Tuesday, February 21, 2012

Kuarters Banjir.....

Kuarters Banjir.....
Catatan 28 Oktober 2011

Hujan agak lebat ketika Azril di pejabat dan ketika Azril balik kerja pada jam 5 petang pula hujan agak renyai renyai dan ketika Azril melalui jalan dihadapan Sekolah Tinggi Bukit Mertajam atau Bukit Mertajam High School Azril mendapati keadaan agak sesak dengan pelbagai kenderaan yang berhenti di tepi jalan. Azril pun terus berfikir lagi dan soalan yang pertama yang muncul di fikiran Azril adalah "Adakah jalan di hadapan kuarters banjir lagi?". Azril dapati puluhan kereta berpatah balik ketika itu dan Azril terus memandu kereta mara ke hadapan dan memang tepat apa yang Azril fikirkan dan jawapan Azril adalah "Ya" kepada persoalan yang Azril fikirkan lagi.

Rupa-rupanya Jalan Bukit dan jalan dihadapan kuarters banjir lagi. Pelbagai soalan muncuk ketika itu disebabkan isteri Azril ada di rumah. Tanpa berlengah lagi, Azril terus meletak kereta di sebelah taman perumahan yang tidak bernama dan Azril terus meredah banjir dengan pakaian kerja dan Azril bernasib baik kerana kuarters yang di diami oleh Azril tidak banjir. Setelah sampai di rumah, isteri Azril telah bersiap untuk makan laksa di warung di Taman Desa Damai. Maka dialog pun bermula :-

Azril   :   Jom kita pi makan laksa. Bawak payung sekali?
Azlina :   Abang!, kereta mana?
Azril   :   Kereta ada kat sebelah jejantaih tu, abang letak kat depan rumah orang tu.
Azlina :   Kenapa dengan kereta bang?, jadi apa?
Azril   :   Qeta tak jadi apa, cuma abang saja letak kat sana sebab banjir.
Azlina :   Haaaa, banjir, habis tu kita nak buat macam mana ni?
Azril   :   Tak pa kita redah sat saja banjir tu lepaih tu kia sampai kat kereta nanti.
Azlina :   Hmm, nanti basah nanti seluar ayang kena banjir
Azril   :   Takpa sikit saja banjir tu tak sampai lutut pun
Azlina :   Jom kita pi sana makan

Setelah meredah banjir sejauh 150 meter kami pun sampai di kereta dan Azril terus memandu kereta terus ke Taman Desa Damai, sesampainya kami disana kami pun terus makan laksa dengan berselera sekali. Setelah habis makan dialog pun bermula lagi.

Azlina :   Tadi abang kata banjir tu tak jauh, bila dah lalu memang jauh jugak
Azril   :   Memang masa abang lalu tadi ayaq banjir tu tak banyak lepaih tu tiba tiba ayaq dia naik
Azlina :   Dalam jugak banjir tu abang kata takat betis saja tapi takat lutut dah
Azril   :   Tu lah abang rasa takat betih abang saja tapi tak tau kata ayaq banjir kena lutut sayang.
Azlina :   Abang kan tinggi kan sebab tu abang kata air tu tak tinggi
Azril   :   Haahahaha
Azlina :   Nasib baik laksa ni sedap, redah banjir macam mana pun tak apa janji laksa ni sedap
Azril   :   Betoi tu, hahahaha

Selepas makan laksa kami pun balik ke kuarters dan nasib menyebelahi kami apabila air banjir telah surut dan kami pun boleh balik rumah dengan menaiki kereta. Pada sebelah malamnya Azril pun pergi ke rumah ayahanda dan bonda tercinta dan disebabkan kami ingin balik ke Kuantan pada awal pagi esok maka kami pun makan malam di rumah mak dan ayah. Seperti biasa kami pun terus makan dan bersembang antara satu sama lain dengan kedaan riang dan gembira, kegembiraan dapat dilihat apabila isteri Azril dan adik adik Azril berjenaka anatara satu sama lain.

Akhirnya setelah perbincangan dijalankan dan kami akan balik ke Kuantan pada jam 4.30 pagi dan antara yang turut serta dalam keberangkatan pulang Azril dan Puan Azlina balik ke Kuantan adalah adik adik Azril iaitu Cik Fatimah Zahra, Encik Muhammad Muhaimin dan Cik Nur Hannah

 Yang ni kat kat tepi pun dah takat betih
.
Takpa janji dapat makan laksa :)

Monday, February 20, 2012

Azril Azlina Makan Malam di Restoran Hammer Bay, Bayan Bay Pulau Pinang

Azril Azlina Makan Malam di Restoran Hammer Bay, Bayan Bay Pulau Pinang
Catatan 27/10/2011

Didalam kegembiraan yang teramat sangat disebabkan isteri Azril menemani Azril Bukit Mertajam selama seminggu menyebabkan kami antara satu sama lain menjadi gembira dan terus ceria sepanjang masa. Cuba bayangkan jikalau di hari biasa Azril akan makan makanan yang biasa sahaja di waktu malam begitu juga dengan isteri Azril disebabkan kami tinggal berjauhan antara satu sama lain, seorang di Kuantan seorang lagi di Bukit Mertajam.

Pada hari ini Azril dan isteri tercinta merancang untuk makan di sebuah kedai yang agak istimewa berlatarbelakangkan laut dan Pualu Jerejak iaitu di Restoran Hammer Bay yang terletak di Bayan Bay Pulau Pinang. Untuk sampai disana kita hendak melalui jalan di hadapan Kompleks Membelibelah Queensbay terus hingga sampai di Kondominium Gold Coast dan lokasi Restoran tersebut adalah di tepi laut disana. Cuba bayangkan ketika kami sampai kedaan agak cemas sedikit dengan pelbagai andaian yang difikirkan disebabkan tempat letak kereta telah penuh dan ketika kami masuk ke dalam restoran tersebut kami dapati bahawa masih banyak tempat kosong

 Dengan keadaan yang tenang kami memilih makanan laut antaranya ikan bakar, ketam siput, udang dan lain lain lagi. Setelah habis kami memilih makanan kami pun terus duduk mengadap laut dan Pulau Jerejak yang tersergam indah sambil menunggu makanan yang kami pesan sampai. Makanan yang kami pesan agak banyak lalu apa sahaja makanan yang sampai kami pun terus makan dengan berselera sekali antaranya udang besar, ketam dan ikan bakar.

Akhirnya saat yang ditunggu pun tiba iatu saat bayaran, pelbagai andaian dalam kepala kami dan apa yang pasti harga makanan disana memang berbaloi dengan apa yng kami makan dan apa yang penting makananya sedap sedap belaka. 

 Isteri tercinta memotong ikan bakar untuk diletakkan didalam pinggan suaminya yang teramat dicintainya
.
Kita makan dulu
.
Memang tak boleh nak cakap apa sebab sedap sangat
.

Thursday, February 09, 2012

Azril Azlina makan malam di Restoran Puncak Mutiara

Azril Azlina makan malam di Restoran Puncak Mutiara

Catatan 25/10/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan perjalanan kami setelah menukar rim kereta pada waktu siang dan perjalanan kami menuju ke sebuah restoran di Kubang Semang.Perjalanan kami bermula selepas maghrib dan kami pun terus ke sana, perjalanan dari kuarters mengambil masa selama sejam disebaban jalan yang sesak teruk pabila kami masuk ke Bandar Bukit Mertajam dan Pekan Penanti. Setelah menempuh perjalanan dengan riang dan gembira kami pun sampai ke Restoran Puncak Mutiara, Kampung Pelet.

Kami meletak kenderaan kami di tempat letak kereta yang disediakan dan apabila kami keluar dari kereta kami sudah dapat menghidu keharuman masakan daging panggang yang membuatkan kami terasa lapar dan kami pun masuk ke restoran tersebut. Didalam restoran tersebut terdapat pilihan tempat samada untuk duduk diatas bangku atau duduk bersila di pondok yang disediakan dan kami pun memilih untuk duduk bersila. Tidak lama kemudian perkerja restoran memberikan menu dan kebanyakkan menu istimewa di restoran tersebut adalah kambing panggang dan burung unta.

Seperti biasa setelah perbincangan telah dijalankan diantara Azril dan Puan Azlina maka kami terus memesan daging batang pinang dalam dan stik campur yang mengandungi daging lembu, kambing dan burung unta. Semasa menunggu makanan yang kami pesan sampai kami pun bersembang antara satu dan lain dan berjenaka sesama sendiri berlatarbelakangkan pemandangan malam dan dihiasi lampu menarik yang tedapat disana. Setelah 20 minit kemudian makanan yang kami pesan sampai dan kami pun makan dengan riang gembira sambil bersila.

 Puan Azlina tersenyum sambil makan daging batang pinang dalam (tenderloin)
.
 Yang ni lagi menarik gabungan daging lembu, kambing, ayam dan burung unta
.
Sedap sangat sampai tak boleh berenti tersenyum
.

Sunday, February 05, 2012

Lagu dan lirik Untukmu Rasulullah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
....................................


Lagu dan lirik Untukmu Rasulullah :- Kumpulan Hijaz



Untukmu Rasulullah

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya HabibAllah ( 2X )

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habibAllah ( 2X )
................................
................
Dikesempatan ini Azril dan isteri Puan Azlina  mengucapkan selamat menyambut Mulidur Rasul s.a.w....