Wednesday, April 04, 2012

Ahad Malam Yang Tidak Indah

Ahad Malam Yang Tidak Indah
Melihat isteri Azril dari cermin tingkap bas di Terminal Makmur Kuantan setiap Ahad malam menyebabkan hati Azril menjadi sayu, seolah olah hati ini berkecai, kesedihan yang teramat sangat seolah olah hati ini terasa dicucuk cucuk dengan besi yang tajam. Seolah olah Azril ingin mengajak isteri Azril pulang sahaja ke rumah, tetapi jika kami pulang kerumah pada keesokkan harinya Azril terpaksa balik juga ke Bukit Mertajam untuk berkerja. Setiap Ahad malam begini keadaan Azril setiap minggu dari tahun 2008 hingga sekarang. Setiap Ahad malam Azril berasa serba salah seolah olah tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Hendak menyerah pada takdir atau berusaha sedaya mungkin sehingga permasalahan yang ditanggung ini selesai. Antara usaha yang dilakukan oleh Azril dan isteri Azril adalah memohon pertukaran, namun masih lagi tidak berjaya disebabkan pelbagai faktor yang meyebabkan kami berasa seolah olah tiada harapan. Namun dengan kecekalan yang tinggi kami berusaha sedaya upaya agar kami dapat hidup bersama dan gembira seperti pasangan suami isteri yang lain.

Setiap Ahad malam selepas kami makan malam keadaan adalah menjadi sunyi kerana masing masing menahan perasaan sedih daripada keluar. Apa yang kami bincangkan adalah mengenai perkara yang menyebabkan kami menjadi suka dan gembira sahaja. Tepat pukul 8.10 malam enjin kereta akan dihidupkan ketika itu keadaan menjadi cukup sayu dan tiada ayat yang boleh diluahkan untuk menerangkan keadaan tersebut. Kami pun terus keluar dari rumah dan kami sedaya upaya menenangkan emosi kami. Seperti biasa kami pun berjenaka antara satu sama lain hingga kami boleh tersenyum sehingga kami sampai di Terminal Makmur.

Seperti biasa bas yang akan Azril naiki akan sampai awal iaitu 8.45 malam dan Azril akan menyerahkan tiket pada pemandu dan setelah tiket ditanda Azril akan meletakkan beg diatas bas. Setelah beg diletak diatas bas Azril akan turun semula ke bawah dan bersembang dengan isteri Azril sehingga jam 9 malam iaitu bas yang dijadulakan bertolak. Semasa diatas bas Azril memerhatikan isteri Azril dari atas bas dan kami sedaya upaya untuk senyum anatara satu sama lain...................................

Pada wajahnya nampak senyuman tetapi dalam hatinya menangis
Siapa yang tahu........

Tuesday, April 03, 2012

Kelahiran Farhana Zuhaira Binti Mohamed Zuhri

Kelahiran Farhana Zuhaira Binti Mohamed Zuhri
Catatan 17/11/2011

Setelah menunggu dengan penuh debaran, akhirnya melalui pembedahan adik Azril yang ke 4 iaitu Puan Farah Zalina binti Hamzah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang comel yang diberi nama Nur Farhana Zuhaira Binti Mohamed Zuhri.



Nur Farhana Zuhaira setengah jam setelah dilahirkan....

Sunday, March 25, 2012

Hari Ahad Azril Azlina

Hari Ahad Azril Azlina
Catatan 13 November 2011

Bandar Kuantan merupakan bandar yang dimana Azril dan Puan Azlina akan kunjungi seminggu sekali dan kadangkalanya seminggu dua kali. Ini adalah kerana di hari hari Sabtu kami akan ke Bandar Kuantan untuk membeli barangan keperluan harian manakala di hari Ahad pula kami akan ke Terminal bas iaitu Terminal Makmur yang terletak di bandar Kuantan. 

Tetapi kali ini keadaan bertukar sedikit iaitu kami pergi membelibelah pada hari Ahad, ini adalah kerana Azril bercuti pada hari Isnin. Antara tempat yang kami kunjungi adalah Pasaraya Giant dan kompleks membeli belah East Coast Mall. Tujuan kami kesana adalah untuk membeli barangan keperluan harian dan merehatkan minda disamping mendalami isi hati kami suami isteri yang tinggal berjauhan ini. Di kompleks membeli belah East Coast Mall kami akan mencari kedai makan yang membolehkan kami merehatkan minda dan selepas makan kami akan bercerita antara satu lain..............................

Azril dan isteri tercinta di sebuah restooran di kompleks membeli belah East Coast Mall

Saturday, March 24, 2012

Kerja Ukur Di Tapak Bahagian Kelima

Kerja Ukur Di Tapak Bahagian Kelima
Lokasi : Rahsia
Tarikh : 11 November 2011

 Encik Halim sebagai penyelia ukur memberikan arahan
.
 Azril tengah membetulkan kaki alat
,
Boleh senyum dah lepaih dah betul kedudukan.

Friday, March 23, 2012

Ayah dan Mak Belanja Makan

Ayah dan Mak Belanja Makan
Catatan 08 November 2011

Seperti biasa dan setiap minggu selepas azril balik dari Pahang Azril akan pergi ke rumah bonda tercinta dan ayahanda tercinta pada malamnya, bukan setiap hari Azril ke sana tetapi hari pertama setiap minggu Azril akan ke sana. Jika Azril balik dari Kuantan pada malam Ahad, Azril akan ke rumah mak dan ayah pada malam Isnin selepas pulang dari tempat kerja. Cuma kali ini terdapat beberapa kejutan apabila Azril sampai di rumah mak dan ayah.

Setibanya Azril di rumah mak dan ayah memberitahu Azril bahawa mereka ingin mengajak Azril makan dikedai makan. Lalu dengan seronoknya Azril pun memandu kereta sehingga sampai di Bandar Perda, setelah sampai kami pun turun dari kereta menuju ke kedai makan Nasi Beriani Kapitan. Pelayan restoran tersebut datang mengambil pesanan dan makanan yang kami pesan adalah nasi beriani kambing dan nasi beriani ayam. 10 minit kemudian makanan yang kami pesan pun sampai dan kami makan dengan berselera sekali. Setengah jam kemudian kami pun terus balik ke rumah dan seperti biasa Azril pun terus bersembang dengan mak dan ayah sehingga lewat malam. Setelah habis bertukar cerita antara satu sama lain, Azril pun terus balik ke kuarters...

Kelihatan Ayahanda tercinta dan Bonda Tercinta sedang makan nasi beriani dengan begitu berselera sekali.