Monday, September 06, 2010

Hari Ahad Azril Azlina @ 26 Ramadhan 1431 Hijrah

Hari Ahad Azril Azlina @ 26 Ramadhan 1431 Hijrah

Pada hari Ahad bersamaan dengan 26 Ramadhan 1431 aku dan isteri aku ke Pasar Besar di Kuantan. Tujuan kami kesana adalah untuk mengambil baju melayu aku yang telah siap. Setibanya kami disana kami terus mengambil baju melayu aku yang kami tempah hampir sebulan yang lepas dan kami pun menuju ke pasar basah untuk membeli makanan mentah untuk dimasak sewaktu berbuka puasa nanti.

Aku terkejut kerana kebanyaakan ikan dan makanan laut disana agak murah dan nampak segar jika dibandingkan dengan yang kami beli di pasar kecil atau peniaga di gerai gerai. Apabila berada disana terasa macam hendak beli kesemua ikan disana.

Lalu aku dan isteri aku pun membeli ikan temenung atau ikan kembong 5 ekor (harga 1 kg RM 5) dan kami pun terus ke meja yang menjual sotong. Disebabkan aku teringin sangat nak makan sotong besar kami pun pergi ke meja menjual sotong. Pelbagai saiz dan rupa sotong tersebut dan aku pun memilih sotong yang ekornya agak bulat dan peniaga disana menamakannya sebagai sotong mambang. Kami kemudiannya membeli sayuran dan kami terus pulang ke rumah.

Pada jam 5.30 petang isteri aku pun memulakan proses masakannya dan pada pukul 6.00 kerja masakan pun selesai maka kami pun berehat sebentar. Pada pukul 7.12 malam kami pun berbuka puasa dan setengah jam kemudian kami pun solat dan bersiap hendak ke Terminal Makmur dan pada pukul 8.40 kami pun sampai disana. Pada pukul 9 dengan hati yang berat aku pun melangkah masuk kedalam bas dan dengan keadaan sedih isteri aku pun melangkah pulang dari Terminal setelah bas yang aku naiki bergerak meninggalkan terminal dan pada pukul 6.15 aku pun sampai di Butterworth.
.


Inilah juadah berbuka puasa kami yang ringkas dan cukup menyelerakan
.
Inilah dia ikan temenung (kembong) masak wap yang sunggu sedap
.
Sotong mambang yang telah siap dimasak. (Terliur pulak aku tengok sotong ni)
.
Kambing bakar yang cukup menyelerakan yang siap dibakar didalam ketuhar
.

Aku Tak Puas Hati Bahagian 2

Aku Tak Puas Hati Bahagian 2

Saya Muhammad Azril Bin Hamzah dengan ini menyatakan ketidakpuasan hati saya berkenaan perkara perkara yang menaikkan kemarahan saya antaranya adalah :

1.) Perbuatan menghina Islam yang semakin berleluasa sekarang ni antaranya perbuatan menghina nama Allah, menghina Puasa ,menghina umat Islam dan memberikan tafsiran sempit mengenai umat Islam. Dimanakah suara para ilmuan Islam dan pemimpin muda Islam yang berapi rapi dalam memberi ceramah tetapi takut nak menyuarakan pendapat dalam hal ini.

2.) Perbuatan menghuna Melayu yang sekarang ni nampaknya semakin berleluasa. Yang paling saya hairan adalah kuasa politik pun tak mampu nak buat apa. Tak kisah politik memerintah dan politik pembangkang memang tak boleh diharap dalam nak membela Melayu.

3.) Perbuatan menghina negara antaranya seperti membakar dan memijak Jalur Gemilang dan membaling najis ke Kedutaan Negara.

Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Sesiapa yang ada kuasa tolonglah bertindak demi agama bangsa dan negara...........

Friday, September 03, 2010

Hadiah Raya dari Puan Azlina

Hadiah Raya dari Puan Azlina

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.
.
Penceritaanku hari ini bermula disini.......... Setiap kali aku ke kompleks membeli belah aku akan ke butik Adidas dan butik Al Ikhsan memerhatikan satu "benda". Pada pendapat aku "benda" tesebut memang menarik dan aku memang berkenan dengan "benda" tersebut.

Hampir 3 bulan aku memerhatikan "benda" tersebut dan 2 minggu lepas akhirnya "benda" tersebut dihadiahkan pada aku oleh Isteri Tercinta. Aku memang terharu sangat dan berterima kasih banyak banyak padanya. Ini adalah kerana aku memang berkenan dengan "benda" tersebut dan memasang angan angan untuk memilikinya nanti

Benda yang aku maksudkan adalah...............


Inilah kotak "benda" tersebut
.

Apabila kotak dibuka
.

Cantik tak?
.

Pandangan dari bawah
.

Pandangan didalam kasut
.

Dari atas
.

Dari tepi
.
Buat Isteri Tercinta Terima Kasih Sayang sebab hadiahkan kasut ni pada Abang. Abang cukup menghargainya


Thursday, September 02, 2010

Hadiah Harijadi Aku Dari Cik Farah

Hadiah Harijadi Aku Dari Cik Farah

Tadi, aku pi rumah mak dan ayah aku di Taman Permata untuk bukak posa. Lepaih makan aku pun solat dan lepaih solat aku pun sembang dengan mak aku Puan Hajah Siti Roselina dan mak aku pun bagi kat aku satu beg plastik.

Aku : Benda apa ni mak

Mak Aku : Tak pa azril tengoklah Farah bagi kat azril sebab harijadi Azril

Aku : Haaaaaaaaaaaa
.
Yangnilah benda tu
.
Comel tak.
.
Apa pun aku terkejutlah jugak, mungkin adik aku Cik farah Zalina ni tak tau kot kata abang dia dah umoq 30. Walau apa pun terima kasih banyak banyak sebab bagi kat abang. Tak pa satgi abang dakap benda tu masa masa abang tidoq satgi. Hahahahaha
.

.
Terima Kasih sebab bagi kat abang benda ni Hahahaha. Satgi abang dakap benda tu masa masa abang tidoq satgi.

Comelnya..............

Comelnya..............

Catatan 31/08/2010

Aku berada dihadapan tv menonton sambil berbaring terasa macam nak tidur saja. Isteri aku pula tengah mengambil baju dalam mesin basuh dan memasukkan kedalam bakul untuk disidai. Tiba tiba dialog pun bermula..............

Isteri Aku : Ya Allah abang! Tentu abang suka tengok ni
.
Aku : Sat sat abang sampai

Aku berjalan ke dapur dan seterusnya ke pintu belakang rumah tempat isteri aku menyidaikan baju kami.

Isteri Aku : Tengok tu.......

Aku : Waaaa, comelnya anak kucin ni

Isteri Aku : Abang kalau kita pegang anak dia dia marah tak?

Aku pun memegang ibu kucing tersebut dan terus memagang anaknya

Aku : Sayang pi ambik kamera sat, kita tangkap gambaq kucin ni


Ibu kucing memerhatikan kami
.

Comel tak?
.

Sempat lagi mengeliat sambil mengeluarkan kukunya
.

Adik beradik kucing tersebut takut dan menyrok disebalik kayu
.

Comelnya rasa macam nak lambung lambung ja......
.