Sunday, July 31, 2011

Hari sabtu yang panas


Hari sabtu yang panas

Kemalrin Sabtu 30/07/2011, azril bertugas di sebuah pesta yang berlansung selama 2 hari yang bermula pada hari sabtu.

Azril dan rakan sekerja ke lokasi tersebut pada waktu pagi bersama dengan pegawai atasan kami. Setelah pemantauan dijalankan kami pun bergerak meninggalkan lokasi tersebut menuju ke kedai makan berdekatan pada jam 2 petang

Pada jam 2.45 petang kami pun bergerak ke lokasi pesta tersebut dan seperti biasa pegawai atasan akan menjalankan pemantauan. Azril dan kawan kawan sebagai perkerja bawahan akan menjalankan tugas pabila dirahkan

Setelah berjam jam lamanya kami berulang alik dari satu lokasi yang lain. Kaki menjadi lenguh dan melecet disebabkan berat kasut keselamatan yang kami pakai dan jarak antara satu tempat ke satu tempat yang lain adalah jauh.

Setelah hampir setengah hari berada di lokasi pesta tersebut pada jam 6.30 kami pun balik ke pejabat dan pada jam 6.45 petang kami pun sampai di pejabat.

Kemudian kami pun pulang ke rumah dan setelah sampai di kuarters azril  pun terus bersiap untuk pulang ke kuantan.

Apa yang menariknya hari isnin ini azril bercuti disebabkan azril telah berkerja pada hari sabtu dan dan pada hari isnin ini azril bercuti ganti.

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 26, 2011

Ulangtahun Perkahwinan Azril Azlina Yang Ke 3

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
............................................................................................

Ulangtahun Perkahwinan Azril Azlina Yang Ketiga
.
Pada 17 Mei 2011 yang lalu  Azril dan isteri tercinta meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga. Syukur pada Allah SWT kami dapat hidup aman damai sebagai suami isteri selama tempoh tiga tahun ini. Perjalanan kehidupan sebagai suami isteri ini memang penuh dengan rintangan dan dugaan tambahan pula kami yang berjauhan ini, dengan berkat kasih dan cinta dari Nya dan kasih sayang antara kami kami dapat meneruskan perjalanan cinta kami sebagai suami isteri hingga ke hari ini.

Kami mengambil keputusan untuk meraikan ulang tahun ketiga perjalanan cinta kami sebagai suami isteri di sebuah hotel yang terletak di Pantai Balok, Kuantan. Sesampainya kami disana pada 16/05/2011 kami pun terus berehat di bilik sementara menantikan petang. Setelah Asar kami pun keluar ke kolam renang kalau hendak dikutkan hati memang kami nak potong kek pada hari ini juga tetapi apakan daya esok iatu 17/05/2011 barulah ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga.

Setelah kami balik dari kolam renang kami pun terus ke restoran yang terletak di hotel tersebut, sesampainya kami disana kami pun terus memilih makanan yanng ada disana. Pada mulanya kami mengambil makanan laut dan setelah habis barulah kami memilih makanan yang dibakar, antara makanan kegemaran Azril yang ada disana adalah kambing bakar. Setelah kami makan kami pun bersiar siar diseitar hotel tersebut dan setelah itu kami pun balik ke bilik

Pada keesokannya iatu 17 Mei 2011 setelah Subuh kami pun terus turun ke restoran yang terdapat di hotel tersebut untuk bersarapan pagi. Setelah selesai sarapan kami pun terus naik semula ke bilik untuk memotong kek ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga. 

Inilah coklat yang dibeli oleh Puan Azlina 
.
Isteri tercinta ketika kami di kolam renang
.
Renangan yang bergaya dari seorang suami 
.
Kalau boleh nak berenang sampai ke malam tapi lapaqlah pulak, nak kena siap pi makan ni
.
Isteri tercinta disinari cahaya bulan
..
Senyuman dan tawamu adalah pengubat  kedukaanku dan dirimu adalah segala galanya bagiku
.
Puan Azlina tersenyum ketika memegang pinggan yang dipenuhi dengan ketam
.
Tak boleh nak buat apa dah. Tak sabaq sabaq nak makan kambing ni
. 
Kita minum dulu
.
Kami ketika di lobi hotel
.
Azril berlatarbelakangkan pemandangan di sekitar hotel
.
Takpa kita tengok tv dulu
.
Inilah dia kek ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga
.
Mula mula Azril potong dulu
.
Lepaih tu Puan Azlina pulak potong
.
Azril pun tak tau sebab apa Azril tertunduk bila nak potong kek
.
Dah langut dah baru betoi
.
Sedap betui kek ni kalau boleh nak makan sebijik teruih bagi habih
.
Dah nak balik dah...... Puan Azlina ketika di lobi hotel ketika kami hendah daftar keluar
.
Cantik tak, kalau boleh nak buat lanskap ni kat rumah, hahahaha
.
Seharian berada di Kuantan dan pada malamnya seperti biasa Azril menaiki bas balik ke Bukit Mertajam untuk meneruskan kerja. Sehingga sekarang Azril berfikir sampai bila kami nak berjauhan begini............

Saturday, July 23, 2011

Alahai Kemenangan Kontroversi

Alahai Kemenangan Kontroversi.

Perlawanan persahabatan antara pasukan kebangsaan iatu pasukan negara kita Pasukan Malaysia berentap dengan pasukan dari negara penjahah british iatu pasukan chelsea.

Apapun pujian harus diberikan pada pasukan negara kita kerana berjaya mempertahankan gawang gol. Akhirnya sepakan percuma yang diberikan pada saat akhir telah menyebabkan gol pasukan Malaysia ditembusi juga. Ratusan penyokong chelsea pun bersorak keriangan seperti histeria ketika minit 78 tersebut. Kita semua dapat rasakan seolah olah kita berada di stamford bridge.

Kepada penyokong chelsea yang membawa bendera tersebut ke hulu dan ke hilir janganlah terlalu bangga. Kemenangan yang diterima itu memang tidak sah, jika masihvtidak percaya cuba layari laman web youtube dan kawal gerak perlahan, tengok bola tersebut tidak masuk dalam garisan. Ini bermakna gol yang yang dijaringkan oleh pasukan chelsea memang tidak sah. Pada pendapat Azril gol tersebut memang kontroversi. 

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, July 22, 2011

Aku Yang Pening Atau Depa Yang Pening..


Aku Yang Pening Atau Depa Yang Pening..

Aku bukan nak tunjuk baguih tapi kadang kadang aku pening jugak dengan perangai masyarakat sekitar ni. Bukan apa benda yang termaktub dalam hukum tak mau pulak ikut, tapi benda yang tak dalam hukum boleh pulak buat hukum. Pelik betul depa ni tapi depa ni ada pulak orang yang nak dengaq depa kata apa.

Kadang kadang tu sembang depa ni memang deraih sangat sampai depa rasa satu dunia akan dengaq cakap depa. Kadang kadang depa ni sengaja nak cari salah orang lain saja macam depa tu sempurna dangat. Cara depa cakap tu macam depa tu dah sempurna sangat atau lebih tepat depa ni nak kalau kita panggil depa ni yabg terpilih.

Kadang kadang permasalahan masyarakat atau ummah tak pulak depa sentuh yang depa sentuh adalah masalah global dan negara. Bukan tak boleh kita sembang bab global dan negara tapi kita sedaq sikit kita ni sapa masyarakat keliling kita pun tak dapat nak ubah. Cuba hang pi kat hujung kampung waktu maghrib tentu ada remaja yang tengah lepak ka, main bola sepak ka, main dam aji ka, main apa apa saja, cuba hang ajak depa pi masjid ka ajak depa pi semayang ka. Yang ni tak, tengok saja lepaih tu kata nasib baik anak aku tak kawan dengan budak budak tu. Kalau hang nak tau kalau anak hang kawan dengan budak yang nakal sikit takkan depa nak cerita kat hang. Hang kena siasat sendiri lah.

Apa yang aku cakap lagi adalah kita tak payah nak sibuk kat tempat jauh jauh tengok dalam 20 atau 30 km persegi dari rumah kita apa yang ada kalau hangpa tu betul betul baguih sangat pi la tegoq benda tu. Aku rasa dalam jarak macam tu kat mana mana tempat pun ada.............................. Cari dan tegoq la apa yang patut. Hangpa lena ka atau dah nyenyak tidoq sampai ayaq lioq basi keluaq pun tak tau

Ubah yang tu dulu baru cadang nak ubah yang lain...............

Sekadar pendapat aku saja............ Aku pun teringin jugak tapi pemimpin agama tak kira apa parti pun lena nak buat macam mana kan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, July 18, 2011

Azril Azlina @ Kejohanan Sepaktakraw Zon Timur

Azril Azlina @ Kejohanan Sepaktakraw Zon Timur

Pada hari sabtu yang lalu 16/07/2011 azril dan isteri tercinta ke pusat sukan U.m.p. Tujuan kami ke sana adalah menyaksikan kejohanan sepak takraw.

Oh ya ka.................
Sebenarnya kami ke sana adalah kerana puan azlina bertugas sebagai paramedik dan azril pula adalah peneman setelah tengahari. Puan azlina memberitahu azril bahawa nasib baik kali ini tiada kecederaan serius yang dialani oleh para peserta.

Oh ya lagi.... Nama kejohanan tersebut adalah Kejohanan Sepaktakraw Kfc Utusan 2011 zon timur. Kejohanan yang telah masuk tahun kedua penganjurannya dan menjanjikan hadiah yang lumayan bagi setiap zon..
Published with Blogger-droid v1.7.3