Friday, December 10, 2010

Majlis Perkahwinan Farah Zalina dan Mohd Zuhri di Kluang Johor

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ 
.Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
.
Majlis Perkahwinan Farah Zalina dan Mohd Zuhri di Kluang Johor
Catatan 19 November 2010
Aku dan isteri tercinta sampai di rumah mak dan ayah di Taman Permata Bukit Mertajam pada jam 8 malam ketika itu semuanya telah bersiap dan pada jam 8.15 kami pun memulakan perjalanan untuk ke Kluang Johor. kami pergi ke sana dengan 2 buah kereta yang sama jenamanya iaitu Proton Gen 2. Satu kereta kepunyaan aku dan sebuah kereta lagi kepunyaan isteri aku Puan Azlina. Bonda tercinta Puan Hajah Siti Roselina Indrayati memandu kereta aku dan membawa ayahanda tercinta Tuan Haji Hamzah serta adinda tersayang Nur Hannah manakala aku pula memandu kereta isteri tercinta dan membawanya bersama serta adinda tersayang Muhammad Muhaimin.
.
Setelah lama kami memandu maka kami pun berhenti rehat di Hentian Rehat Tapah,kami pun terus makan makanan yang telah dibungkus di Taman Permata tadi. Setelah makan kami pun terus solat dan kami pun meneruskan perjalanan. Tiba tiba hujan turun dengan lebatnya pabila kami meninggalkan Hentian Rehat tapah maka kami pun terpaksa memperlahankan kenderaan kami.
.
Hentian kami seterusnya pabila kami mengisi minyak di Sungai Buloh Selangor ketika itu hujan masih turun dengan lebatnya. Tiba tiba aku mendapat idea lalu aku pun terus memandu keretaku dan bonda tercinta menaiki kereta dengan isteriku maka perjalanan diteruskan sehingga sampai di Hentian Rehat Seremban. Setelah kami ke tandas maka kami pun terus berehat.
.
Perkara yang amat membimbangkan akhirnya terjadi pabila aku menjadi mengantuk yang teramat sangat maka aku pun terus tidur dan isteriku Puan Azlina pun terus memandu keretanya manakala mak aku pun terus memandu semula keretaku. Pabila sampai di Hentain Pagoh Johor maka semua dalam kereta pun mengantuk lalu kami semua tidur dengan nyenyaknya. Pada jam 6 lebih kami bangun dan solat subuh dan kami pun meneruskan perjalanan sehingga susur keluar Ayer Hitam Johor.
.
Kami pun menunggu adik aku Puan Farah dan suaminya datang menjemput kami dan membawa kami ke rumah tumpangan disana. Setelah kami sampai di rumah tumpangan kami pun terus mandi dan menyambung mimpi kami yang tertangguh ketika tidur diatas lebuhraya tadi.
.
Dipendekkan cerita setelah kami solat maghrib kami pun terus pergi ke rumah Haji Sharif iatu rumah pengantin lelaki untuk makan malam disana dan selepas itu kami pun balik ke rumah tumpangan semula.
.
catatan 21 November 2010
Setelah kami semua bersarapan maka kami pun terus berborak antara satu sama lain disebabkan semua adik beradik ada disana dan pelbagai topik dibincangakan. Setelah tengahari maka kami semua pun terus bersiap untuk ke Majlis Kenduri Kahwin.....
.
Inilah dia pasangan pengantin yang sentiasa muda sepanjang zaman
.
Nur Hannah, Mak Teh Puan Hajah Kamsirah , Cik Fiza dan Puan Hana
.
Ayah khusyuk mendengar cerita dari ayah teh
.
Dari kiri Kod 1, Encik Azwan, Tuan Haji Norani, Tuan Haji Hamzah, Puan Hajah Roselina dan Puan Fazilah
.
Pengantin telah pun siap
.
Isteri tercinta Puan Azlina dan adinda tersayang Puan Farah Zalina
.

Puan Farah bergambar dengan kekandanya yang kacak
.
Bonda tercinta Puan Hajah Siti Roselina Indrayati bersama Puan Farah Zalina
.
Kedua-dua adinda kesayanganku bergambar bersama
.
Ayahanda tercinta Tuan Haji Hamzah bergambar dengan anakanda kesayangannya
.
Tak pa, tak pa tahun depan kenduri Fikri pulak kan? Betul tak ayah?
.
Puan Farah dan adindanya Encik Muhammad Muhaimin yang lebih tinggi darinya
.

Masih bersama adindanya yang akan menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin.Ya ke?
.

Meja makan beradap
.

Penyeri meja makan beradap
.

Tingginya kek 3 tinkat ni
.

Bonda tercinta dan ayahanda tercinta
.

Puan Farah dan Encik Zuhri diatas singgahsana mereka
.


4 orang serentak diatas pelamin
.

Kembali semula ke meja makan beradap
.
Gambar curi? Akhirnya aku juga yang kena.....
.

Jelitanya adik aku ni .....
.

Paun Farah dan Encik Zuhri memotong kek mereka
.

Kek disuapkan nasib baik tak tergigit jari
.

Bergambar dihadapan kek
.

Para wanita yang jelita dan gadis yang ayu bergambar bersama pengantin
.

Giliran jejaka jejaka yang kacak bergambar bersama pengantin
.

Keluarga pengantin perempuan bergambar bersama sama
.

Jurugambar membetulkan kaki aku yang dikatakan tak dilipat sempurna. Tengok semua dok gelak kat aku macamlah lawak sangat. Hahahaha
.

Kan cantik macam ni. Hahahahaha
.

Thursday, December 02, 2010

Majlis Pertunangan Azil Fikri Bin Hamzah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
...................................

Majlis Pertunangan Azil Fikri Bin Hamzah

Pada 18 November 2010 yang lepas bersamaan dengan 11 Zulhijah 1431 berlansungnya Majlis Pertunangan adik Azril yang kedua iatu Encik Azil Fikri Bin Hamzah. Lokasi tempat majlis tersebut adalah di Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang, Kedah darul Aman.

Kami memulakan perjalanan pada pukul 10 pagi dan kami sampai di masjid Kuala Pai pada pukul 12.45 tengahari dan kami berehat sebentar sementara menunggu masuknya waktu Zohor. Setelah kami solat Zuhur kami semua bergerak menuju ke rumah di mana majlis tersebut berlansung.

Kelihatan ayahanda tercinta Tuan Haji Hamzah memulakan madah bicara sambil dibalas oleh Tuan Haji Yusof
.
Antara yang hadir memeriahkan majlis tersebut
.
Ayahanda pun menerima kertas yang menunjukkan jumlah wang hantaran yang telah dipersetujui
.
Sesi beramah mesra diteruskan lagi
.
Gubahan hantaran dari pihak kami iatu pihak yang meminang
.
Ayahanda masih lagi berborak sementara menunggu hidangan sampai
.
Azril dan isteri tercinta kelihatan ceria setelah kekenyanngan
.
Kami semua tersenyum lebar setelah kenyang. Semuanya senyum macam iklan ubat gigi pulak.
Dari kiri : Puan Farah Zalina, Puan Azlina, Muhammad Azril, Cik Nur Hannnah dan Bonda Tercinta Puan Hajah Siti Roselina
.
Akhirnya hantaran bagi pihak perempuan pula dipamerkan dan diletakkan seiring
.
Cik Faezah mencium tanngan bakal bonda mertuanya
.
Bonda tercinta menyarungkan cincin pada jari Cik Faezah
.
Akhirnya Cik Faezah menjadi tunang kepada Encik Azil Fikri
.
Encik Azil Fikri pun masuk dan bergambar bersama tunangnya
.
Sesi beramah mesra masih lagi diteruskan dan kali ini lebih rancak dengan ketawa
.
Puan Azlina bergambar bersama Cik Faezah
.
Puan Azlina bergambar bersama bakal birasnya dan Puan Farah dan Cik Nur Hannah bergambar bersama bakal kak ipar mereka
.
Dari kiri Mak Teh Puan Hajah Kamsirah, Encik Adam, Puan Hana, Cik Faezah dan Puan Hajah Siti Roselina
.
Mereka bergambar dihadapan hantaran.

Tuesday, November 30, 2010

Majlis Raja Sehari Farah Zalina Binti Hamzah di Taman Permata

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
...................................
.
Majlis Raja Sehari Farah Zalina Binti Hamzah di Taman Permata
.
Pada 14/11/2010 yang lalu 2 jam setelah habis majlis akad nikah di masjid maka bermulalah majlis kenduri kahwin dirumah mak dan ayah di Taman Permata Bukit Mertajam. Memang seronok majlis kenduri tersebut disebabkan semua jemputan hadir terdiri dari kawan kawan dan saudara mara. Kemuncak majlis tersebut adalah kedatangan pengantin 2 jam kemudian.
Wajah Adinda Tersayang Puan Farah Zalina selepas disolek
.
Puan Farah diiring untuk menyambut kedatangan suaminya
.
Puan Farah mencium tangan suaminya
.
Sempat lagi bersembang antara satu sama lain
.
Pengantin diiring masuk ke dalam rumah
.

Sedap tak puding tu? Cuba teka siapa yang buat?
.

Pengantin dimeja santapan beradat
.
Pengantin sempat berjenaka diantara satu sama lain
.
Pengantin tersenyum lebar diatas pelamin
.

Pengantin bersama bonda dan ayahanda pengantin lelaki
.
Azril dan Puan Azlina bergambar bersama pengatin. Berdiri bersebelahan adinda ipar masing masing
.
Bergambar bersama adik beradik, bonda dan ayahanda

Gambar pelbagai gaya yang riang gembira
.
Haaaaa, tengah buat apa tu
.
Kelihatan bonda tercinta dan ayahanda tercinta diatas pelamin
.

Bonda memberikan ciuman harijadi pada ayahanda
.
Nampaknya ayahanda pula yang segan
.

Bonda menutup mukanya dengan bunga sambil ayahanda tersenyum lebar
.
Ayahanda memotong kek harijadinya
.
Bonda menyuapkan ayahanda kek
.
Pengantin bergambar bersama sepupunya
.

Kelihatan Adinda Encik Azil Fikri bergambar bersama bakal tunangnya diatas pelamin
.

Adinda Cik Fatimah Zahra tersnyum lebar sambil makan didalam panas matahari
.

Adinda ipar Puan Aizaan turut sama menyerikan majlis bersama anakandanya Encik Nur Irfaan
.
.
.
Azril sebagai anak sulung pada bonda Puan Hajah Roselina, Ayahanda Tuan Haji Hamzah, abang sulung pada adik adik dan suami pada seorang isteri dengan rendah diri memohon ampun dan maaf atas sebarang kesulitan dan permasalahan yang timbul sepannjang majlis yang dijalankan di rumah kami di Taman Permata. Saya juga ingin mengalungkan sejuta penghargaan pada Mak/Pak/Tok saudara/pupu, Mak/ Abah Mertua, Adik/Kakak ipar, Biras, Sepupu/2 pupu, Saudara mara terdekat/jauh, kawan kawan jiran terdekat/jauh dan keluarga pengantin lelaki dan sesiapa yang hadir dalam memenuhi jemputan untuk memeriahkan majlis perkahwinan ini. Penghargaan yang sama juga ditujukan pada saudara mara yang tolong menolong membalut bekal cenderamata, mengemas rumah dan tolong menolong menyiapkan kerja disaat akhir di malam sebelum berlangsungnya kenduri. Terima Kasih semua.............