Tuesday, November 06, 2012

Azril Azlina Makan Malam di Little White Cafe Bangi

Azril Azlina Makan Malam di Little White Cafe Bangi

Catatan 29 September 2012
Catatan ini merupakan kesinambungan dari lawatan Azril dan Azlina ke Menara Kuala Lumpur dan lawatan ke tempat menarik sekitarnya pada sebelah siang. Pada sebelah malamnya Azril dan isteri tercinta ke Pusat Bandar Baru Bangi, tujuan kami kesana adalah untuk makan malam di Restoran Little White Cafe yang diusahakan oleh peniaga Melayu Islam. 

 Setelah sampai di restoran tersebut kami terpegun melihat hiasan dalaman yang bercorak Inggeris dan susun atur meja makan didalam kedai tersebut. Setelah pelayan restoran menyambut kedatangan kami, kami pun duduk di meja makan yang disediakan. Setelah kami duduk, pemilik restoran Little White Cafe datang dan beramah mesra dengan kami sambil menghulurkan menu. Antara makanan yang kami pesan adalah stik daging batang pinang tengah (tenderloin) dan stik kambing, air yang dipesan oleh kami adalah jus oren dan minuman coklat panas. Setelah pesanan makanan dan minuman kami diambil, pemilik restoran tersebut pun beredar dan lima minit kemudian minuman yang pesan pun sampai. 

 Setelah minuman kami sampai kami pun mengambil gambar diantara satu sama lain dan 20 minit kemudian, makanan yang kami pesan pun sampai. Memang tidak dinafikan makanan yang kami pesan kesemuanya sedap sedap belaka sehingga terlupa merakam gambar. Setengah jam kemudian, kami pun beredar meninggalkan restoran tersebut dan pulang ke tempat penginapan sementara kami. Semasa perjalanan pulang kami, kami asyik bercerita antara satu sama lain berkenaan kesedapan makanan yang kami makan tadi. Azril dan Puan Azlina merasakan yang kami akan pergi semula untuk makan malam disana jika ada masa nanti.....

 
 Keadaan dalaman kedai tersebut
.
Isteri tercinta tersenyum sambil menunggu pesanan makanan sampai
.
 Air ayang dah sampai dah, tengok jus oren ni
. 
 Ayaq coklat abang pun dah sampai dah, sat nak rasa dulu
.
Memang sedap betoi ayaq coklat ni

Wednesday, October 31, 2012

Azril Azlina Lawatan Ke Menara Kuala Lumpur

Azril Azlina Lawatan Ke Menara Kuala Lumpur
.
Catatan 29 September 2012

Pada 29 September yang lalu Azril dan isteri tercinta ke ibukota Kuala Lumpur, tujuan utama kami kesana adalah untuk menghadiri kursus. Kursus........ bukan Azril yang berkursus tetapi Puan Azlina yang berkursus disana. Seperti kebiasaannya Azril akan melepak di tempat penginapan pada waktu pagi dan tengahari, pada sebelah petangnya pula selepas isteri Azril balik dari kursus kami terus meronda ronda di kawasan sekitar. Lokasi rondaan kami adalah disekitar bandaraya Kuala Lumpur dan seperti biasa dialog pun bermula.....

Azlina :   Abang nak pergi mana?

Azril   :   Nak pi mana? Abang tak berapa paham maksud sayang?

Azlina :   Maksud ayang kalau abang nak ronda ronda kat mana mana pun jom kita pergi.

Azril   :   Oh betoilah, abang dah lupa dah ada orang tu kan dia sekolah kat sini dulu.

Azlina :   Sebab tu lah ayang tanya kat abang, abang nak pi mana ayang boleh bawa?

Azril   :   Abang ikut sayanglah, sayang nak bawak abang pi mana pun tapi malam ni abang nak bawak sayang pi makan malam kat tempat istimewa.

Azlina :   Ayang ingat nak ajak pi Menara Kuala Lumpur, apa pendapat abang?

Azril   :   Menara Kuala Lumpur... hmm... menarik jugak tu sebab abang pun tak pernah kesana

Selepas perbincangan dijalankan kami pun terus memandu meredah kesesakan jalanraya menghala ke Menara Kuala Lumpur. Walaupun keadaan yang agak sesak ditambah pula dengan acara Terjunan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLTIJM 2012) yang berlangsung disana dan kami pula terpaksa berjalan kaki untuk naik keatas bukit disebabkan tempat letak kereta telah pun penuh. Namun semua itu tidak mematahkan semangat kami yang berkobar kobar untuk kesana dan akhirnya kami pun sampai di Menara Kuala Lumpur........

Menara komunikasi kebangaan negara
.
KIta ambik gambaq dulu
.
Kalau tak larat berdiri, kita duduk dulu
.
Azril Azlina bergambar di hadapan rumah kampung yang terletak di Perkampungan Budaya 1 Malaysia Menara Kuala Lumpur
.
Nak daftar mai kat sini, tapi nak daftar apa haaa?
.
Berlatarbelakangkan hutan hujan tropika yang terdapat disana
.
Papan peringatan kapsul masa
.
Azril ketika di lobi Menara Kuala Lumpur
.
Keadaan wajah kami berubah sedikit ketika berada pada ketinggian 276 meter dari aras bumi
.
Puan Azlina ketika di kedai cenderamata di Menara Pemerhatian
.
Puan Azlina berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas
.
Kedaan indah bandaraya Kuala Lumpur
.
Dah habis dah kita pusing, jom kita turun
.
Gambar peserta payung terjun melakukan terjunan

Tuesday, October 23, 2012

Pengembaraan Azril Azlina di Bukit Tinggi


Pengembaraan Azril Azlina di Bukit Tinggi

Catatan 16 September 2012
Penceritaan kali ini bukan bab makanan tetapi tentang perjalanan kami ke satu tempat yang kami tidak pernah pergi iaitu di Bukit Tinggi Pahang darul Makmur. Penceritaanku bermula disini.....................................

Pada jam 8 pagi Azril dan isteri tercinta terus bersiap dan kami pun bersarapan di luar iaitu di kedai Pak Samad yang terletak berdekatan dengan rumah kami di Kuantan. Sesampainya kami di kedai makan tersebut, kami pun memesan 2 bungkus nasi lemak, sekeping roti canai segelas milo ais, segelas milo panas dan secawan air suam. 5 minit kemudian makanan yang pesan pun sampai dan kami pun makan dengan berselera sekali.

Selepas kami makan, kami pun meneruskan pemanduan kami menyusuri Lebuhraya Pantai Timur dalam keadaan yang masih lagi berkabus dan kedaan lebuhraya masih lagi basah disebabkan hujan malam tadi. 2 jam kemudian kami pun sampai di susur keluar yang menghala ke Bukit Tinggi, kami pun membelok kenderaan kami dan meneruskan pemanduan. Dalam kedaan berhati hati, kami memandu dalam keadaan sederhana disebabkan keadaan sekitar yang berbukit bukau ditambah kedaan jalanraya yang masih lagi basah. Keadaan jalanraya disitu agak sunyi dan dalam 10 mint pemanduan kami kami hanya melihat sebuah kereta sahaja yang turun dari bukit. Setelah agak lama kami memandu dalam keadaan mendaki, tiba tiba kami melihat tempat letak kereta dan kami mengibaratkan yang kami sudah sampai di destinasi kami.

Kami pun memberhentikan jentera buatan tempatan kesayangan kami di tempat letak kereta dan kami pun terus mendaki bukit yang berada dihadapan kami. Keadaan disana agak sejuk dan dari ketinggian tempat kami berada, kami dapat melihat kedaan sekitar masih lagi berkabus. Setelah penat kami berjalanan, kami pun sampai di Perkampungan penjajah Jepun yang terdapat disana. Tulisan yang terdapat di papan tanda tersebut menerangkan pada kami yang kami berada di ketinggian 3500 atas paras laut. Kami pun meneruskan langkah kami sehingga sampai di Kebun Jepun yang disana terdapat puluhan orang sedang bergambar dengan menggunakan baju Jepun atau kimono yang disewa.

Setelah kami meronda ronda dikawasan sekitar, kami pun turun ke tempat letak kereta. Kami pun meneruskan pemanduan sehingga kami sampai di kawasan yang dinamakan “Colmar Tropicale”. Menurut beberapa kenalan Azril yang pernah berkerja disana, nama tempat tersebut dinamakan begitu disebabkan binaannya yang sama seperti binaan di kampung Colmar yang terdapat di negara Perancis. Selepas sampai di “Colmar Tropicale” kami pun meletak kenderaan kami di tingkat atas bangunan yang disediakan dan kami pun meronda ronda dikawasan sekitar.

Kedaan sekitarnya agak menarik disebabkan bangunannya yang agak unik dan tidak pernah dilihat oleh kami sebelum ini. Setelah melangkah masuk didalam kawasan tersebut, kami melihat kesemua rekabentuk dikawasan tersebut adalah seperti rekabentuk Perancis dan tanpa membuang masa kami pun bergambar diantara satu sama lain. Setelah penat kami berjalan-jalan, kami pun terus ke kedai cenderamata yang terdapat disana. Setelah sejam kami sana kami pun pulang ke rumah kami di Kuantan.


Sat kita panjat tangga dulu
.
Bila dah sampai ataih bukit, nampak berkabus lagi
.
Puan Azlina terus mendaki bukit
.
Azril di Perkampungan Jepun
.
 Kesian kat kuda ni nasib baik dia patung
.
 Azril berlatar belakangkan pemandangan bangunan ala Perancis ketika disana
. 
 Depa tengah dok bagi makan kat angsa kat bawah tu
.
Puan Azlina berhadapan menara bangunan
. 
 Isteri tercinta di hadapan pintu masuk
.
 Kita sandaq sat dah letih jalan ni
. 
 Ambik gambaq dulu sebelum balik
.
Puan Azlina dihadapan air pancut

Friday, October 19, 2012

Akhirnya Peningkatan Perisian Android 4.1.2 Berjaya

Akhirnya Peningkatan Perisian Android 4.1.2 Berjaya

Minggu lepas melalui beberapa laman sesawang di dunia siber ini melaporkan bahawa versi terbaru Android Jelly Bean 4.1.2 telahpun keluar, tetapi versi tersebut hanyalah untuk tablet. Selang beberapa hari kemudian Azril mendengar lagi tentang Android Jelly Bean 4.1.2 dikeluarkan bagi peningkatan perisian di telefon pintar  tetapi hanya untuk beberapa telefon pintar yang nombor sirinya adalah berlainan. Dalam keadaan sabar dan masih mengharap, tiba tiba satu pemberitahuan telah dihantar dan Azril menjadi amat gembira..........

 Pemberitahuan yang dihantar yang membuat Azril menjadi ceria
.
 Setelah perisian siap ditingkatkan
.
Keluar kacang merah yang comel
. 
Terus menjulang ke angkasa bersama puluhan kacang pelbagai warna yang comel
.

Thursday, October 18, 2012

Kisah Lemang Kijal

Kisah Lemang Kijal

Lemang merupakan makanan yang digemarai oleh penduduk tanahair Malaysia, terutamanya di waktu perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha. Lemang diperbuat dari beras pulut yang dicampur dengan santan yang dimana acuannya adalah buluh. Proses memasak lemang adalah dengan dibakar dengan kawalan api yang sederhana. Untuk mengetahui tentang masaknya lemang adalah dengan melihat pulut dibahagian atas lemang tersebut.

Lemang juga banyak dijual di gerai gerai sepanjang laluan jalanraya di musim perayaan tetapi untuk mendapatkan lemang yang dijual sepanjang masa adalah di kilometer 21 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Bentong dan Karak. Satu lagi tempat yang cukup menarik yang menjual lemang sepanjang masa adalah di Pekan Kijal yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu Darul Iman dimana lemang disitu mendapat jolokan Lemang Kijal.

Aduih........ memang terlioq sangat bila cerita bab lemang ni................. maka penceritaanku bermula disini....................

Catatan 08 September 2012
Awal awal pagi isteri tercinta mengejutkan Azril dan selepas bangun dari tidur Azril terus membasuh muka dan Azril pun turun ke meja makan yang terletak di tingkat bawah. Menu istimewa hari ini adalah bihun goreng ayam dan penambah perisanya adalah kicap lemak manis. Mungkin akan ada orang berkata "bihun saja ka", tetapi bagi Azril bihun goreng merupakan menu kegemaran Azril diwaktu pagi. Selepas makan bihun goreng tersebut kami pun terus bersiap untuk ke bandar Kuantan disebabkan pelbagai urusan yang perlu diselesaikan disana.

Selepas urusan kami diselesaikan kami terus memecut kereta meninggalkan bandar Kuantan. Perjalanan kami agak perlahan akibat kesesakan lalulintas ketika kami sampai di Cherating, ini adalah disebabkan Cherating merupakan tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negeri. Selepas kami sampai pintu gerbang sempadan negeri keadaan agak lengang disebabkan terdapat 2 lorong pemanduan sehala disini, 15 minit kemudian kami pun sampai di Pekan Kijal.

Tujuan utama kami ke Pekan Kijal adalah untuk membeli lemang yang terdapat disana, ini adalah tempat kerja Puan Azlina akan mengadakan Jamuan Hari Raya pada malam ini. Setelah lemang dipilih dan urusan pembayaran dijalankan, penjual lemang tersebut terus membalut lemang dengan surat khabar dan memasukkannya didalam beg plastik. Cuba bayangkan ketika kami sampai terdapat banyak lemang yang dibakar tetapi apabila kami balik kesemua lemang telahpun habis dibeli oleh kami.

 Puan Azlina mengira lemang yang akan dibeli untuk jamuan raya 
.
Masa kami datang lemang masih lagi banyak dan selepas kami balik, lemang pun habis
.

.................................................................................................................................................
..........................................................................................
........................
..

Antara soalan yang kerapkali ditanya oleh kawan kawan mengenai Lemang Kijal....

Soalan   :   Bagaimana rasa Lemang Kijal ?

Jawapan:   Pendapat Azril, inilah lemang yang paling sedap yang Azril pernah makan. (terliur ni)

Soalan   :   Sedap yang bagaimana?

Jawapan:   Keseluruhan lemang tersebut, terutamanya rasa pulut yang dicampur dengan santan

Soalan   :   Bagaimana tu?

Jawapan:   Bahagian atas, kita akan rasa sedap pulutnya yang agak wangi ditambah pula campuran bau daun pisang dan bau semulajadi buluh. Bahagian tengah dan bawahnya pula kita akan dapat rasakan kesedapan campuran santan dan pulut. Bahagian yang paling bawah lemang tersebut merupakan bahagian yang paling sedap dimana pulutnya agak lembut ditambah pula rasa santan yang cukup berlemak membuatkan Azril sukar melupakan rasanya yang amat sedap.

..................................................................................................................................................


Memang terliur bila bercerita tentang lemang dan terasa macam nak makan sangat sangat.