Sunday, December 13, 2009

Rumah Baru Kami

Rumah Baru Kami

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Segala pujian bagi Allah SWT pencipta langit dan bumi dengan segala nikmat yang diberikan maka kami pun dapat pindah ke rumah baru.

Syukur Alhamdulillah kami telah pun pindah ke rumah baru pada hari Rabu yang lalu bersamaan 9hb Disember 2009

Masih banyak kerja di rumah yang perlu dibereskan dan cuma beberapa keping gambar sahaja boleh diambil
.


Kawasan ruang tamu yang diletakkan sofa
.

Tangga yang telah disaluti dengan "Laminate Flooring"
.

Gambar ruang tamu yang diambil ketika di tangga
.

Inilah dapur kami
.

Inilah kawasan tempat letak kereta kami
.

Belakang rumah kawasan dapur yang telah diubahsuai
.

Setelah kami berfikir, lalu kami pun bercadang untuk mengecat semula kawasan belakang dengan warna idaman kami lalu proses mengecat pun bermula dimulai dengan isteri tercinta menyapu cat.

Sehingga blog ini ditulis kami baru saja habis membuat kerja dan mengemas semua barang yang ada, rasa macam nak tidur terus seminggu. Haaaaa, baru hilang penat. Hahahaha

Friday, December 04, 2009

Pindah Rumah

Pindah Rumah

Jam sekarang menunjukkan pukul 5.20 petang dan pada bila bila masa isteri aku akan telefon aku dan kami akan bersembang tentang pelbagai benda yang terjadi pada hari ini samada di pejabat aku atau di pejabat isteri aku. Setiap hari isteri aku akan telefon aku atau aku akan telefon isteri aku sebab percuma. Sebab kami menggunakan pascabayar Celcom Exec. 50 1 tambah 5.

Cuma hari ini sahaja aku tak balik ke Pahang sebab hari ini isteri aku balik dari Pahang. Ini adalah disebabkan hari Ahad ni isteri aku berkursus di Damai Laut Lumut Perak sehingga hari Selasa. Selepas ini aku dan isteri aku akan bercuti selama 3 hari pada hari Rabu hingga Jumaat.

Bercuti bukan untuk pergi berjalan jalan tetapi untuk pindah rumah. Sebab nanti hari Rabu ni kami akan berpindah dari Taman Tunas Mahkota ke Taman Mahkota Aman. Sebenarnya yang membuatkan aku gembira sangat adalah kerana kami akan berpindah.

Sebenarnya aku pun tak sabar sabar nak duduk rumah tersebut pelbagai pengubahsuaian kami dah lakukan dalam rumah tersebut. Sengaja aku letak gambar aku dan isteri tercinta ketika di Pualu Perhentian sebab lepas ni kami tak mungkin akan selalu pergi berjalan sebab duit dah kurang buat ubahsuai rumah. Hahahahaha...........

Dibawah ini aku letakkan gambar keadaan rumah semasa siap dan sebelum buat pengubahsuaian. Belanja pengubahsuaian ini ditanggung sepenuhnya oleh isteri tercinta, ini adalah kerana isteri aku telah mengeluarkan wang KWSPnya sebab beliau mengambil taraf berpencen dan selepas tiga tahun berkerja maka KWSP boleh diambil.


Inilah keadaan belakang rumah ketika siap dan sebelum pengubahsuaian
.

Keadaan ruang tamu semasa rumah siap dahulu
.

Keadaan tangga sewaktu siap dan sebelum pengubahsuaian
.

Isteri tercinta memerhatikan tempat letak kereta semasa siap dan sebelum pengubahsuaian
.

Wednesday, December 02, 2009

Robot peneraju masa depan perubatan

Robot peneraju masa depan perubatan
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah@utusan.com.my

PADA zaman teknologi ini manusia semakin obses mencipta kemudahan berasaskan robot untuk membantu manusia melaksanakan pelbagai tugasan.

Robot kini bukan sahaja digunakan secara meluas dalam sektor perindustrian,

perkilangan, mengendalikan kerja berat atau bidang ketenteraan. Tidak ketinggalan, bidang perubatan turut melakukan pembedahan robotik.

Webster's New World Dictionary 1969 mendefinisikan robotik sebagai sains dan teknologi robot, termasuk reka bentuk, pengeluaran, aplikasi dan kegunaan lain.

Di Eropah, robotik didefinisikan sebagai "Sains Robotologi" dan Robotologi didefinisikan sebagai cara bagaimana mesin robot digabungkan dan melakukan kerja. Kebanyakan orang menganggap robotik sebagai satu bahagian teknologi tetapi robotik meliputi pelbagai bidang teknologi seperti mekanikal, elektrik, elektronik, sistem, perkakasan dan perisian komputer serta pelbagai teknologi canggih yang lain.

Ciptaan robot semakin canggih bersesuaian dengan kegunaan untuk menjalankan tugas manusia dalam dunia perubatan yang bermula sejak 1985 lagi.

Pada awalnya, teknologi robot untuk membantu bidang perubatan dikenali sebagai PUMA 560 yang digunakan untuk meletakkan jarum pada biopsi otak.

Kemudian pembedahan robotik semakin dikenali ramai dan pada 1988 PROBOT pula digunakan untuk pembedahan prostat di England.

Penggunaan robotik untuk membantu doktor menjalankan pembedahan semakin popular apabila Integrated Surgical System memperkenalkan ROBODOC pada tahun 1992 dicipta untuk pembedahan penggantian pinggul.

Pada tahun 1999, robot bedah iaitu Sistem Pembedahan Da Vinci selepas diluluskan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Kemudian, pada tahun 2000 pembedahan robotik ini diguna dalam prosedur pembedahan dada (thoracoscopic), sesetengah prosedur ginekologi dan jantung, urologi.

Empat tahun kemudian, Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan pembedahan robotik untuk pembedahan rawatan masalah kesihatan urologi.

Ia menjadi perintis kemajuan teknologi perubatan tempatan.

Pada bulan Mei tahun lalu, sekumpulan doktor di sebuah hospital di Kanada berjaya menjalankan pembedahan pertama di dunia menggunakan robot bagi membuang ketumbuhan otak seorang pesakit wanita di negara itu.

Pembedahan bersejarah itu dilakukan pakar bedah Pusat Perubatan Foothills di Calgary menggunakan sistem robot yang baru direka, dikenali NeuroArm untuk mengeluarkan ketumbuhan sebesar telur ayam dari otak Paige Nickason, 21.

Dalam pembedahan tersebut, robot yang mempunyai dua lengan itu menggunakan peralatan pembedahan sebagai tangannya dan dipantau pakar bedah menggunakan sistem kawalan jauh serta skrin pengimbas.

Sistem pembedahan robotik menggunakan beberapa alatan iaitu sebuah konsul komputer pengantara yang mempunyai alat pemegang untuk pakar bedah, tayangan video berkualiti tinggi, rangkaian berwayar yang menterjemahkan segala pergerakan pakar bedah dan sistem tangan robotik.

Bagi melakukan pembedahan, pakar bedah juga berada di bilik bedah dan duduk di bahagian khas mesin yang terletak tidak jauh daripada pesakit.

Seperti pembedahan yang dilakukan pakar pakar, tangan-tangan robot akan dimasukkan ke dalam perut pesakit melalui selitan kecil yang dibuat terlebih dahulu atau melalui tali pusat pesakit.

Dengan adanya teknologi ini, tugas pakar bedah menjadi lebih mudah dengan hanya memantau atau menyelaraskan kedudukan tangan-tangan robot tersebut.

Namun, pakar bedah masih menggunakan khidmat pembantu iaitu doktor bedah.

Sistem ini lebih tepat kerana tangan-tangan robot dapat berfungsi dengan tepat apabila menggerakkan serta memasukkan peralatan endoskopi.

Pakar atau doktor bedah juga dapat menumpukan perhatian dengan jelas serta tepat kawasan pembedahan dengan adanya kombinasi kecekapan teknologi komputer dan kepakaran perubatan manusia.

Ini jelas apabila pembedahan robotik lebih cermat dalam mengawal pergerakan mikro sewaktu pembedahan dijalankan ke atas pesakit.

Faktor ini disebabkan penterjemahan yang jelas tentang segala pergerakan semula jadi tangan pakar bedah yang menjalankan pembedahan.

Oleh itu, mereka dapat membuat kawalan pergerakan dengan lebih teliti dan berhati-hati melalui paparan skrin komputer.

Ternyata, pembedahan robotik merupakan sistem perubatan yang lebih tepat dan stabil.

Ini kerana tangan besi robot dapat melakukan pembedahan jauh lebih stabil daripada tangan manusia.

Berbeza daripada pembedahan biasa, pakar bedah tidak perlu berdiri dalam keadaan tekanan dan penat untuk melakukan pembedahan. Kini, pakar bedah hanya perlu duduk di hadapan skrin untuk membedah pesakit.

Selain itu, suasana kritikal bilik pembedahan yang perlu menggunakan banyak alatan bedah lebih terkawal. Dengan adanya pembedahan robotik, kawasan bilik bedah lebih selesa tanpa ketegangan.

Tidak ketinggalan, sistem komputer robotik ini juga dapat mengesan dan menapis jika terdapatnya tangan doktor yang menggeletar ketika melakukan pembedahan.

Sistem Pembedahan Da Vinci

Sistem pembedahan Da Vinci ialah robot pembedahan laparoskopik intuitive iaitu bergerak ikut kata hati.

Ia merupakan gabungan teknologi robotik terkini iaitu teknologi komputer dan kepakaran pakar perubatan.

Sistem ini terdiri daripada tiga komponen, konsul komputer dengan skrin tiga dimensi, bed site chart dan penganalisis imej.

Robot bedah memiliki tiga tangan panjang yang masuk ke dalam tubuh pesakit melalui port yang ditanam pada lubang kecil (key hole) pada abdomen pesakit.

Tangan robot utama iaitu central arm dikawal ketua pakar bedah menerusi konsul komputer. Tangan robot (arms) pula dikawal dua pembantu iaitu doktor bedah.

Teknologi ini berfungsi membawa masuk peralatan seperti gunting, forsep, pemotong kuasa elektrik (colgation), menyambung dan memutuskan organ (switchering) dan memegang organ ketika menjahit (graspers).

Dua tangan robot yang bertanggungjawab mengendalikan pembedahan yang mempunyai forsep dan hook yang membawa kuasa elektrik.

Kuasa elektrik ini bertanggungjawab membakar salur darah yang dipotong bagi mengelak pengaliran darah di situ.

Semua peralatan berukuran empat ke lima milimeter.

Kamera yang ada pada konsul komputer berkemampuan menggandakan imej hingga 10 kali saiz asal dan difokuskan (zoom) untuk imej yang jelas.

Master control video di konsul komputer menggerakkan tangan robot di dalam badan ketika pembedahan.

Komponen ketiga adalah penganalisis imej - perantara di antara konsul yang dikendalikan doktor dan imej yang dikendalikan robot untuk menghasilkan visual pada konsul dalam bentuk 3D.

Menerusi pembedahan robot, jahitan rumit dan halus sukar dilakukanmelalui pembedahan biasa atau open surgery dapat dilakukandengan sempurna.

Pakar juga boleh melihat dengan lebih jelas malah imej juga boleh dibesarkan ketika memotong dan menjahit organ yang rumit dan kecil.

Tujuan teknologi ini ialah memendekkan tempoh pesakit untuk sembuh dan menjimatkan masa pembedahan kepada separuh. Di samping itu, pembedahan robotik dapat mengurangkan masalah pendarahan dan tidak membabitkan pemindahan darah.

Pesakit boleh keluar dari wad dalam tempoh 24 jam dan tiub kateter dibuang dalam tempoh lima hari. Ia dapat mengurangkan kesan sakit akibat pembedahan.

Dalam kes tertentu, pesakit hanya perlu tinggal di wad selama 10 hari hingga jahitan dibuka manakala tiub kateter dibuang selepas dua minggu jika pembedahan konvensional.

Ada pesakit yang boleh berjalan empat jam selepas pembedahan berbanding tiga ke empat hari selepas pembedahan konvensional. Ia membolehkan pesakit kembali melakukan aktiviti normal dengan segera.

Pembedahan robotik Cyberknife

Cyberknife merupakan robot pembedahan berkomputer dengan ketinggian lebih kurang 12 kaki.

Ia seperti hidup dan menghasilkan gerakan-gerakan perlahan ala tai chi yang cukup mengasyikkan semasa prosedur rawatan.

Cyberknife menggunakan sistem pemanduan imej yang mirip kepada sistem yang digunakan di dalam teknologi peluru berpandu yang dilengkapi teknologi berkomputer di samping kamera imej sinar X.

Cyberknife menggunakan pancaran berganda radiasi yang bertenaga tinggi, bersumber daripada tangan robotik yang anjal ke ketumbuhan atau lesi yang telah disasarkan atau ditempatkan (seperti sistem pemanduan peluru berpandu) di dalam badan pesakit.

Ia juga meminimumkan pendedahan radiasi terhadap tisu-tisu normal yang sihat di sekeliling tumor yang dirawat.

Terapi radiosurgeri konvensional biasanya turut menjejaskan sebahagian besar tisu-tisu sihat yang tidak memerlukan radiasi.

Cyberknife boleh disasarkan kepada tumor yang kecil atau mempunyai bentuk yang kompleks berdekatan struktur kritikal seperti saraf penglihatan dan pendengaran tanpa meninggalkan kesan terhadapnya


''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Sebenarnya saya cukup tertarik dengan rencana ini.

Tuesday, December 01, 2009

Awasi perangkap laman web anti hadis

Awasi perangkap laman web anti hadis

Kebebasan bersuara dan juga konsep dunia tanpa sempadan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberi ruang kepada percambahan ilmu.

Namun demikian, hadis atau sunah Rasulullah tidak dijamin akan terpelihara seperti al-Quran. Ia menyebabkan ada usaha pihak tertentu yang menolak hadis sebagai salah satu sumber hukum Islam.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto SHAIFUDIN MOHD. NOR menemu bual pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman untuk mengupas persoalan ini.

UTUSAN: Dalam keghairahan mendalami Islam, apakah panduan untuk mengelak daripada terjebak dalam kumpulan anti hadis?

DR. FAUZI: Belajar atau menuntut ilmu sangat digalakkan dalam Islam. Banyak ayat al-Quran dan juga hadis yang menggalakkan kita menuntut ilmu.

Cuma yang penting ialah kita perlu memastikan siapakah guru kita atau dengan siapa kita nak berguru. Adakah guru itu cukup syarat dengan kata lain mempunyai autoriti atau kepakaran dalam bidangnya terutama yang berkaitan dengan Islam, maka teruskan.

Masalahnya, ada di antara kita yang mudah terpegun, terpesona dan terpengaruh dengan idea golongan tertentu tanpa bersandarkan kepada akademik.

Ada di kalangan masyarakat Islam yang mudah terpesona dengan idea-idea seseorang walaupun tidak mengetahui latar belakangnya terlebih dahulu.

Ini bukan sahaja melibatkan soal anti hadis tetapi juga perkara-perkara yang karut-marut. Sebab itu dalam mempelajari agama, hendaklah kita mencari guru yang layak. Maknanya guru itu perlu memiliki kelayakan yang diiktiraf.

Terdapat laman web khusus yang membicarakan soal Islam yang beroperasi bertopengkan Islam tetapi sebenarnya mengembangkan ideologi anti hadis. Apakah cara membanteras hal ini?

DR. FAUZI: Menggunakan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perkara ini adalah sangat dituntut. Ini juga adalah bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Anfaal: 60 yang menyuruh kita mempersiapkan diri menghadapi musuh.

Dalam era hari ini, mempersiapkan diri berhadapan musuh termasuk melengkapkan diri dengan keupayaan menggunakan ICT. Ini termasuklah kepada golongan pendakwah.

Melalui ICT, liputannya lebih meluas. Islam pun tidak pernah memusuhi teknologi tetapi yang kita banteras dan musuhi ialah teknologi yang digunakan bagi tujuan yang tidak baik atau menyesatkan umat. Perbuatan sebegini bukan sahaja membazirkan masa, tenaga tetapi juga buah fikiran.

Ringkasnya, perbuatan golongan anti hadis menyebarkan maklumat menerusi laman web ini tidak sepatutnya berlaku. Ingatlah, kita akan bertanggungjawab di depan Allah di akhirat kelak atas segala perbuatan kita di dunia ini.

Mereka ini sudahlah sesat tetapi menyesatkan orang lain pula.

Alangkah baiknya, jika kepakaran ICT itu digunakan untuk membangunkan umat melalui pengembangan ilmu yang hak dan hikmat.

Oleh itu, pihak berwajib perlu mengawal dan memantau kewujudan laman-laman web begini. Apa guna ada buku yang diharamkan penerbitannya tetapi boleh dimuat turun secara percuma melalui Internet.

Sebab itu, saya mengesyorkan perlu diwujudkan urus setia atau pasukan khas menangani hal ini. Jangan lagi kita bertangguh.

Islam telah menggariskan sumber hukum itu terbahagi kepada al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias. Apakah status golongan yang hanya berpegang kepada al-Quran sahaja?

DR. FAUZI: Menolak hadis bermakna mengingkari perintah Allah supaya kita taat kepada Rasulullah seperti juga taat kepada Allah. Hal ini banyak kali dijelaskan dalam al-Quran. Antaranya: Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. (al-Anfal: 20).

Saya acapkali menjelaskan bahawa perbuatan menolak hadis ialah isu lama yang diberi penjenamaan semula. Sekarang ia dibawa oleh golongan orientalis, dulu oleh fahaman muktazilah.

Hal ini berlaku antaranya akibat pertembungan pemikiran Barat. Mereka ini terikut-ikut kononnya pandangan Barat lebih saintifik sehingga terkeliru.

Menurut ulama terkenal, Dr. Mustaffa Al-Siba’i, anti hadis wujud kerana mereka ini gagal merujuk sumber Islam daripada sumber yang jernih.

Yang kedua, golongan ini ada kaitan dengan rasa terpegun dengan tradisi ilmiah kononnya golongan anti hadis ini lebih liberal, menggunakan logik akal dan sebagainya.

Faktor ketiga berkait dengan rasa bangga apabila mereka dikatakan orang yang berfikiran bebas atau free thinker.

Umat Islam telah diberi amaran agar tidak menyalahi rasul. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya: Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah rasul takut akan ditimpa fitnah cubaan atau ditimpa azab yang pedih. (an-Nur: 63)

Bagi golongan yang menolak hadis ini, bagaimana mereka mahu beramal?

DR. FAUZI: Inilah persoalan besar bagi golongan anti hadis. Sebabnya, dalam kehidupan seharian kalau kita bergantung kepada al-Quran sahaja banyak perkara yang kita tidak tahu. Semua benda asas dijelaskan menerusi hadis.

Tanpa hadis, kita tidak tahu bagaimana hendak menjalankan proses nikah kahwin misalnya. Begitu juga persoalan berkaitan solat.

Di dalam al-Quran sendiri terdapat lebih 40 ayat yang menganjurkan kita merujuk kepada Rasulullah. Maknanya merujuk kepada hadis.

Pandangan mengatakan hadis hanya valid semasa hayat baginda juga adalah tidak tepat. Ini dijelaskan oleh al-Quran: Dan tidaklah yang diucapkan itu menurut kemahuan nafsunya. Ucapan itu hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (al-Najm: 3-4)

Bagaimanakah golongan ulama dan ilmuwan Islam dapat membantu dalam berhadapan dengan ‘serangan’ menerusi ICT begini?

DR. FAUZI: Ulama kita pun harus mempunyai kemahiran asas menggunakan ICT. Ini bagi memudahkan mereka menjawab sebarang isu yang dibangkitkan. Jika tidak, ulama akan gagal berperanan sebagaimana sabda Rasulullah, ulama itu adalah pewaris nabi.

Motif golongan anti hadis ini amat jelas. Pertamanya, mereka menyerang Nabi Muhammad. Kedua, adakalanya mereka turut mempertikaikan al-Quran dan ketiga, perbuatan itu turut melibatkan para sahabat baginda.

Apabila ketiga-tiga hal ini dipertikaikan, maka apa lagi yang tinggal kepada umat Islam. Apa yang pasti, usaha mereka yang berjalan sejak dulu ini tidak pernah berhenti.

Dalam hal ini, kita perlu usaha yang kolektif terutama melibatkan pihak berwajib. Seperkara lagi, kalau perlu kita boleh mengadakan dialog tertutup dengan golongan yang ahli. Kalau dialog terbuka, ia tidak akan berhasil menyelesaikan isu ini.

Bekas Timbalan Rektor Universiti al-Azhar, Prof. Dr. Musa Sharin Lashin pernah berkata, golongan yang menolak hadis ini sama seperti menolak nabi dan menolak syariat Islam.

Pepatah Inggeris menyebut, don't judge a book by its cover. Tetapi dalam masyarakat kita, kalau berjubah, berserban pasti hebat ilmu agama. Benarkah penilaian sedemikian?

DR. FAUZI: Islam tidak ada uniform khas. Jangan kita tertipu dengan imej luaran. Sebaliknya kita kena tengok apa yang individu itu kata, bukannya siapa yang berkata. Selagi ia bertepatan dengan al-Quran dan hadis, bolehlah ia diterima. Jika sebaliknya, walaupun orang itu memakai jubah atau berserban besar pun, jangan kita terima kata-katanya bulat-bulat.

Memanglah ulama dahulu seperti Imam Malik apabila hendak bersyarah tentang ilmu hadis, beliau akan berpakaian cantik. Itu adalah antara adab. Cuma kita jangan terpesona dengan mazahir. Tidak semestinya berjubah itu orang yang mahir ilmu agama.

Dalam sejarah Islam, gerakan anti hadis bukanlah perkara baru. Namun, soalnya mengapa golongan ini terus mendapat tempat dalam sesetengah masyarakat.

DR. FAUZI: Sebab utamanya ada di antara ilmu Islam yang tidak menyeluruh. Kedua, mahu jalan singkat menuntut ilmu agama. Walhal tidak ada jalan pintas dalam menuntut ilmu.

Yang ketiga, terpesona dengan pendekatan oleh golongan yang anti hadis.

Islam tidak menolak logik tetapi ia perlu dibatasi oleh wahyu. Malangnya, golongan khalayak yang kurang maklumat tentang Islam akan melihat kepada apa yang sesuai dengan mereka. Ini secara tidak langsung menyebabkan mereka masuk perangkap.

sumber http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

..............................................................................................

Agar berharap agar kawan kawan yang membaca blog ini berhati hati dengan laman web anti hadis.

Wallahualam...............

Monday, November 30, 2009

Ayat Ayat Cinta

Lirik Lagu Ayat Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Nyanyian oleh Rossa

..............................................................
.................................................
..................
....
.

Aku cukup minat dengan kata kata dalam nyanyian tersebut

Pertama kali aku dengar lagu tersebut aku teringatkan pada seseorang wanita yang amat aku cintai yang berada di Pantai Timur iatu Kuantan, Pahang dimana ia yang membuatkan jiwa aku bertukar dari seorang yang ego kepada seseorang yang prihatin dan mudah memahami

Selepas aku akad nikah aku rasakan satu perasaan yang tak pernah aku alami selama ini iatu cinta sejati. Cinta yang membuak membuak dan terasa seperti dasyatnya ombak memukul pantai

Mungkin inilah yang dikatakan keindahan cinta selepas kahwin dan sehingga sekarang cinta aku pada wanita itu masih tebal dan semakin bertambah dari hari ke hari.

Walaupun jarak aku dan dia adalah jauh tetapi di hati aku terdapat dia dan setiap masa aku teringatkan dia.

Wanita yang aku maksudkan tersebut adalah isteri aku yang dicintai Puan Azlina.

.....................................................

Oh sayang ......... percayalah abang cukup cintakan sayang...............

Walaupun abang tak tahu sampai bila kita akan hidup berjauhan tetapi apa yang pasti cinta abang pada sayang cukup kuat......... abang cintakan sayang dunia dan Akhirat

..............................................................
.................................................
..................
....
.


Aku tak kisah apa orang nak kata tentang post ini yang sungguh jiwang ini. Apa yang pasti aku berjaya coretkan apa yang teersimpan di hati aku