kami selamat sampai di Kuantan

.

Pemandangan indah Masjid Kristal dari tempat letak kereta
.

Kami pun bergambar dihadapan Masjid Kristal

Wednesday, October 21, 2009

3 Syawal 1430 Hijrah

3 Syawal 1430 Hijrah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, Syukur pada Allah, Tuhan Pencipta Langit dan Bumi. pada 1 Syawal yang lalu pada jam 2 pagi aku dan isteri aku selamat sampai di Felda Jenderak Utara dan selepas itu aku terus bermaafan dengan Pak Mentua dan mak Mentua aku.
.
Selepas itu aku pun terus masuk tidur dan pada hari Raya yang kedua kami pun pergi menziarahi rumah jiran yang berdekatan dan ada satu peristiwa yang aku tidak dapat lupakan adalah sepanjang hari pada raya kedua aku terus sakit perut hingga terpaksa ke Hospital Temerloh pada malamnya. Ketika itu aku berada dirumah Mak saudara isteri aku Mak Cik Yah. kami ke sana adalah untuk persiapan sepupu isteri aku yang hendak bertunang pada Raya yang ke 3.
.
Pada pagi raya yang ketiga kami pun terus bersiap siap hendak ke rumah Mak Cik Yah dan kami pun sempat merakam beberapa gambar


Pasangan kekasih tengah bergambar
.

Dengan senyuman dan sambil duduk gambar Puan Azlina dirakamkan
.

Cantik tak baju saya kalau nak tau baju ni isteri saya yang hadiah. Hahaha
.

Kami bergambar dihadapan anjung hadapan rumah
.

Dari kiri duduk, Azril, Pak Mentua Tuan Ahmad, Mak Mentua Puan Halijah dan biras Encik Nuril Azwa. Berdiri dari kiri Isteri Tercinta Puan Azlina, Biras Encik Ahamad Sapawi, Kak Ipar Puan Azilawati dan Adik Ipar Puan Aizaan.

Anak Mak Cik Yah dan Pak Cik Din yang dikenali sebagai Jaja disarungkan cincin dan mencium tangan bakal mak mentuanya

Tuesday, October 20, 2009

Harijadi Farah Zalina Binti Hamzah

Harijadi Farah Zalina Binti Hamzah

Lokasi : Taman Permata
Tarikh September 2009/Ramadhan 1430 Hijrah
Tujuan : Berbuka Puasa dan Potong Kek Harijadi Cik Farah Zalina Binti Hamzah yang ke 25
Kamera : Tidak dikenalpasti (apa yang pasti gambar dirakamkan melalui kamera telefon bimbit nokia)

Ayahanda Tercinta memeluk anak kesayangannya Farah Zalina
.
Bergambar bersama sama Farah dan tunangnya
.
Dari kiri Bonda Tercinta Puan Siti Roselina Indrayati, Cik Nur Hannah, aku, Cik Farah Zalina dan Encik Zuhri Amam
.
Dengan penuh sopan dan sambil bersimpuh kek terus dipotong

Fatwa Fatwa untuk Renungan Bersama

Fatwa Fatwa untuk Renungan Bersama
.
Fatwa Negeri Johor
Kategori : Akidah
Tajuk :
Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Isu :
Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Keputusan :

Alhamdulillah Fatwanya,Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.

Fatwa Negeri Perlis
Kategori : Akidah
Tajuk :
Apakah Pengertian Ahli Al-sunnah Wal Jamaah?
Isu :
Fatwa :

Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar.
Majlis tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu.

Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhab-mazhab ssperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Majlis Agama Islam Perlis memang berpandukan kepada Mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah
.
Fatwa Negeri Kedah
Kategori : Akidah
Tajuk :
Fahaman Wahdatul Wujud
Isu :
Fahaman wahdatul Wujud adalah menyalahi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Fatwa :

Jawatankuasa Fatwa telah mengkaji dan bersetuju dengan sebulat suara bhawa fahaman Wahdatul Wujud menyalahi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Rujukan Pewartaan : No. 20 Jd. 44

Tarikh Pewartaan :
27 September 2001
.
Fatwa Negeri Pulau Pinang
Kategori : Akidah
Tajuk :
Fatwa Tentang Golongan Anti-hadis
Isu :
a)"Hadis Satu Penilaian Semula" dan Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad.b)"Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu-Hadith Di dalam Al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman.c)"Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali.d)"The Computer Speaks-God's Message To The World" yang ditulis yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam boleh mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam.
Fatwa :

Bahawa orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan yang sesat dan bertentangan dengan akidah, syariah, dan akhlak Islamiah.Dengan itu mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula","Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu-Hadith Di dalam Al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World" adalah murtad.
.
Oleh itu mana-mana orang Islam adalah dilarang:a)untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula","Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu-Hadith Di dalam Al-Quran","Bacaan" dan "The Computer Speaks God's Message To The World" atau mana-mana bahagiannya termasuk:i)apa-apa bentuk, versi atau variasinya ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa iii)apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itub)untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana golongan anti hadis atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.
Rujukan Pewartaan : 7/1993

Tarikh Pewartaan :
29 November 1995
.
Fatwa Negeri Perak
Kategori : Sosial/Syariah
Tajuk :
Zakat Atas Gaji / Pendapatan
Isu :
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 25 Syaaban 1410 bersamaan dengan 22 Mac 1990,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2).
Fatwa :

"Bahawa gaji atau pendapatan termasuk dalam kategori yang wajib zakat apabila cukup nisab dan haul itu adalah merupakan syarat yang diittifaqkan oleh Jumhur Ulama dalam mazhab yang empat.Syarat ini tidak berlaku pada gaji atau pendapatan maka gaji atau pendapatan tidak wajib zakat."
Rujukan Pewartaan : No: 165 Jil:57 Bil:5

Tarikh Pewartaan :
16 Feb 2004
.
Fatwa Negeri Kelantan
Kategori : Sosial/Syariah
Tajuk :
Fatwa Berhubung P.a. (surat Wakil Kuasa) Dan Wakaf
Isu :
Fatwa :

Mesyuarat Jamaah Ulama' bersetuju memfatwakan bahawa seseorang bapa harus dan masih ada hak untuk menarik balik harta yang dihibahkan kepada anaknya samada melalui lafaz atau perbuatan selagi harta tersebut masih berada di bawah milik mutlak anaknya dan harta tersebut masih belum hilang dari kuasa anaknya. Oleh itu pewakafan yang dilakukan oleh sibapa melalui P.A. (Surat Wakil Kuasa) adalah sah.
Rujukan Pewartaan : Kn.P.U. 20

Tarikh Pewartaan :
20 Julai 2006
.
Fatwa Negeri Terengganu
Kategori : Sosial/Syariah
Tajuk :
Anak Tak Sah Taraf
Isu :
Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 50(6) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M En. Tr. 2/2001), setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan setelah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini menyiarkan fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 50 Enakmen ini seperti yang dinyatakan dalam jadual.JADUALAnak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali dan tidak diharuskan perkara-perkara yang diharuskan bagi keluarga yang sah tarafnya pada syarak.
Rujukan Pewartaan : No.1

Tarikh Pewartaan :
6 Januari 2005
.
Fatwa Negeri Pahang
Kategori : Akidah
Tajuk :
Bersahabat Dengan Jin
Isu :
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:
Fatwa :

1. Bersahabat dengan jin untuk tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.2. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.3. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.4. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir dan nujum adalah haram.
Rujukan Pewartaan : Enakmen 3/91

Tarikh Pewartaan :
16 Januari 1997
.
Fatwa Negeri Selangor
Kategori : Muamalat
Tajuk :
Kadar ‘uruf Emas perhiasan Di Negeri Selangor
Isu :
Fatwa :

Kadar ‘uruf emas perhiasan di Negeri Selangor adalah pada timbangan 800 grm. Mana-mana timbangan yang melebihi kadar ‘uruf emas perhiasan adalah diwajibkan zakat perhiasan sepenuhnya, tanpa mengecualikan nilai yang dibawah ‘adat atau ‘uruf.
Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 15.

Tarikh Pewartaan :
23 Jun 2005
.
Fatwa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kategori : Akidah
Tajuk :
Fatwa Berkenaan Dengan Wanita Menyerupai Lelaki
Isu :
Fatwa :

Hukum bagi wanita yang mempunyai penampilan atau mempunyai gerak laku seperti lelaki adalah haram di sisi Islam.
Rujukan Pewartaan : Seksyen 34

Tarikh Pewartaan :
2 April 2009
.
Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus
Kategori : Sosial/Syariah
Tajuk :
Hukum Mewarna Rambut
Isu :
Fatwa :

1. Sunat :Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.2. Harus :a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.3. Makruh :a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.4. Haram :a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b).b) Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.
Rujukan Pewartaan : N,S,P,U. 4
Ini adalah senarai fatwa yang telah diwartakan bagi renungan kita bersama. InsyaAllah.
sumber http://www.e-fatwa.gov.my/

Monday, October 19, 2009

Al Fatihah Buat Abang Jo

Al Fatihah Buat Abang Jo

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Pada 15/10/2009 yang lalu aku dikejutkan dengan satu berita yang membuatkan aku dan kawan kawan aku terkejut. Pada jam 5.45 petang, Abang Jo atau nama sebenarnya Johari Wan Teh (PJM) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau telah meninggal dirumah nya di Permatang Tok Gelam.

Selepas maghrib aku dan ayah aku serta mak aku pergi menziarah arwah abang Jo di rumahnya. Tapi, aku sungguh kagum dengan kesabaran Kak Su, isteri abang Jo. Kak Su kelihatan tenang walaupun menanggung kesedihan tetapi beliau sentiasa di sisi jenaah abang Jo membaca ayat suci al Quran.

Ayah aku memang rapat dengan abang Jo sejak dari KOMTAR lagi dan apabila abang Jo pindah kesini aku pula rapat dengan abang Jo.

Pada keesokkannya jenazah beliau dikembumikan pada pukul 10 di Perkuburan Islam Permatang Tok Gelam. Al Fatihah buat beliau semoga roh beliau dicucuri rahmat dan berada disamping roh para syuhada dan orang orang yang soleh.

Beliau dianugerahkan pingat PJM-Pingat Jasa Masyarakat oleh TYT Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas pada tahun 2006.


Gambar diatas dirakamkan ketika aku dan abang Jo ketika kami pergi rombongan ke Kelantan
.

Gambar ketika kami berada dihadapan Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah ketika di Terengganu
.

Kelihatan Encik Johari tengah makan bersama isterinya Puan Suriati ketika kami berada di Marang Guest House ketika rombongan di Terengganu
.

Dari kiri aku, Encik Suhaimi, Encik Johari dan Encik Radzi
.

Encik Johari bergambar dengan pingat yang di anugerahkan kepadanya.
.

Selamat Tinggal Semua, kita jumpa di sana.........................



AL FATIHAH BUAT ROH JOHARI BIN WAN TEH