Monday, October 15, 2012

Imbasan 1 September 2012 Azril Azlina di Pulau Pinang

Imbasan 1 September 2012 Azril Azlina di Pulau Pinang

Pada kebiasaannya setiap minggu Azril akan balik ke rumah isteri Azril di Kuantan tetapi kali ini Puan Azlina pula balik ke sini. Ini adalah disebabkan isteri Azril berkursus di Universiti Sains Malaysia pada 3 dan 4 haribulan September yang bersamaan dengan hari Isnin dan Selasa.

Catatan 01 September 2012
Pada jam 11 pagi Azril dan isteri tercinta pun keluar dari kuarters Bukit Mertajam dan destinasi kami yang pertama adalah di Warung Kelapa Sawit di Jalan Tok Kangar yang menyajikan ikan bawal goreng yang paling sedap di daerah Seberang Perai Tengah. Dialog pun bermula.....

Azril   :   Wah...... meriah betui kat sini, ramai orang dah ada dah, tapi nasib baik banyak lagi meja kosong

Azlina :   Ayang pi ambil nasi dulu, abang nak nasik isi apa?

Azril   :   Abang nak nasik dengan bendi boh kuah gulai sikit, sayang nak berapa ekoq ikan bawai?

Azlina :   Seekor dah cukup, ayang pi ambil nasik dulu.

Azril   :   Abang nak ambik 3 ekoq ikan, sorang sekoq setengah. (sambil jalan pergi ke kuali)

10 minit kemudian

Azlina :   Lamanya abang pi ambil ikan tadi, banyak orang ke?

Azril   :   Banyak betoi orang pi ambik ikan sekali sebab tu lambat sikit tadi, abang tunggu ikan besaq tadi sebab tu lambat. Tengok, kan kita dapat ikan besaq. Jom kita makan............

Selepas 15 minit kami pun bergerak meninggalkan warung tersebut menuju ke satu destinasi yang akan dibincangkan nanti. Dialog pun bermula............

Azril   :   Sebagai tetamu kat negeri Pulau Pinang ni sayang nak pergi mana mana tak? Abang boleh bawak?

Azlina :   Hihihi.... ayang nak pi buat cermin mata kejap sebab cermin mata ayang tangkai dia dah rosak

Azril   :   Ok kalau macam tu apa kata pi Aeon kat Bandar Perda, boleh kita tengok apa promosi yang ada kat sana.

Azlina :   Menarik juga tu sebab ayang dah lama dah tak pergi sana.

Setelah perbincangan dijalankan, kami pun pergi ke AEON yang terletak di Bandar Perda dan kedai pertama yang kami singgahi adalah kedai cermin mata yang terdapat disana. 2 jam kemudian kami pun bergerak meninggalkan kompleks membelibelah tersebut menuju ke rumah. Dialog bermula lagi selepas itu.

Azril   :   Satgi petang sayang nak pergi mana?

Azlina :   Ayang teringin nak makan laksa lah abang, tapi kita pergi kat jalan nak pi lebuhraya tu, nak tak?

Azril   :   Oooo kat Jalan Kebun Sireh tu, ok satgi kita pi

Selepas solat Asar, kami pun keluar dari rumah menuju ke warung Laksa Kampung yang terletak di Kebun Sireh. Sesampainya kami disana kami pun terus memesan 2 pinggan laksa dan ais kacang istimewa yang terdapat disana. 10 minit kemudian telefon Azril pun berdering dan Azril pun melihat di skrin, rupanya rupanya Bonda Tercinta menelefon Azril dan selepas itu kami terus bergerak kerumah adik Azril iaitu Puan Farah Zalina.

Sesampainya kami disana, Puan Farah tengah menyuapkan anaknya Nur Farhana Zuhaira makan, 20 minit kemudian kami pun bergerak menuju ke kediaman rasmi mak dan ayah yang terletak di Taman Permata. Didalam perjalanan kami pun terpandang sebuah restoran, dan dihadapan cermin restoran tersebut terdapat stiker tanda halal dari Jakim. Tanpa membuang masa kami terus mengakses internet dan didalam laman sesawang Jakim kami mendapati restoran tersebut mempunyai tanda halal Jakim dan diiktiraf halal oleh Jakim.

Tanpa membuang masa kami pun masuk ke dalam restoran tersebut, restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Subway yang menyajikan sanwic segar. Inilah pertama kali kami kesana dan kami seperti tidak tahu bagaimana hendak memesan sanwic, dan perkerja kaunter yang peramah menerangkan pada kami tentang inti sanwic yang boleh dipesan. 10 minit kemudian, pesanan Azril, Puan Azlina dan Puan Farah pun siap dan kami pun makan dengan berselera sekali dan di waktu itu juga kami juga menyuapakan Farhana makan roti gandum.

Setengah jam kemudian kami pun sampai di kediaman rasmi bonda tercinta dan ayahanda tercinta, sesampainya kami disana kami pun makan lagi, tetapi kali ini kami makan nasi dan lauk ayam dengan penuh berselera. 4 jam kemudian Azril dan Puan Azlina pun balik ke kuartes.

 Puan Azlina ketika matanya diperiksa
.
Kita makan dulu laksa dan is kacang yang sedap ni
Azril dan Nur Farhana di Resoran Subway

Thursday, October 11, 2012

Ulang Tahun Kelahiran Muhammad Azril bin Hamzah yang ke 32 tahun

Ulang Tahun Kelahiran Muhammad Azril bin Hamzah yang ke 32 tahun


Hahahahahaha.............. sekarang ni Azril dah pun berumur 32 tahun, sedar tak sedar masa memang berlalu begitu pantas. Dalam 32 tahun ini juga Azril mengerti betapa berlikunya kehidupan sebagai seorang insan. Walau berliku mana pun kehidupan ini Azril akan cuba menjadikan kehidupan Azril ceria dan gembira walaupun adakalanya sakit, ceria, perit, sedih, gembira, tenang dan suka. Kegembiraan dan senyuman adalah penawar segala kesusahan dan Azril akan jadikan diri Azril ceria dan gembira agar Azril berasa ketenangan dan keindahan sebuah kehidupan walau hanya sementara..................

 Inilah dia kek harijadi yang dihadiahkan oleh isteri tercinta
.
Dah tua dah aku ni.........

Wednesday, October 03, 2012

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 40 Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines)



Selamat Ulang Tahun Yang Ke 40 Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines)

Sebagai rakyat bumi bertuah Malaysia ini, Azril  berbangga dengan syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) yang telah membawa nama tahair berdaulat ini ke peringkat dunia. Bukan sahaja pencapaian dalam pelbagai bidang tetapi dengan membawa banyak anugerah tetapi yang membuat Azril cukup bangga adalah kerana ia terbang dengan membawa bendera Jalur Gemilang ke lebih dari 100 destinasi seluruh dunia.

Bermula dengan pesawat Boeing 737-200, Britten Norman Islanders dan Foker, sekarang ini terus berkembang dengan Airbus A380 dan terus membawa imej 5 bintang dan imej kakitangan kabin terbaik dunia kemana sahaja destinasi. Dalam tahun ini sahaja syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) telah banyak merangkul anugerah antaranya dari Skytrax, Putra Brand Award dan World Travel Award.

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 40 Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) semoga terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan terus cemerlang..........



Azril sememangnya suka naik pesawsat Penerbangan Malaysia...................................

Tuesday, October 02, 2012

Ulang Tahun Kelahiran Isteri Tercinta

Ulang Tahun Kelahiran Isteri Tercinta


Pada pertengahan Jun yang lepas isteri Azril menyambut hari kelahirannya dan seperti biasa kami setiap tahun akan meraikan harijadi tersebut di rumah kami yang terletak di Kuantan


 Kek Ulangtahun kelahiran Puan Azlina
.
 Isteri Tercinta tersenyum sambil memotong kek
.
 Kami memotong kek bersama sama
.
 Sedapnya kek ni
.
Hahaha.... kek ni tentu sedap sebab tu abang pilih kek ni.

Friday, September 28, 2012

Warkah Khas Buat Adikku Muhammad Muhaimin Hamzah



Warkah Khas Buat Adikku Muhammad Muhaimin Hamzah

Buat adindaku yang ke 7 Encik Muhammad Muhaimin Bin Hamzah warkah ini kutuliskan untukmu agar dirimu mengerti tentang segalanya.............

Muhaimin....

Abang tahu, sebenarnya tidak perlu abang menulis disini tentang Muhaimin.....

Lebih baik abang berjumpa terus dengan Muhaimin dan suarakan isi hati abang........

Tapi dalam usia yang sebegini adakah Muhaimin akan faham apa yang abang cakapkan...... 

Mungkin Muhaimin akan faham dan mungkin Muhaimin tidak akan faham

Kita lahir di zaman yang berbeza dimana abang, abang Fikri, abang Azam dan kakak Farah dibesarkan dalam kedaan yang terlalu sederhana...... dengan kesederhaan tersebut membuatkan kami mengerti tentang kehidupan lebih awal dari usia kami.....

Setiap minggu Muhaimin akan balik ke rumah mak dan ayah di Bukit Mertajam pada hari Sabtu dan Ahad manakala di waktu tersebut abang akan balik ke Kuantan Pahang. 

Disebabkan ketiadaan masa untuk kita berbicara maka abang tuliskan disini agar Muhaimin mengeri tentang kehidupan.

Muhaimin sedarlah adikku masa hadapan Muhaimin masih lagi panjang..........

Muhaimin perlu sedar, tidak semua orang didalam dunia ini diberi peluang yang sama seperti dirimu....

Memang diwaktu usia sebegini semua benda kalau boleh kita hendak capai sahaja tetapi adakah setakat itu sahaja yang Muhaimin hendak capai sedangkan dunia ini terlalu luas......

Biarlah pada waktu sekarang ini biarlah orang melabel Muhaimin sebagai tidak canggih atau ketinggalan zaman yang penting Muhaimin seorang sahaja yang faham siapa diri Muhaimin.

Memang dunia semakin canggih dengan teknologi yang dikemaskini setiap hari tetapi sebagai pelajar Muhaimin tidak perlu untuk mengikut kedaan tersebut... cukuplah sekadar yang ada....

Yang penting jadilah diri sendiri dan mengetahui tentang kemampuan diri........

Yang perlu dilakukan oleh Muhaimin adalah belajar dengan bersungguh sungguh.

Mengertilah adikku di zaman yang sungguh mencabar ini pelajaran adalah segalanya.......

Dengan pelajaran sahaja Muhaimin dapat mengubah nasib Muhaimin dan dengan pelajaran juga Muhaimin dapat mencapai cita cita Muhaimin.

Mengertilah Muhaimin dunia yang terlalu luas dan terlalu banyak kepalsuan yang dimana diri Muhaimin boleh mengerti apakah kepalsuan tersebut, dengan pelajaran sahaja Muhaimin boleh mengubah kepalsuan tersebut. 

Sebelum ini Muhaimin selalu berbicara dengan abang berkenaan kereta, gajet, hartanah, jawatan, pelancongan dan lain lain lagi.....

 Mengertilah Muhaimin dengan pelajaran sahaja Muhaimin boleh mencapai semua itu.....................

Muhaimin tentu ingat di waktu Muhaimin kesedihan sewaktu mendapat keputusan PMR dimana Muhaimin telah berjanji pada abang yang Muhaimin akan mengubah nasib Muhaimin dan Muhaimin juga telah berjanji akan mengubah nasib keluarga kita........

Muhaimin tentu ingat di waktu Muhaimin mendapat keputusan SPM dimana Muhaimin memberitahu abang yang Muhaimin tidak akan leka dan Muhaimin akan belajar bersungguh sungguh serta akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang jika diberi peluang.

Tanggal 25 Ogos 2012 Muhaimin sekali lagi telah mendapat peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi iaitu di KMPP dan sekarang ini tugasan yang Muhaimin yang perlu lakukan adalah belajar dengan bersungguh.......

Pesanan abang sebagai abang sulung kepada Muhaimin adalah Muhaimin belajar bersungguh sungguh dan abang doakan Muhaimin berjaya mencapai cita cita Muhaimin......................