Monday, June 01, 2009

Cuti Cuti Malaysia - Cameron Highland

Cuti Cuti Malaysia - Cameron Highland
.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Pada 23/04/2009 yang lalu selepas balik dari kerja dalam pukul 5 aku terus pulang ke kuarters dan seterusnya bersiap dan dalam pukul 5.30 aku pun terus menuju ke Terminal Butterworth dan sekarang dikenali sebagai Penang Sentral dan aku pun terus menaiki bas MARA Liner.
.
Bas bergerak pada pukul 6.00 petang dan bas pun sampai di Hentian Puduraya pada pukul 10.40. Selepas solat dan makan aku pun terus menunggu bas ke Kuantan pada pukul 11.59 malam..Pada pukul 11.45 malam bas MARA Liner ke Kuantan pun sampai dan kami semua dibenarkan mengambil tempat masing masing seperti biasa aku akan ambil tempat 3A sebab 3A adalah "single seat".
.
Pada tepat pukul 11.59 bas pun bergerak menuju ke Kuantan dan pada pukul 3.15 pagi bas akan sampai di Tol Gambang dan aku akan meminta pemandu bas menurunkan aku di Tunas Mart, jarak antara Tol Gambang dan Tunas Mart adalah 15 km dan isteri aku akan menunggu di sana dan kami pun pulang ke rumah. Begitulah rutin mingguan aku.
.
Pada 24/04/2009 pukul 4.30 pagi aku dan isteri aku pun memulakan perjalanan ke Cameron Highland tujuan kami ke sana adalah kerana isteri aku kursus disana sehingga hari Sabtu ni. Isteri aku kursus pada waktu pagi dan petangnya kami merancang untuk meronda ronda disekitar Cameron Highland.
.
Pada pukul 11.00 pagi kami pun sampai di Cameron Highland agak jauh sedikit perjalanan kami kerana kami melalui Simpang Pulai dan jarak direkodkan adalah sejauh 446 km. Pabila sampai kami pun daftar masuk Brincang Hotel dan aku pun terus mengambil udara segar di luar hotel. Keaadaan dingin ditambah dengan bayu sepoi bahasa menghembus cukup menyamankan dan menteteramkan jiwa.
.
Pada pukul 3.00 petang aku menghantar isteri aku dan kawan kawannya pergi ke tempat kursus dan aku pun balik hotel tidur sekejap sebab tak cukup tidur. Pada pukul 5.00 petang isteri aku telefon dan aku pun terus mengambil isteri aku balik dar tempat kursus selepas kami sembahyang Asar maka pengembaraan pun bermula..............................
.

Kami bergambar didalam kedai yang menjual tumbuhan hiasan dan bunga bungaan
.
Kami bergambar disebelah pokok renek hiasan.
.

Dengan gaya jelita Puan Azlina bergambar disebelah tumbuhan hiasan
.
Merah tak baju saya.....kalau nak tahu isteri tercinta yang beli baju ni...
.

Cantiknya bunga raya tu tapi wanita yang berdiri sebelahnya lagi cantik
.
gaya macho seorang suami bergambar disebelah tumbuhan hiasan.
.

Puan Azlina tersenyum disebelah pokok kaktus.
.
Ish ish tak sangka pokok katus yang berbulu pun ada
.

Kalau ikut hati semua bunga tu kami nak beli nak tanam kat rumah
.
Kaktus kat atas lagi besar hahahahaha. Macam macam jenis ada ....
.

Puan Azlina bergambar dihadapan puluhan pokok kaktus yang tersusun kemas
.

Setelah ke meneroka ke beberapa ladang kaktus yang berdekatan kami pun bercadang pergi ke atas bukit untuk melawat ladang stawberi pula tetapi usaha kami terbantut disebabkan hari dah gelap dan hujan. Kami pun bali bilik selepas kami sembahyang maghrib kami pun keluar ke pasar malam di Brincang,banyak juga barang yang kami beli dan selepas itu kami pun terus pergi makan di kedai berdekatan.
.
Setelah kenyang kami pun mengambil keputusan untuk meronda ronda disekitar tanah Rata dan Riglet. Setelah puas kami meronda ronda kami pun terus balik bilik ketika itu hujan turun dengan lebat tiba tiba cuaca menjadi begitu dingin sekali dan kami pun mengambil keputusan untuk melepak sebentar di luar. Setelah menikmati kenyamanan udara diluar kami pun terus masuk bilik dan tidur.
.
Pada 25/04/2008 setelah Subuh kami pun bersarapan dikedai sebelah hotel, selepas sarapan aku pun terus menghantar isteri aku ke dan kawan kawanya ke tempat kursus lalu aku pun terus balik ke hotel. Macam biasa lepas aku beli suratkhabar aku pun terus baca dan baca sampai tak larat nak baca. Tapi paling best sekali aku akan beli Utusan Malaysia dan ruangan paling suka aku baca adalah ruangan bisik bisik Awang Selamat.
.
Sedar tak sedar akhirnya aku terus lena tak sedar diri. hahahaha. Pada petangnya aku pun terus ambil isteri aku setelah habis kursus kami pun terus balik hotel bersiap siap dan terus keluar meronda ronda dan seperti kata kata aku sebelum ini "Pengembaraan Bermula".
.

Kami bergambar dihadapan deretan bunga yang menghiasi kaki lima jalan
.
kami bergambar dihadapan tumbuhan tumbuhan hiasan yang menarik perhatian.
.


Puan Azlina tersenyum bergambar disebelah pelbagai jenis pokok kaktus
.
Kami bergambar dihadapan pokok kaktus yang menariknya ada pokok kaktus yang tak pernah dilihat pun ada.
.
Nampak tak saya kat mana, hahahahahaha.
.
Bermacam macam jenis pokok kaktus pun ada di sini.
.
Letih berdiri, kita duduk sat ok tak? hahahahaha
.

Isteri aku dihadapan pokok kaktus gergasi yang menghiasi udara ladang kaktus
.

Puan Azlina bergambar dihadapan puluhan pokok katus yang terdapat di ladang kaktus
.
Hahahahahaha, bila lagi nak jadi budak budak
.
Kami bergambar diladang salad yang hijau mata memandang
.

Dengan senyuman isteri aku memetik strawberi.
.
Nak makan boleh tak ? Hahahaha
.

Nampaknya masih lagi tak penuh bakul strawberi yang kami petik tu.
.

Isteri tercinta sedang gembira bergambar dihadapan ladang teh yang menghijau
.
 Dengan perasaan cinta yang membuak buak aku pun memeluk isteri aku dan kami pun bergambar dihadapan pokok teh yang menghijau dan sejuk mata memandang. Hahahaha.
.

 Sambil duduk dan berdiri kami bergambar di ladang teh hahahaha
.
Pada 260/04/2009, kami bangun awal juga selepas kami breakfast kami terus bersiap beg untuk balik ke Penang. Perjalanan kami mulakan pada pukul 10.00 pagi dan kami singgah sekejap di pasar pagi untuk membeli sayur sayuran untuk kedua dua mak.
.
Setelah 2 jam perjalanan kami pun sampai di Bukit Merah lalu kami pun keluar dan seterusnya Bukit Merah Laketown Resort. Tujuan kami ke sana adalah untuk bergambar dan membawa isteri aku ke sana disebabkan isteri aku tidak pernah ke sana.
.
Kami bergambar disebelah Tasik Bukit Merah
.

Putihnnya itik itik ni
.

Kami bergambar dihadapan pintu masuk Taman Air Bukit Merah
.
Setelah 20 minit kami disana kami pun terus ke Taman Permata, setelah sampai disana kami pun terus makan dan 1 jam kemudian kami pun terus ke kuarters dan 2 jam kemudian bonda tercinta Puan Siti Roselina Indrayati datang membawa 2 bungkus laksa dan 1 jam kemudian kami pun terus balik ke Kuantan
.
Semasa perjalanan kami berhenti di Tapah dan Ulu Bernam manakala kami makan di Sungai Buluh dan kami pun sampai di kuantan dalam pukul 3.00 pagi dan perjalanan 557km tersebut ditempuh oleh ami dalam masa 6jam.

Thursday, April 02, 2009

Majlis Perkahwinan Aizaan Binti Ahmad

Majlis Perkahwinan Aizaan Binti Ahmad

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
Catatan 04/03/2009
Asalamualaikum....Aku sampai di Felda Jenderak pada waktu petang dan isteri aku Puan Azllina balik awal pagi tadi kerana pergi menziarahi jenazah arwah Tok yang baru meninggal semalam. Selepas kami sampai kami pun tolong membuat persiapan untuk hari kenduri adik ipar aku Cik Aizaan. Persiapan seperti membungkus buahulu dan coklat giat dijalankan dan kami tidak sedar masa berjalan dengan begitu pantas.
.

Inilah dia pelamin untuk hari persandingan nanti.
.

Gambar bilik tidur yang akan digunakan oleh pengantin nanti.
.
Catatan 05/03/2009
Pagi tu aku bangun agak awal sedikit selepas aku bangun aku pun khemah telah dipasang dan kami pun membungkus apa yang patut untuk diberikan pada tetamu yang hadir. Yang paling menarik semasa kami giat menjalankan persediaan kami terdengar jeritan. Rupanya rupanya ada seorang mak cik pereka hiasan meja makan beradab menjerit sebab terjumpa 2 ekor kodok dan kodok tersebut lompat ke kakinya. Hahahaha. Pada petangnya inai ditumbuk untuk menginaikan bakal pengantin.

Isteri tercinta Puan Azlina turut memakai inai

Catatan 06/03/2009 Malam Akad Nikah
Persediaan giat dijalankan untuk kenduri keesokan harinya. Pak Mertua aku Tuan Ahmad, aku dan biras aku Encik Ahamad Sapawi terus berada dibelakang rumah menolong masak dan menggoreng ayam. Mak Mertua aku Puan Halijah, Isteri aku, Kak Ipar aku Puan Azilawati dan adik ipar aku Cik Aizaan pula membuat persiapan akhir didalam rumah. Pada malamnya rombongan bakal pengantin lelaki pun tiba.


Adik Ipar Aku Cik Aizaan telah bersiap menunggu bakal suaminya datang.
.

Puan Azlina bergambar bersama Cik Aizaan
.

Isteri tercinta sedang duduk di pelamin dengan senyuman tahap 100%.
.

Puan Azlina dan kakanya Puan Azilawati bergambar
.
Giliran aku dan isteri aku bergambar di pelamin. hahahaha.
.

Isteri aku tersenyum sambil duduk di sofa.
.

Kerja kerja memtong daging giat dijalankan oleh penduduk kampung Jenderak Utara.
.

Encik Nuril Azwa pun masuk kedalam rumah.
.


Bakal bakal pengantin tersenyum dalam debaran.
.

Pengantin lelaki membaca lafaz taklik selepas habis upacara akad nikah
.

Puan Aizaan mencium tangan suaminya Encik Nuril Azwa.
.

Pengantin pun bersanding diatas pelamin setelah selesai majlis akad nikah.
.
Selepas Majlis Akad Nikah tersebut kami dikejutkan dengan berita tentang Tok isteri aku meninggal dumia, Tok sebelah Mak Mertua aku. 3 hari yang lepas Tok sebelah Pak Mertua aku meninggal harini Tok sebelah Mak Mertua aku pula yang meninggal. Aku, Isteri aku, Fikri dan Mak Mertua aku terus ke sana.
.
Sebelum itu terjadi peristiwa dimana kamera yang aku gunakan untuk video akad nikah tersebut tiba tiba terpadam dan tidak dapat merakamkan video akad nikah tersebut. Sebelum itu adik aku Koperal Azil Fikri sampai dari Negeri Sembilan. Dalam pukul 1.30 pagi kami pun pulang ke rumah dan dalam pukul 4.30 pagi Mak, Ayah, Farah, Fatimah dan Nur Hannah pun sampai kami pun makan sup tulang sehingga kami kenyang.
.
Catatan 07/03/2009
Kami bangun awal dan seterusnya aku dan isteri aku pergi membasuh meja yang akan digunakan oleh tetamu untuk makan. Setelah itu kami pun membuat persiapan untuk kenduri selepas itu kami sema terus memakai baju yang cantik cantik. Pada pukul 11.30tetamu mulai sampai dan pada pukul 1.30 rombingan pengantin lelaki pun tiba.
.

Pengantin Perempuan tersenyum sambil duduk diatas katil sementara menunggu pegantin lelaki datang.
.

dari kiri isteri tercinta Puan Azlina, adik ipar Puan Aizaan dan kak ipar Puan Azilawati dan duduk Mak Mertua Puan Halijah
.

Adik aku Cik Farah Zalina dan Cik Fatimah Zahra
.

Bonda tercinta Puan Siti Roselina bergambar bersama Cik Farah Zalina.
.

Adik kesayangan aku Cik Nur Hannah
.

Pengantin dipayung sebelum masuk ke dalam rumah.
.

Pengantin bersanding diatas pelamin.
.

Pengantin mula menyuap buah di meja makan beradap.
.

Antara hadiah yang pasangan pengantin dapat.
.
Selepas majlis kenduri maka kami pun terus mengemas barang barang dan mula menurunkan khemah dan pada pukul 5.00 petang mak dan ayah pun balik ke Bukit Mertajam dan pada pukul 6.00 adik aku azil Fikri pun balik ke Penang dan pada malamnya meriah dengan majlis buka hadiah.
.
Catatan 09/03/2009 Kenduri dirumah pengantin lelaki
Pada 09/03/2009 berlansung pula majlis persandingan dirumah pengantin lelaki dan kami semua pun turut serta di sana tetapi yang paling menariknya kenduri tersebut dijalan di Felda Jenderak Utara, ini adalah kerana pegantin lelaki juga merupakan penduduk Jenderak Utara.
.

Pengantin dipayung sebelum masuk ke dalam rumah pengantin lelaki.
.

Dengan sopan Puan Aizaan dan Encik Nuril Azwa makan di meja makan beradap.
.

Kelihatan Puan Azlina sedang makan di meja makan dan diapit oleh sepupu dan mak saudaranya
.

Pengantin tersenyum sambil makan.
.

Suasana di meja makan beradap
.
Selepas kenduri aku dan isteri aku pun pulang ke Kuantan dan pabila sampai pun terus beli barang keperluan harian dan pada malam Isnin aku pun terus balik ke Bukit Mertajam dengan menaiki bas Utama Ekspress. Nampaknya kami sekali lagi kena tinggal keseorangan aku tinggal seorang di kuarters Bukit Mertajam manakala isteri aku keseorangan di rumah sewa di Kuantan.