Sunday, February 25, 2007

Panas Baran


Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof


Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.

Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.

Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?
Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.

Apakah yang mendorong sifat panas baran?
Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran. Kesan buruk panas baran?Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.

Langkah terbaik menangani sifat panas baran?
Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.

Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah?
Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri.

Punca Panas Baran
Perilaku agresif
Gejala sosial
Emosi
Masalah kewangan/ keluarga
Ego
Tekanan perasaan
Faktor didikan
Bebanan kerja
Faktor persekitaran

10 Risiko Individu Panas Baran
Dipulaukan masyarakat sekeliling
Jiwa kosong (murung)
Hilang pekerjaan/jawatan
Perceraian
Kemalangan
Pergaduhan
Kesalahan jenayah
Melakukan penderaan
Tekanan perasaan
Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)


Thursday, January 25, 2007

Assalamualaikum


Assalamualaikum.
Ni lah di harta pertama yang aku miliki setelah aku mula berkerja.
Cuma warna dia sahaja yang berbeza kerana warna dia hitam.
Motor tersebut aku beli setelah 3 bula berkerja.
Tapi sebelum tu aku naik basikal ja

Tapi selepas 2 tahun motor ni berkhidmat dengan aku aku terus bagi kat adik aku. Untuk memudahkan adik aku pergi ke tempat kerja pulak.

Aku bagi kat adik aku sebab aku dah beli motor baru.

Saturday, November 18, 2006

Cuti Cuti Malaysia Part 3 (Terengganu Darul Iman)

Cuti Cuti Malaysia Part 3 (Terengganu Darul Iman)

Assalamualaikum................................................................................
Tanggal 17. March 2006 yang lepas aku dan rakan sekerja aku ikut pergi rombongan ke Kelantan dan Terengganu. Apa yang menariknya rakan sekerja aku iaitu Johari turut serta dalam rombongan tersebut. Kami pergi melawat pelbagai tempat menarik yang memang mempunyai warisan sejarahnya yang tersendiri.

Hari pertama kami sampai adalah di Marang iaitu dan kami pun menginap di Marang Guest House yang terletak di atas bukit. Aku pun sempat juga bergambar di Taman Awam bandar Marang. Apa yang menariknya adalah keadaan tempat tersebut berhadapan dengan laut yang indah dan tenang. Apabila diperhatikan nampak Pulau Kapas yang tersergam indah. Yang paling tak best kerana kami sampai dalam waktu petang dan tak sempat nak menghayati keindahan alam yang cukup indah
.


Cuba bayangkan dari pukul 9.00 pagi naik bas dari Seberang Perai dan seterusnya dalam pukul 5.30 baru sampai. Setelah check in di Marang Guest House aku terus turun bawah dan terus ke tepi laut. Kelembutan bayu yang bertiup sepoi sepoi bahasa menghilang penat dan letih setelah hampir 8 jam berada atas bas. Sedang asyik memerhatikan keindahan alam ciptaan Allah SWT, tiba tida terdengar suara azan berkumandang di masjid bersebelahan yang menandakan sudah masuk waktu Maghrib. Aku pun bergegas naik ke bilik dan terus mandi. Dalam pukul 8 malam kami pun turun dan makan. Sedapnya makanan yang dimasak oleh orang Terengganu, aku tambah 2 pinggan.

Selepas makan malam kami pun terus menikmati keindaahan di tepi laut secara berkumpulan, setelah semua orang masuk ke bilik masing masing disebabkan letih. Aku pun lepak secara berseorangan. Bagi aku, lepak berseorangan lagi best dari lepak dengan ramai orang. Selepas habis lepak dalam pukul 1.00 aku pun masuk tidur.

Dalam pukul 6.00 pagi aku pun bangun tidur. Seterusnya pengembaraan bermula menjelajah Terengganu. Aku pun ke Kuala Trengganu dan melawat ke tempat dimana perusahaan keropok lekor dijalankan Selepas kami melawat Seberang Takir kami pun melawat pelbagai tempat yang menarik dan indah di sekitar Kuala Trengganu.

Antara tempat yang menarik yang sempat dilawat seperti di Istana Maziah. Keaadaan sekeliling istana yang indah dan menarik. Antara tempat yang menarik adalah di Terminal Penumpang Kuala Trengganu yang dimana hiasan disana sungguh menarik. Taman Shahbandar Kuala Trengganu juga menarik di kawasan tersebut.

Seterusnya perjalanan diteruskan ke Noor Arfa Batik dimana pelbagai jenis batik terdapat disana. Corak-corak yang cukup menarik dan tidak pernah dilihat oleh aku sebelum ini terdapat disana. Perkerja yang berkerja di sana cukup menarik terutamnya pelukis batik. Disana juga aku melihat bagaimana batik lukis dihasilkan. Dari lilin dicairkan dan canting digunakaan serta perwarna. Bukan mudah ya kalau nak lukis batik kerana ia memerlukan kesungguhan dan ketelitian yang amat tinggi.

Sedar tak sedar sudah pun pukul 2 petang. Destinasi kami seterusnya adalah di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Senibinanya yang cukup menarik dan indah memukau sesiapa sahaja yang datang ke masjid tersebut ditambah pula air tasik yang yang tenang dan warna masjid yang berwarna putih cukup menenangkan sesiapa sahaja yang datang.

Walaupun aku melawat tempat di Terengganu dalam masa yaang terhad pada pendapat aku, indah dan menarik sungguh Trengganu ditambah dengan keadaan muka-buminya, pantainya, cuacanya, makanannya dan boleh aku katakan orang Terengganu memang ramah dan baik. Tidak puas jika melawat Trengganu dalam masa satu hari sahaja. Tapi apakan daya aku pergi dengan rombongaan.

Pengembaraan pada keesokkan harinya ke negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu negeri Kelantan.............................................................

Monday, November 13, 2006

Makanan Yang Perlu Dielak

Makanan Yang Perlu Dielak


Aku mendapat berita yang cukup mengejutkan kawan pejabat aku, abang Jo terlantar di ICU akibat sakit jantung selepas makan makanan diatas pada 07/11/2006


Mula mula beliau mengadu sakit kepala lepas tu penat. Dari Hospital Kepala Batas terus ditukarkan ke Unit rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya.


Lepas ni mungkin abang Jo akan jalani pembedahan pintasan jantung.


Abang Jo merupakan orang yang paling ceria dan paling suka menyakat di pejabat kami. Setelah 3 hari abang Jo cuti pejabat jadi sunyi dan kurang sikit perasaan ceria

Gambar diatas adalah abang Jo atau nama sebenarnya Johari Bin Wan Teh (PJM)

Beliau dianugerahkan pingat PJM-Pingat Jasa Masyarakat oleh TYT Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas pada tahun 2006

Monday, October 30, 2006

Cuti-Cuti Malaysia Bahagian 4 - Putrajaya

Cuti-Cuti Malaysia Bahagian 4 - Putrajaya

Assalamualaikum 6 bulan yang lepas aku dan rakan sekerja aku ikut pergi rombongan ke Putrajaya. Apa yang menariknya rakan aku seperti Johari dan Radzi turut serta dalam rombongan tersebut. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Abang Jo kerana membawa kami ke rombongan tersebut.

Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Aku sungguh bangga sebagai rakyat Malaysia apabila melawat Putrajaya, keindahan bangunan dan alam mewarnai lanskap Putrajaya.

Bergambar dihadapan Masjid Putra, Putrajaya

Bergambar dihadapan Tasik Putrajaya

Bergambar di Taman Di Tasik Putrajaya


Bergambar Di Hadapan Masjid Putra, Putrajaya

Bergambar Di Hadapan Bangunan Perdana Putra.

Aku sungguh seronok apabila mengunjungi kesemua tempat di Putrajaya walaupun tak sempat nak ambil semua gambar. Bagi aku Putrajaya merupakan bandaraya Futuristik kebanggaan semua rakyat Malaysia ciptaan anak tempatan tanpa dipengaruhi oleh ciri ciri binaan penjajah. Putrajaya juga telah menaikkan nama Malaysia dan menempatkan Malaysia di peta pelancongan dunia kerana Putrajaya yang mempunyai identiti sendiri.

Sesiapa yang melawat Putrajaya tentu kagum dengan binaan di Putrajaya dan keadaan alam disana.

Selamat Bercuti