Monday, January 24, 2011

Makanan Yang Akan Azril Makan Seminggu Sekali


Makanan Yang Akan Azril Makan Seminggu Sekali

Sekarang ini Azril tidak tahu apa yang hendak dikatakan samada ketagihan atau teringin sangat makan sayuran mentah atau salad. Cuba bayangkan daun salad karang , tomato bujur, telur rebus, timun, hirisan lobak dan bawang serta ditambah sedikit mayonis dan digaul dengan sos thousand island (Boleh meleleh air liur jika cerita lebih lanjut). 

Ini adalah kerana setiap minggu setiap kali balik ke Kuantan isteri tercinta Puan Azlina akan menyajikan salad pada Azril disebabkan Azril suka sangat makanan tersebut.  Sebelum ini sebulan sekali Azril akan ke restoran makanan segera untuk membelikan salad campur, tetapi sekarang ini Puan Azlina telah membeli 1 liter sos thousand island maka bolehlah Azril makan salad sepuas hati. Apa yang Azril perlukan adalah sayuran sayuran segar. 

Apa yang pasti Azril terpaksa menghentikan tulisan ini demi mengelakkan air liur Azril tumpah. Hahahahaha. Gambar diatas menunjukkan salad yang dibuat oleh Puan Azlina.

Sunday, January 23, 2011

Tahniah Angkatan Tentera Malaysia - Tentera Laut Diraja Malaysia

Tahniah Angkatan Tentera Malaysia - Tentera Laut Diraja Malaysia

Rampas semula kapal MT Bunga Laurel

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Kecekapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali lagi terbukti apabila berjaya menyelamatkan sebuah kapal dagang MT Bunga Laurel selepas dua jam ditawan lanun, kira-kira 300 batu nautika (555 kilometer) di timur Oman, semalam.

Misi menyelamat itu dilakukan bersama kapal auxiliary (bantuan dan tugas-tugas khas) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 yang terlibat dalam Operasi Fajar bagi memberi perlindungan kepada kapal MT Bunga Laurel itu ketika melalui perairan Teluk Aden.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam tadi, kapal dagang yang disewa MISC Berhad itu telah ditawan sekumpulan tujuh lanun warga Somalia yang bersenjatakan senapang jenis AK-47 dan pistol.

Kumpulan lanun itu menaiki sampan yang diturunkan dari sebuah kapal induk membawa seramai 18 lanun untuk menyerang kapal dagang berkenaan yang membawa muatan minyak pelincir dan bahan kimia jenis ‘ethylene dichloride’ dari Asia Barat ke Singapura.

Seramai 23 krew kapal MT Bunga Laurel berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dalam misi menyelamat yang dilancarkan Pasukan Perlindungan Khas ATM itu.

Dalam kejadian itu juga, kesemua tujuh lanun berkenaan berjaya ditahan manakala tiga daripadanya cedera ketika berbalas tembakan dengan tentera ATM.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan di sini hari ini, rampasan itu berlaku selepas dua jam kapal MT Bunga Laurel dipisahkan di perairan selamat setelah diiringi Bunga Mas 5.

“Krew kapal MT Bunga Laurel sempat mengaktifkan sistem penggera keselamatan kapal sebelum bersembunyi di bilik keselamatan khas yang terletak berhampiran bilik jentera kapal.

“Bertindak daripada panggilan kecemasan itu, kapal Bunga Mas 5 yang berada 14 batu nautika (25.9 kilometer) dari MT Bunga Laurel bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu,” katanya.

Dalam operasi tersebut, sebuah helikopter jenis Fennec TLDM yang dilancarkan kapal bantuan Bunga Mas 5 melepaskan tembakan dari udara.

Menurut kenyataan itu lagi, tembakan tepat ke arah kapal induk lanun itu berjaya menghalangnya daripada memberi bantuan kepada kumpulan lanun yang berada atas kapal MT Bunga Laurel.

“Pasukan Perlindungan Khas ATM kemudian melancarkan operasi menggempur lanun itu pada pukul 1.20 pagi dan selepas berbalas tembakan, kesemua lanun itu berjaya ditahan manakala anak kapal itu diselamatkan,” jelas kenyataan itu.

Operasi Fajar yang bermula Julai tahun lalu berikutan insiden rampasan dua kapal tangki MISC 2008, memperlihatkan sokongan kuat kerajaan, ATM dan TLDM dalam menjaga kepentingan negara.

Kapal bantuan Bunga Mas 5 yang diubah suai daripada sebuah kapal kontena merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Ia dilengkapi hangar menempatkan pesawat Super Lynx dan bot tempur milik TLDM untuk melaksanakan operasi defensif mahupun menyerang jika diperlukan.

Dalam pada itu, kenyataan Kementerian Pertahanan memaklumkan, sebanyak 32 buah kapal dagang masih ditawan lanun di perairan Teluk Aden walaupun pelbagai usaha di peringkat antarabangsa dilakukan untuk menangani kegiatan lanun di perairan Teluk Aden itu.

Sementara itu, jurucakap TLDM ketika dihubungi memberitahu, semua 32 kapal yang ditawan lanun itu tidak melibatkan kapal dagang dari Malaysia.

Jurucakap itu berkata, kesemua 23 anak kapal Bunga Laurel termasuk beberapa warga Filipina yang diselamatkan tidak mengalami kecederaan dan akan dibawa pulang tidak lama lagi.
sumber : Utusan Online
KOMANDO TLDM (Paskal) mengawasi tujuh lanun Somalia yang ditahan selepas menyelamatkan kapal dagang MT Bunga Laurel daripada tawanan kumpulan lanun itu di perairan Teluk Aden, timur Oman, kelmarin.

Wednesday, January 19, 2011

Luahan Perasaan - Edisi Panggilan Hangit Yang Paling Hampaih

Luahan Perasaan - Edisi Panggilan Hangit Yang Paling Hampaih

Harini 19/01/2011 pagi tadi azril dengaq radio Hot FM masa tengah naik kereta tadi, lepaih tu azril pun dengaq lah lagu yang berkumandang dalam radio tu. Habih dengaq lagu azril pun teruih dengar la ada penguman dari juruhebah yang bertugas berkenaan dengan ada satu babak dalam panggilan hagit yang depa rasa cukup lawak.

Azril pun bukak lah radio kuat sikit, lepaih tu azril rasa macam tak kena saja teruih azril tutup terus radio rasa macam hampaih saja. Sebenaqnya apa yng azril nak luah kat sini adalah tentang cara macam mana panggilan tu dibuat dan macam mana dia memalukan budak seorang budak melayu dengan panggilan tersebut

Alkisahnya macam ni. Juruhebah tu menyamar sebagai peminjam duit dan bercakap dengan slanga seorang samseng dan teruih talipon sorang budak yang nama dia zul. Tujuan depa talipon zul tu sebab zul adalah penjamin bagi kawan dia dan juruhebah tu pun dengan sesuka hati ugut budak zul tu dan budak zul tu pun macam takut sangat kena apa tindakan oleh samseng tu. Tiba tiba azril rasa meluat teruih azril tutup radio tu.

Bila dah tutup radio terus azril tak tau apa dah jadi tapi yang paling azril bengagng adalah cara dia ugut dia menyamar dan ugut budak zul tu. Mungkin ada orang terguling guling dengaq benda tu tapi bagi azril memang bengang sebab apa yang kita akan dapat lepaih kita dok pekena orang. Cuba bayangkan kalau hangpa yang kena tentu hangpa bengang kan. Walau tak kena kat azril pun aku tetap bengang.

Thursday, January 13, 2011

Luahan Perasaan - Rasa Macam Nak ........ Saja

Luahan Perasaan - Rasa Macam Nak ........ Saja
.
Bukan hendak menyesal tetapi perkara tersebut telah terjadi. Suka atau tidak suka terpaksa menerima seadanya. Bukan apa pun, sengaja Azril letak ruangan kosong kat situ. Ini adalah berkenaan perasaan yang membuatkan Azril berasa demikian. Ini adalah berkenaan gambar dibawah .....
.

Inilah gambar yang membuatkan Azril berasa macam nak pengsan saja. Cuma rasa tetapi tidak pun.
.
Alkisahnya....... Minggu lepas Azril menghantar kereta ke Pusat Servis EON yang terletak di Prai, tujuan Azril menghantar kereta disana adalah untuk menggantikan minyak enjin dan penapis minyak setelah 5000 km perjalanan setiap pusingan. Sejak Azril membeli kereta tersebut pada tahun 2006 sehinggalah ke hari ini Azril akan menghantar kereta ke Pusat Servis EON kerana disana Azril akan mengetahui apakah permasalahan yang dialami oleh kereta Azril.

Berbalik pada cerita minggu lepas, setelah azril pergi ke kaunter servis dan penasihat servis pun menaip nombor kenderaan Azril dan keluarlah data data yang menunjukkan tentang apa perlu diperiksa bagi servis kali ini. Setelah perbincangan dijalankan maka penasihat servis tersebut memberitahu Azril bahawa Azril perlu menukar minyak enjin dan penapis minyak sahaja dan beliau mengingatkan Azril bahawa Azril perlu menukar tali sawat (timing belt) pada minggu hadapan iatu hari ini. Ini adalah kerana sejak dari tahun 2006 azril belum lagi menukar talisawat tersebut.

Setelah itu Azril menyerahkan kunci pada penasihat servis tersebut dan beliau membawa masuk kereta Azril kedalam bengkel dan beliau pun masuk semula ke kaunter dan menyerahkan kereta Azril pada juruteknik bertugas untuk tindakan sususlan.

Setelah kereta diangkat dengan menggunakan peranti kuasa cecair atau hidraulik maka minyak enjin dikeluarkan dan juruteknik tersebut memeriksa bahagian bawah kereta Azril dan Azril pun bertanya padanya tentang penyerap hentak (shock absorber) maka juruteknik tersebut memberitahu Azril yang penyerap hentak dibahagian belakang telahpun rosak. Ini adalah kerana minyak meleleh di pemukaan alat tersebut.

Setengah jam kemudian kereta Azril pun siap diservis dan Azril pun bertanya pada penasihat servis berkenaan harga talisawat dan penyerap hentak tersebut dan pabila harga tersebut diumumkan Azril pun terus terdiam. Azril pun membayar kos servis minyak enjin tadi dan azril pun membuat temujanji untuk menghantar kereta pada minggu hadapan iatu hari ini.

Pagi tadi 13/01/2011 Azril pun menghantar kereta Azril seawal jam 8 pagi dan kawan Azril Encik Radzi datang mengambil Azril setelah kereta dimasukkan didalam bengkel. pada jam 3.30 petang penasihat servis menelefon Azril dan memaklumkan bahawa kereta azril telahpun ditukar talisawat dan penyerap hentak dan azril terus bergegas kesana dan Azril menerima bil yang membuatkan Azril rasa macam nak pengsan. hahaaha. Inilah cerita yang azril hendak ceritakan disini.......

Sekadar luahan perasaan ..........

Tuesday, January 11, 2011

Lagu dan Lirik Bebas Palestin

Lagu dan Lirik Bebas Palestin


La ilaha illaLlah
Muhammadur RasuluLlah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabiliLlah


Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta


Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya


Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara


Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya


Lagu : Nazrey Johani
Lirik : Frizdan/Nazrey Johani
................................................
....................
.
Lagu yang menggabungkan Rabbani, Inteam, Nowseeheart & Saujana dedikasi khas untuk Palestin. Dapatkan album Gema Palestin di www.inteammobile.com. Dengan setiap pembelian, RM1 akan disumbangkan untuk tabung Lifeline 4 Gaza.
............................................
......
.
Terus terang yang Azrril katakan yang Azril cukup meminati lagu ini, lagu ini setiap hari Azril dengar dan sewaktu persiapan kenduri adik Azril lagu ini yang kami pasang
.......................