Monday, April 25, 2011

Majlis Perkahwinan Azil Fikri Bin Hamzah dan Nor Faeza Abdul Aziz

Majlis Perkahwinan Azil Fikri Bin Hamzah dan Nor Faeza Abdul Aziz

Catatan 12 Mac 2011

Setelah Majlis Akad Nikah berlansung di Kampung Kuala Pai Kedah kami semua pulang ke rumah. Mak Puan Hajah Siti Roselina, Ayah Tuan Haji Hamzah dan adik adik balik ke Taman Permata, Azril dan Puan Azlina balik ke kuarters manakala kelluarga Puan Kamsirah (Mak Teh), Puan Farah dan suaminya Encik Zuhri serta Encik Fikri tinggal di rumah yang disediakan.

Pada jam 11 pagi kami semua terus keluar rumah rombongan disertai dengan keluarga sepupu dan Mak saudara anataranya keluarga Puan Nadia, keluarga Puan Roseliah (Mak Yang), keluarga Puan Najwa dan keluarga Puan Fazilah (Mak Yam). Pada jam 12.30 tengahari kami pun sampai di sana.

Selepas Zuhur Encik Fikri pun sampai setelah dipakaikan pakaian pengantin dan kami pun terus mengiringi Encik Azil Fikri ke rumah pengantin perempuan.
.
Segak bergaya seperti laksamana melayu zaman silam
.
Proses membawa hantaran. Tengok budak bersampin tu
.
Proses membawa hantaran.
.
 
Encik Azil Fikri dan isterinya Puan Faeza berjalan seiringan
.
Encik Muhammad Muhaimin tersenyum sambil membawa hantaran
.
Pengantin ceria bersanding diatas pelamin
.
Bonda, Ayahanda dan Adinda diatas sofa yang bertentangan dengan pelamin pengantin
.
Pengantin yang ceria diatas pelamin
.
Antara tetamu yang hadir dari sebelah keluarga pengantin lelaki
.
Puan Azlina dan adik iparnya Puan Farah Zalina
.
Pengantin kelihatan ceria di meja makan beradap
.
Dari kiri Mak Yang (Puan Siti Roseliah) cucunya Ziyad Anwar dan Azim Anwar
.
Mak Yang memberi minuman pada cucunya yang comel
.
Dari kiri berdiri Puan Siti Norhana dan Cik Nur Hannah
Duduk dari kiri Cik Fatimah Zahra, Puan Azlina dan Puan Farah Zalina
.
Segan segan pulak Fikri ni, jangan pi gigit camca sudah. Hahahahaha
.
Puan Dina dan suaminya serta 3 orang cahaya mata mereka
.
Barisan utama meja makan beradap.
.
Ayahanda tercinta senyum sambil makan
.
Sepupu 2 beradik Dari kiri Puan Najwa Idha dan Puan Nadi Salmi
.
Tingginya kek mereka
.
Encik Fikri menyuapkan isterinya makan kek
.
Adinda tersayang Cik Nur Hannah yang comel
.
Adinda tersayang Encik Muhammad Muhaimin yang segak bersampin
.
Siapa lagi kacak????
.
Hantaran dari kedua dua belah pihak
.
Bonda tercinta dan Ayahanda disebelah pengantin
.
Puan Azlina dan anak saudara pupunya yang comel, Adam.
.
Giliran Azril dan Puan Azlina bergambar disebelah pengantin
.
Pengantin tengah bergaya diatas katil mereka
.
Azril dan isteri tercinta diatas pelamin
.
Inilah dia bakal pengantin 10 tahun lagi. Hahahahaha

Friday, April 15, 2011

Majlis Akad Nikah Azil Fikri Bin Hamzah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian

Catatan 11 Mac 2011 - 06 Rabiulakhir 1432 Hijrah

Kami keluar awal dari rumah Taman Permata ke kampung Kuala Pai, Kuala Nerang Kedah. Semasa perjalanan kami tiba tiba terjadi kesesakan yang teramat sangat di Lebuhraya Utara Selatan disebabkan terdapat kemalangan disana. Kami pun berhenti di Plaza tol Sunagi Dua dan kami pun meneruskan perjalanan. Apabila kami semua sampai disana Adik Azril iatu Encik Azil Fikri telah pun diakad nikah dengan satu lafaz sahaja. 

Setelah kami semua sampai kami pun terus ke rumah pengantin perempuan dan bermulalah seisi bergambar.
.
Encik Azil Fikri dan isterinya Puan Faezah menunjukkan wang mas kahwin mereka
.
Puan Faezah mencium tangan suaminya
.
Ish ish dia malu malu pulak
.
Antara rombongan dari sebelah pengantin lelaki. Tengok budak berjubah yang tengah sengih tu
.
Pengantin bergambar dihadapan pelamin buat pertama kalinya
.
Pengantin bergambar bersama ayahanda dan bonda
.
Bergambar bersama ayahanda dan bonda pengantin perempuan
.
Encik Fikri mencium tangan bonda mertuanya
.
Bonda tercinta dan ayahanda tercinta duduk diatas sofa
.
Adinda Adinda tersayang dari kiri Cik Nur Hannah, Cik Fatimah Zahra dan Puan Farah Zalina
.
Cik Nur Hannah mempamerkan senyumannya
.
Puan Faezah mencium tangan bonda mertuanya
.
Puan Faezah mencium tangan ayahanda mertuanya
.
Giliran Fikri pulak. hahahahaha
.
Jelitawan jelitawan yang cukup disayangi oleh Azril
Dari kiri duduk Puan Hajah Siti Roselina Indrayati, Puan Azlina dan Cik Fatimah Zahra
Duduk dari kiri Puan Farah Zalina dan Cik Nur Hannah
.
Keluaarga Ayah Teh Dari kiri Puan Hana, Puan Kamsirah, Cik Anisah, dan Puan Dina
Duduk atas riba dari kiri Aishah dan Adib
.
Kita makan nasik dulu
.
Puan Farh dan suaminya Encik Zuhri tersenyum begitu juga ayahanda yang tersenyum diatas sofa
.
Puan Dina dan suaminya Encik Suhaimi memerhatikan anak mereka
.
Puan Hana memerhatikan anak saudaranya yang comel Aishah
.
Azril mendukung Aishah anak saudara pupu yang comel
.
Azril dan Puan Azlina bergambar bersama pengantin
.
Keluara Mak Teh bergambar bersama pengantin
.
Fikri dan Aishah
.
Setelah tamatnya majlis tersebut kami pun balik ke rumah di Taman Permata dimana perjalanan sejauh 150 km ditempu dalam masa 2 jam.

Friday, April 08, 2011

Alkisahnya......... Sekadar Luahan

Alkisahnya......... Sekadar Luahan

Seorang insan ....

Merasakan hanya dirinya sahaja yang terbaik

Azamnya untuk dinobatkan sebagai yang terpilih ....

Alim, merendah diri, sopan santun dan berbudi bahasa

Hanyalah besi berkarat yang dicelup

Seolah olah dicelup dengan lapisan emas semata mata

Retoriknya hanya meyebutkan kiasan

Tiada nas yang diluahkan olehnya

Jauh dari segalanya

Dia cuba menyembunyikan sisi gelap hidupnya

Dari mana asalnya

Ibarat debu dia diterbangkan kemana mana

Hinggapnya di dahan baru

Baru sahaja hendak merasasakan redup dibawah rimbunan

Cita citanya segunung impian

Dia mahukan pengaruh kehormatan dan kedudukan

Cuba untuk berada diatas rimbunan di pucuk tertinggi

Rakannya jauh menggapai awan

Dia baru sahaja berada di dahan

Tiba tiba dia ditiup angin

Jauh melayang dirinya

Tanpa haluan dan arah tuju

Hinggap pula di dahan yang kecil

Lebih kecil dari dahan yang dia pernah singgah dahulu

Impiannya adalah kemuncak segalanya

Pengaruhnya dan kepintaran retoriknya

Siapa sahaja pasti terpegun dengannya

Demi cita citanya yang menggunung sejak dulu lagi

Cantasan dan penindasan perlu dilakukan

Cantasan demi cantasan dilakukan tanpa rasa kasihan

Perbezaan ketara dirinya bagi penindasan

Cengkaman harus ada tapi hanya bagi yang dipilih

Sehingga kini adakah ia akan kekal

==================
===========
=====
==
=

Saja ja Azril tulih ni tak dak kena dengan sapa sapa pun, betui ni. Cerita pasai habuk saja. Ada banyak benda juga zril nak tulih ni tapi tak palah nanti azril tulih lain.

Monday, March 21, 2011

Azril Mula Berkerja

 Azril Mula Berkerja

Catatan hari ini 21/03/2011

Setelah 3 minggu Azril bercuti sakit akibat sakit mata dan pada hari ini 21/03/2011 bermulalah semula hari Azril sebagai seorang perkerja. Setibanya Azril di kuarters Bukit Mertajam pagi tadi hati Azril menjadi sayu disebabkan setiap hari dalam tempoh tiga minggu, Azril ditemani oleh isteri tercinta kemana sahaja tetapi hari ini kedaan telah berubah.

Kesayuan telah bermula malam tadi pabila Azril dan isteri tercinta di Terminal Makmur Kuantan, ketika Azril di dalam bas dan memerhatikan Puan Azlina dari tingkap bas. Kami masing masing cuba menceriakan keadaan tetapi kesayuan hati telah memuncak dan menyebabkan kami diam tanpa sepatah ayat apa pun keluar dari mulut kami.Ketika bas mula bergerak meninggalkan terminal, Azril dapat rasakan yang isteri Azril memang sedih tetapi dia cuba menyembunyikan perasan tersebut dengan melambai dan senyum kerah Azril......(Azril tidak dapat untuk meneruskan ayat seterusnya)

Hari ini, ketika sampai di pejabat terdapat beberapa kejutan. Memang Azril tidak menyangka kejutan ini terjadi. Pendapat Azril biarlah mereka merasa bahagia dengan keputusan yang mereka telah lakukan ..............