Friday, December 07, 2012

Bumi Akan Bergelap pada 23 hingga 25 Disember 2012 - Penjelasan Pihak Angkasa


Bumi Akan Bergelap pada 23 hingga 25 Disember 2012 - Penjelasan Pihak Angkasa

PENJELASAN BERKENAAN ARTIKEL "BUMI AKAN BERGELAP PADA 23, 24 DAN 25 DISEMBER 2012

Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ingin membuat pembetulan kenyataan dari sudut sains berhubung dengan blog-blog dan artikel-artikel berkenaan Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012.

Maklumat tersebut adalah seperti berikut:

1.Pada 21 Disember atau tarikh-tarikh berhampiran seperti 23, 24 dan 25 Disember, Bumi, Matahari dan pusat Galaksi kita (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari seperti di rajah 1.
Berhampiran pusat Galaksi terdapat "Dark Dust Clouds" (awan-awan debu gelap) yang boleh menghalang kita daripada melihat sebahagian Galaksi kita.

Jadi, andaian orang ramai adalah seperti berikut:

"Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari (penjajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada Bumi, Matahari dan pusat Galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta."Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat Galaksi maka Bumi akan bergelap.

Semua andaian di atas adalah tidak benar kerana:

"Pusat Galaksi terlalu jauh dari Bumi dan Matahari (165 quadrillion batu), jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.

"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita kea rah pusat Galaksi bukannya menghalang Matahari daripada dilihat dari Bumi.

Terdapat juga video You Tube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan; merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel  "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012".

Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan penjelasan lebih lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi Pegawai Sains ANGKASA, En Zamri Mastor dan En Fairos Asilam atau Pegawai Penerangan En Balasupramaniam di talian 03-8888 8668.

Sumber dari Agensi Angkasa Negara

Thursday, December 06, 2012

Riang Ria di Kursus Pemantapan PPT 2012

Riang Ria di Kursus Pemantapan PPT 2012

Tarikh   :   21 hingga 23 November 2012
Lokasi   :   Pejabat Operasi Kuala Lumpur, Pejabat Operasi Selangor dan Pejabat Operasi Cameron Highland
Tujuan   :   Kursus Pemantapan PPT dan lawatan kerja.

Azril ketika didalam bas
.
 
 
 
Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari Menara 1 Bangunan DBKL
.
Penerangan tentang operasi di DBKL
.
Azril ketika di "Laluan Salji I-City"
.
Bunga ayaq ais pun boleh menyala
.
Encik Sapaq tengah dok ambik gambaq
.
Azril dan Encik Safar ketika di sana
.
Kalau kuda belang tu hidup tentu dia dah kerekah tangan tu
.
Ada raksasa ais kat sini
.
Kuda belang lampu yang berais tengah dok makan
.
Azril dihadapan iglu kecik
.
Beruang polar lampu yang tek bergerak
.
Sejuk betoi sampai ayaq lioq pun nak beku
.
Azril dan Encik Sapaq dihadapan iglu besaq
.
Bergambaq sebelum  balik
.
Antara rakan rakan PPT di tempat penginapan kami
.
Perbincangan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
.
Tumbuhan yang dijual di Lembah Kaktus Tanah Tinggi Cameron (pemandangan 180 darjah)
.
Cantik dan menarik
.
Pemandangan 360 darjah Lembah Kaktus
.
Azril pun beli jugak pokok tapi nanti bila besaq nanti baru Azril tunjuk
.
Penuh kaktus diatas batu (pemandangan 180 darjah)
.
Antara tumbuhan yang dijual disana (pemandangan 180 darjah)
.
Pokok hiasan kalau beli tentu penuh rumah (pemandangan 180 darjah)

Friday, November 30, 2012

Majlis bulan November 2012 di Taman Permata

Majlis bulan November 2012 di Taman Permata

Catatan 14 November 2012
Pada pertengahan bulan November yang lalu satu majlis diadakan di teratak ayahanda dan bonda yang terletak di Taman Permata dan Bukit Mertajam. Majlis yang meriah dengan kehadiran ahli keluarga kami tersebut dimulakan oleh ayahanda tercinta yang membacakan doa Awal Tahun selepas maghrib. Selepas itu adinda adinda Azril yang berada disana pun terus menghidangkan makanan dan Azril dan Puan Azlina sampai pada jam 7.45 malam.

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah :-
  • Meraikan Awal Muharram 1434 Hijrah
  • Meraihan Harijadi Ayahanda Tercinta - Tuan Haji Hamzah bin Ismail yang ke 61 tahun
  • Meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Ayahanda Tercinta dan Bonda Tercinta yang ke 33 pada bulan September lalu
  • Meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Adinda Tersayang - Puan Farah Zalina binti Hamzah yang ke 2
  • Meraikan Harijadi Anak saudara - Nur Farhana Zuhaira Binti Mohd Zuhri yang pertama
Selapas kesemua ahli keluarga kami sampai, kami pun memulakan makan malam dengan riang dan gembira pada jam 9 malam. 


 Kepak Ayam Goreng Rangup
.
 Udang Rebuih Yang Sedap
.
 Kek Coklat Sedap
 .
 Kek Krim Sedap - kek ni Cik Fatimah Zahra yang buat 
.
 Ayam Goreng KFC
.
Makanan dah penuh dihidangkan
.
 Farhana diatas riba abahnya
.
Senyum nampak 4 batang gigi
.
 Tuan Haji Hamzah dan cucundanya memotong kek.
.
Tengok Farhana dah ramaih kek tu
.

Thursday, November 29, 2012

Kemaskini Sistem Android 4.2.1

Kemaskini Sistem Android 4.2.1 

Catatan Hari Ini 29/11/2012

Pagi tadi semasa Azril membelek belek telefon bimbit Azril dan Azril menerima berita tentang sistem pengendalian Android 4.2 akan dikemaskini sekali lagi. Kemaskini tersebut adalah bagi bagi pembetulan gelombang "bluetooth" yang terganggu dan ia akan dihantar ke semua telefon bimbit Google. Seperti biasa Azril terus ke menu kemaskini sistem dan akhirnya .............................

 Satu pemberitahuan yang menyebabkan Azril menjadi ceria
.
Proses mula semula telefon bimbit
.
Sistem berjaya dikemaskini
.
Gula gula kacang merah yang selalu senyum 
.
Masih lagi terapung sambil senyum

Wednesday, November 28, 2012

Azril Azlina di Karnival Sains dan Teknologi (ez-SciMaT) di UMP

Azril Azlina di Karnival Sains dan Teknologi (ez-SciMaT) di UMP

Pada 04 November 2012 yang lalu, Azril dan isteri tercinta ke kampus utama Universiti Malaysia Pahang yang terletak di Gambang dan tujuan kami kesana adalah mengunjungi Karnival Sains dan Teknologi (ez-SciMaT). 

Antara yang menarik perhatian kami ketika Azril dan Puan Azlina berkunjung kesana adalah pameran dari Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Planetarium Negara. Antara yang dipamerkan oleh pihak ANGKASA dan Planetarium Negara adalah hasil cerapan dari angkasa yang dipamerkan dalam bentuk gambar, antara yang turut dipamerkan adalah gambar planet yang mengelilingi sitem suria dan gambar galaksi jauh. Selain itu pengunjung yang berada disana diterangkan tentang cara cerapan bulan yang digunakan bagi tujuan mengetahui kemunculan anak bulan. 

Antara yang turut dianjurkan disana adalah Pesta Komputer yang dimana alatan komputer dijual dengan harga yang agak murah. Turut dianjurkan disana adalah Pesta Buku yang kebanyakkan buku dijual dengan harga yang murah. Ketika Azril dan Puan Azlina sedang asyik berjalan jalan di gerai pameran yang terdapat disana, tiba tiba langkah kami terhenti di gerai pameran Pusat Penerangan Penyu. Petugas gerai pameran Pusat Penerangan Penyu menerangkan kepada kami tentang program pendaratan penyu, pemuliharaan, penetasan dan pelbagai langkah yang diambil oleh Pusat Penerangan Penyu bagi menjaga spesis penyu agar tidak pupus. 

Nasib baik depa tak bagi pegang penyu ni, kalau tidak tentu Azril dah pegang 
.
Comelnya anak Penyu Agar berenang renang