Friday, February 25, 2011

Diari Bergambar Azril Azlina 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
....................................

Diari Bergambar Azril Azlina 2011
Dalam kegembiraan hari ini disebabkan isteri tercinta berada di rumah di Bukit Mertajam membuatkan Azril berasa ceria dan keceriaan ini Azril coretkan didalam penulisan ini. Apa yang Azril coretkan disni adalah mengenai catatan diari bergambar Azril dan isteri tercinta Puan Azlina ketika hari Sabtu dan Ahad dari awal tahun sehingga ke hari ini. Banyak tempat yang kami pergi antaranya adalah majlis pertunangan, majlis akad nikah, majlis perkahwinan dan malis harijadi.


Dari kiri Puan Azlina, Puan Azilawati, Cik Juliana, Puan Aizaan dan Encik Nur Irfaan ketika di majlis pertunangan anak saudara pupu 2 mereka Cik Juliana di Felda Jenderak Utara
.

Puan Azlina dan Cik Juliana
.

Nur Ifraan tersenyum riang ketika di restoran Pizza Hut Temerloh Pahang
.

Kek harijadi Nur Irfaan
.

Nur Irfaan dan ibunya ketika proses memotong kek di Felda Jenderak Utara
.

Nur Irfaan leka bermain belon dan pasu bunga neneknya
.

Nur Irfaan diapit oleh Mak Ngah dan Mak Longnya
.

Masih lagi tersenyum walaupun sakit mata dan tetap comel
.

Puan Norzul Jajalina dipakaikan rantai oleh suaminya ketika majlis akad nikah di Desa Murni Sanggang, Pahang
.
Pasangan kekasih yang hangat bercinta. Terlalu hangat sehinggakan kulit Azril menjadi semaikin gelap. Hahahahaha
.

Puan Azlina dan anak saudara pupunya
.

Puan Azlina dan Puan Puan Norzul Jajalina serta anak saudara mereka yang comel
.

Seorang jejaka kacak bersandar di dinding
.

Pasangan adik beradik bergambar ketika di majlis Perkahwinan Puan Jajalina
.

Isteri tercinta tidak melepaskan peluang bergambar diatas katil pengantin
.

Pasangan pengantin diapit oleh Puan Azlina dan Puan Aizaan
.

Bergambar bersama ibu saudara mereka
.
Azril dan Azlina disebeleah pengantin
.

Semakin lebam mata Nur Irfaan
.

Nur Irfaan dan Mak Ngahnya Puan Azlina ketika di Felda Jenderak Utara
.

Thursday, February 17, 2011

Ulang Tahun Kelahiran Bonda Tercinta Yang Ke 53

Ulang Tahun Kelahiran Bonda Tercinta Yang Ke 53

Minggu lepas Azril ke rumah Ayahanda dan Bonda yang terletak di Taman Permata kebiasaannya Azril akan kesana setiap malam Isnin untuk makan dan bersembang bersama Ayahanda tercinta dan Bonda tercinta Tetapi tujuan kali ini Azril pergi ke sana adalah untuk meraikan harijadi bonda tercinta Puan Hajah Siti Roselina Indrayati yang ke 53. Azril sampai di waktu tengahari dan sewaktu itu kebanyakkan adik adik azril pergi sekolah dan berkerja.

Setelah sampai Azril pun memaklumkan pada bonda tercinta yang Azril telah pun membeli kek dan Azril memaklumkan pada bonda tercinta yang Azril hendak menangkap gambar bonda dengan kek. Setelah bonda bergambar lalu bonda pun memotong kek tersebut. Setelah itu kami pun makan kek tersebut dengan riang dan gembira.

Kepada Adinda adinda tersayang yang tidak dapat makan kek tersebut janganlah marah nanti kita beli kek untuk untuk harijadi Ayahanda pula.
.

Inilah kek harijadi Bonda Tercinta
.

Disebelah kek tersebut terdapat beraneka coklat yang dihadiahkan oleh adinda adinda Azril
.

Senyuman suci yang benar benar ikhlas dari seorang insan yang paling Azril sayangi
.

Bonda tercinta bergambar sambil berdiri bersebelahan pintu rumah.
.

Inilah wajah insan tercinta yang memberikan kasih sayang pada kami 9 orang adik beradik dari kami kecil hingga kami besar
.

Dengan lemah lembut kek tersebut dipotong oleh Puan Hajah Siti Roselina Indrayati
.

Kek diletakkan didalam pinggan
.

Adinda Cik Fatimah Zahra bergambar disebelah bonda tercinta
.

Tengok tu macamlah harijadi dia. Ada ka patut dia suruh mak suap dia, dah lah tadi cakap kata dia lambat nak pi keja
.

Hitamnya Azril bila bergambar disebelah mak. Hahahahaha
.

Wednesday, February 16, 2011

Kisah Spageti

Kisah Spageti
Sebenarnya Azril pun tidak tahu apa yang hendak dikatakan, tetapi yang pasti adalah Azril memang minat makan pelbagai jenis makanan. Makanan yang Azril hendak ceritakan di diari Azril ini adalah spageti. Penceritaan Azril bukanlah berkisar tentang spageti yang terdapat di restoran makanan segera tetapi spageti yang dimasak sendiri di rumah.

Penceritaan Azril bermula di sini.............
Setiap bulan dikala waktu dapatnya gaji, Azril dan isteri tercinta Puan Azlina akan membeli barangan keperluan harian untuk tempoh sebulan. Sebelem kami ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan tersebut kami akan menyenaraikan dahulu apa barangan yang akan dibeli. Ini bertujuan mengelakkan masa yang diambil terlalu lama di mana mana pasaraya.

Alkisahnya.......... Sewaktu kami mengambil barangan yang disenaraikan dan terus memasukkannya di dalam troli kami akan berjalan jalan ke rak lain. Tiba tiba kami kami terpandang spageti kering yang dibungkus dengan palstik yang sungguh menarik dan keluarlah dialog seperti dibawah

Azril : Spageti ni nampak macam sedap saja

Azlina : Tu lah ayang pun tengok macam sedap juga.

Azril : Apa kata kalau kita beli dan sayang masak spageti ni ?

Azlina : Ayang dah belajar dah cara nak buat sos spageti tapi kena beli daging kisar sebab kalau ada daging kisar tentu lagi sedapkan.

Azril pun mengambil spageti kering tersebut dan memasukkan didalam troli.

Azril : Sayang pi cari barang lain dulu sat abang nak cari sos spageti ni. Kawan abang kata kalau jenama ....... tu sedap sikit.

Kemudian setelah habis membeli belah kami pun terus pulang ke rumah. Seperti biasa kami akan rancak bersembang didalam kereta seperti kata kawan kawan Azril yang mulut azril tak akan diam pabila dalam kereta. Lalu keluarlah dialog :

Azril : Abang sebenaqnya tak sabaq sabaq nak makan spageti yang sayang nak buat tu. Cuba bayangkan spageti tu kita campoq dengan sos dia campoq dengan daging kisaq tentu sedap kan. Hahahahaha

Azlina : Hahahaha abang tahu tak, ayang pula rasa terliur nak makan spageti tu. Tak apa esok ayang masak lah spageti waktu tengahari. Malam esok karang waktu abang naik bas balik ke Bukit Mertajam tentu akan terbayangkan kesedapan spageti yang ayang masak ni

Azril : Hahahahahaha............................

Pada keesokkan harinya selepas Zuhur isteri tercinta mengotakan janjinya dan kami pun makan spageti tersebut dengan berselera sekali.

 Inilah dia spageti yang sungguh sedap
.
 Kuah sos spageti yang ditambah dengan daging kisar yang menambahkan lagi keenakkan rasa
.

Tuesday, February 15, 2011

Lagu dan lirik Untukmu Rasulullah :- Kumpulan Hijaz

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
....................................


Lagu dan lirik Untukmu Rasulullah :- Kumpulan Hijaz



Untukmu Rasulullah

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya HabibAllah ( 2X )

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habibAllah ( 2X )
................................
................
Dikesempatan ini Azril dan isteri Puan Azlina  mengucapkan selamat menyambut Mulidur Rasul s.a.w.... 

Friday, January 28, 2011

Imbasan Tahun Lepas - Jalan Jalan Azril Azlina di Kuala Lumpur


Imbasan Tahun Lepas - Jalan Jalan Azril Azlina di Kuala Lumpur

Imbasan perjalanan Azril dan isteri tercinta di Kuala Lumpur pada tahun lepas 2010 dan ini juga merupakan salah satu dari pengalaman yang menyeronokkan kami sepanjang disana.

Alkisahnya..........
Perjalanan Azril dan Puan Azlina dari Kuantan bermula pada jam pagi dan dalam tempoh 2 jam kami pun sampai di Kuala Lumpur. Setelah sampai di Kuala Lumpur kami pun mencari papan tanda untuk pergi ke Menara Berkembar Petronas atau KLCC, disebabkan kami memang tidak tahu jalan disana maka terpaksalah kami berpandukan pada papan tanda. Apapun kami berterima kasih pada pihak yang menyediakan papan tanda jalan tersebut.

Sewaktu perjalanan tersebut tiba tiba kami pun ternampak papan tanda KLCC dan kami pun masuk ke simpang tersebut. Setelah kami agak lama melalui jalan tersebut kami pun terus nampak satu lagi persimpangan KLCC dan kami pun terus membelok memasuki simpang tersebut. Tiba tiba kami baru mengetahui bahawa kami telahpun melalui jalan sehala yang menghala ke tempat letak kereta KLCC, disebabkan jalan tersebut merupakan jalan sehala kami pun terus masuk dan meletakkan kad ‘Touch n Go’ kealat pengimbas tersebut dan kami pun terus mencari jalan keluar dari tempat tersebut. Sekali lagi kad diimbas dan kami pun terus keluar dari tempat letak kereta tersebut.

Azril dan isteri Azril pun berbincang dimana kami hendak rehat dan kami pun mencari hotel berdekatan dan hampir 2 km perjalanan kami pun terjumpa hotel, kami pun mengambil keputusan untuk bermalam disana. Setelah kami mendaftar masuk hotel kami pun terus berehat sekejap bagi menghilangkan penat. Sebenarnya Azril terasa hendak tidur saja tetapi Azril juga terfikirkan bahawa di rumah sendiri pun boleh tidur dan tujuan utama kami disini adalah untuk meronda ronda. Setelah solat kami pun bersiap untuk keluar dan Azril sempat juga menelefon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bertanyakan pada mereka tentang status halal restoran hotel tersebut. Jawapan yang kami terima menghancurkan harapan kami untuk sarapan percuma di hotel tersebut.

Setelah keluar dari hotel kami pun keluar meronda ronda dan kami mengambil keputusan untuk ke Shah Alam disebebkan isteri tercinta teringin hendak makan ais kacang istimewa atau air batu campur istimewa disana. Perjalanan kami ke Shah Alam memakan masa agak lama disebebkan kami hanya berpandukan pada tanda jalan dan jalan juga amat sesak dengan kenderaan. Setelah 1 jam peralanan kami pun terus sampai disana. Keistimewaan ais kacang tersebut disebabkan ia ditambah dengan ais krim diatasnya dan ditambah dengan coklat cair menjadikannya lebih lazat dan berkrim. Setelah makan disana kami pun merancang untuk meronda ronda pula di KLCC.

Perjalanan Azril dan Puan Azlina ke KLCC dari Shah Alam mengambil masa yang agak lama disebabkan kesesakan lalulintas ditambah pula dengan hari tersebut merupakan hari berkerja maka jalan bertambah sesak dengan ratusan kenderaan. Kesesakan tersebut menyebabkan kami kadang kadang berpandangan antara satu sama lain disebabkan terlalu panjang barisan kereta sehinggakan kami terdiam dan tidak tahu berkata apa apa. Azril baru tersedar bahawa minyak dalam kereta kami hampir hampir habis lalu Azril pun singgah sekejap di Stesen Minyak Petronas dan selepas habis mengisi minyak kami pun meneruskan perjalanan. 

Kami sampai di satu simpang tiga dan kami memberikan isyarat untuk keluar dari simpang tersebut dan tiba tiba terjadi kemalangan 100 meter dari simpang yang hendak kami keluar. Azril dan Puan Azlina begitu terkejut melihat kejadian tersebut dan tidak sampai seminit tempat kejadian telah dikeremuni oleh sekumpulan orang yang keluar dari kedai minyak tersebut. Setelah ramai orang mengerumuni tempat kejadian kami pun meneruskan perjalanan kami.

Selepas kejadian tersebut Azril memandu kereta dengan agak perlahan dan berhati hati dan kami pun sampai di KLCC setengah jam kemudian, setelah sampai kami pun meletak kenderaan di tempat letak kereta yang kami masuk pada siang tadi. Setelah kereta diletakkan kami pun terus menghafal nombor di sana, tujuannya adalah mengelakkan kami tersesat nanti. Kami pun menaiki tangga gerak terus ke tingkat atas dan kami pun terus masuk ke setiap kedai yang ada di Suria KLCC. Memang banyak sekali barangan yang dipotong harganya dan membuatkan kami terasa hendak beli kesemua barang yang ada disana. Tetapi apakan daya kebanyakkan barang disana walaupun telah dipotong harganya tetap mahal.


Setelah kami meronda dan membeli belah kami pun terus ke kenderaan kami dan pulang ke hotel dan tidur. Setelah kami bangun dari tidur kami terus bersiap untuk balik ke Kuantan. Antara perkara yang melucukan pabila kami daftar keluar hotel tersebut dan penyambut tetamu hotel tersebut bertanyakan pada kami kenapa kami tidak bersarapan dahulu. Azril memberikan alasan bahawa kami hendak cepat dan banyak kerja yang perlu dilakukan. Sebenarnya kami tidak bersarapan disana disebabkan status halal restoran hotel tersebut. Setelah 2 jam memandu Azril dan Puan Azlina pun sampai di rumah kami di Kuantan.

Ais Kacang atau Air Batu Campur Yang Sedap
.
 Kita duduk dulu..............
.
 Senyumanmu penawar kedukaanku
.
 Azril berlatarbelakangkan hiasan yang ada di Suria KLCC
.
 Keesokkan harinya kami bersiap untuk balik ke rumah
.
Sempat lagi mengambil gambar
.
 Puan Azlina ketika di lobi hotel
.
Azril masih lagi di lobi