Thursday, June 03, 2010

Gambar Sewaktu Kerja Luar 2

Gambar Sewaktu Kerja Luar 2

Lokasi : Rahsia
Tarikh : Kemalrin 02/06/2010


Aku dan Encik Radzi bergambar sebelum kami keluar pejabat untuk menjalankan kerja luar. Akhirnya aku berjaya menyamakan ketinggian aku dengan Radzi.
.

Aku dan Encik Safar masih lagi berbau wangian masing masing sebab tak peluh, nanti peluh nanti tahanlah..... bau lain pula akan muncul.
.

Radzi dan Safar mengangkat kaki tripod
.

Aku tengah membaca pelan. Yang pakai topi pekebun sayur tu bos aku Encik Razak
.

Encik Radzi dan Encik Shafei sedang melaraskan alat ukur. Tapi depa ni memang pakar tak sampai 5 minit alat ukur telah dilaraskan
.

Ancaman utama yang hampir hampir meyodok kaki semua yang hadir. (Angsa ni nyaris disepak oleh Encik *****)
.

Kelihatan Encik Jalil tersenyum sambil memegang pelan. Yang kat belakang tu depa tengah mencari batu sempadan. Tengok sapa yang ada kat luar pagar tu.
.

Pelarasan untuk mencari beringdan jarak bermula, jangan silap tekan nanti kena marah dengan bos aku
,

Tuesday, June 01, 2010

Ulangtahun Perkahwinan Yang Kedua

Ulang Tahun Perkahwinan Kami Yang Kedua - Azril dan Azlina

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Pada tanggal 17 Mei yang lepas kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami kedua. Syukur ke hadrat Allah Tuhan Pencipta langit dan bumi dengan rahmat dan kasih sayangNya kami dapat hidup aman dan tenteram sehingga kini.
.
Memang tak sangka kami dah dua tahun berkahwin dan masa berlalu begitu pantas ditambah pula kami yang hidup berjauhan ini terasa seperti baru semalam kami akad nikah. Syukur ke hadrat Allah kerana kami berjaya menempuh ujian dan dugaan yang datang.
.
Buat isteri tercinta "Sayang, abang cintakan sayang seluruh jiwa abang , sayang tahu tak, sayanglah segalanya bagi abang. Sayang tahu tak, ketika berada dengan sayang abang rasakan jiwa abang penuh dengan cahaya cinta yang sayang curahkan. Sayang tahu tak abang tak pernah lupakan sayang walau dimana abang berada. Sayang tahu tak cinta abang pada sayang adalah ibarat ombak yang memukul pantai tanpa jemu. Cinta abang pada sayang adalah diibaratkan matahari yang memancarkan sinaran cahayanya tanpa bosan dan penat walau datang pelbagai ujian dan dugaan dan tak pernah lupakan sayang walau sedikit pun, sayang I love you"
.
Lokasi pemotongan kek adalah di rumah baru kami di Taman Seri Mahkota Aman.


Kek Ulangtahun Perkahwinan kami yang kedua
.

Isteri tercinta senyum sambil memotong kek
.
Giliran si budak hitam memotong kek
.
Si putih dan si hitam memotong kek
.
Aku memeluk insan yang cukup aku cintai sambil kami memotong kek
.
Kek dipotong berlatarbelakangkan sofa dan langsir dirumah kami
.

Habis sepinggan dan 4-5 pinggan pun boleh hahahaha

Kenangan Pulau Perhentian

Kenangan Pulau Perhentian

Sambil meneliti gambar gambar kenangan yang membuatkan aku tersenyum antara kenangan aku dan isteri tercinta yang tidak dapat aku lupakan sepanjang hayat adalah ketika kami berbulan madu di Pulau Perhentian. Kini 2 tahun telah berlalu. Aku rakam 3 video dengan menggunakan kamera aku dan sekarang aku muatkan di blog ini.

Memang seronok sangat bila aku disana tetapi yang membuatkan aku kurang seronok adalah kerana masa 3hari 2malam terlalu pendek sangat. Kalau boleh aku nak berada disana seminggu ke sebulan ke, setahun ke.......(tak payah kerja lah woi).

Aku sebenarnya teringin sangat untuk ke sana buat kali kedua tapi ada sesuatu yang menghalang iatu kawan aku Encik Duit. Hahahahaha.


Kejernihan air yang dapat dilihat walaupun waktu malam, ikan yang dirakamkan sepanjang satu kaki. Kedalaman air boleh dianggarkan sedalam 10 meter.
.

Aku pun tak tau benda apa ni, nampak macam batu karang tapi bentuk bulat tapi yang pasti benda tu besar sangat.
.

Ketika ini kami berada di atas pelantar sementara menunggu bot sampai, ketika itu aku sempat merakam video dengan kamera. Kejernihan air menghijau membuatkan aku sukar untuk mengucapkan selamat tinggal pada Pulau Perhentian. Apa pun aku terpaksa balik....

Wednesday, May 26, 2010

Ais Krim

Ais Krim

Aiskrim memang sedap, sapa yang kata aiskrim tu tak sedap mungkin dia ada masalah dengan lidah dan deria rasa dia tak berfungsi dengan betul.

Aku memang suka makan ais krim sejak kecik lagi. Masa zaman budak budak dulu aku rajin beli aiskrim dulu harga ais krim 5 duit ja, yang paling mahal adalah sekupang. Masa tu aku beli aiskrim tangkai saja, aku tak beli dalam kotak sebab mahal, masa tu kan waktu sekolah mana mampu. Masa sekolah dulu aku teringin sangat nak makan ais krim yang berjenama hebat tapi apakan daya harganya memang mahal sangat.

Sekarang ni zaman aku dah kerja bolehlah aku makan berkotak kotak aiskrim tapi kena pilih jugak sebab ada juga aiskrim yang tidak bertanda halal terutamanya yang berjenama antarabangsa.

Aku tak kisah orang nak kata apa sebab aku cerita tentang aiskrim ni janji sedap.

Paeti sejuk yang penuh dengan aiskrim.
.

Antara aiskrim yang sedap yang aku pernah makan.
.

Aiskrim ni pun sedap jugak.
.

Apa yang penting tanda Halal perlu ada..
.

Aku Nak Cakap Sikit

Aku Nak Cakap Sikit

Aku bukannya baik sangat, aku manusia biasa yang setiap hari melakukan dosa. Aku tau, tapi yang aku bengang sangat ni kadang kadang dengan orang sekeliling aku. Aku kadang kadang terlalu berlembut dengan depa, apa depa nak aku cuba tolong sedaya upaya aku.

Tapi……….. Kadang kadang bila aku dah ikut rentak depa, depa pulak yang jadi terlalu mengada-ngada sangat. Malaslah aku nak maki dalam blog, bukan aku nak tuinjuk baik tapi tak eloklah nak maki dalam blog ni. Lebih baik aku maki depan depan lagi bagus.

Aku boleh menari terduduk terlentang ikut rentak depa, tapi bila aku bila nak mintak tolong sikit sampai aku buat muka baru nak tolong lepas tolong pulak mulut depa macam mulut ala ala lahar gunung berapi lagi.

Aku bukan baik tapi aku cuba nak jadi yang terbaik. Jujur aku cakap aku dah benci berlagak skema nak jaga hati semua orang dan aku dah meluat sangat dengan perangai aku yang seolah olah boleh jaga hati semua orang.

Kalau aku boleh jaga hati hangpa semua apasal hangpa tak boleh nak jaga hati aku. Kenapa aku ni seoarang yang susah sangat nak paham ka…………… atau rumit sangat.

Aku pun tak tau nak kata apa………..

Tumpang aku boleh tahan lagi aku tahan……………

Kalau tak tahan aku cakap ja………………

Sekarang ni aku nak jaga hati aku saja…………….

Lantaklah………………….