Wednesday, June 21, 2006

Lirik Lagu Alasan Mu - Exist

Lirik Lagu Alasan Mu - Exist
Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlna pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan
Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu
Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Putus lagi, hahahaha
Tak apa, patah tumbuh, hilang berganti

Friday, June 16, 2006

Gambar lagi sewaktu pergi Induksi Umum

pengenalan gambar: Dari kiri Yusni, Adib, Aku, Azreil, johari dan Radzi
tapi dalam gambar ni cuma seorang saja yang dah kawin iaitu si Yusni.
yang lain masih bujang. hahahahahahahahahahahahahahahahahaha.


Hai Apa Khabar semua harap sihat ja.

Antara kursus yang best dan aku pernah lalui sepanjang tempoh kerja aku adalah di Langkawi iaitu sewaktu kursus induksi umum.

Gambar diatas waktu tu kami ada kat depan pintu masuk Surise Resort langkawi.

Apa yang menariknya selepas lima hari kami berkursus maka kami pun dibenarkan keluar membeli barang. Hahahahaha masa itulah macam macam barang dibeli.

Aku dan kawan kawan pun mula lah mengorak langkah. Kami sewa van dan pergi kampung Ulu Melaka dan seterusnya pergi beli air gamat, minyak gamat, kain dan lain lain lagi. Yang paling menarik sekali member aku punyalah sakan shoping sampai ke Underwater World langkawi pun sibuk beli barang cenderamata lah coklat lah dan macam macam lagi.

Pendek kata macam macam ada kat langkawi ni. Cuma duit saja kami tak ada, kalau banyak duit habis satu Langkawi dibeli oleh kami.............. Lawak ja

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

Friday, June 02, 2006

MASA KURSUS KAT INSTUN TANJUNG MALIM

Bergambar kenangan bersama Ketua bahagian dan Ketua Seksyen Perundangan dan Pentadbiran Tanah.

Waktu ni sebelum kami pergi jungle tracking dalam hutan instun dan Strata Fall.

..............................................................................................................
Assalamualaikum semua, Apa Khabar? Harap sihat sahaja.
Aku nak cerita sedikit masa aku kursus kat INSTUN (Institut Tanah dan Ukur Negara)Tanjung Malim. Kursus yang palingbest tapi lama
Aku pergi kursus ni Tahun Lepas. 2005
Apa yang menarik adalah aku kena tinggal kat tempat kursus lebih kurang 2 bulan.
Tempat kursus dilengkapi asrama tahap 3 bintang, dewan makan yang best dan lobi yang luas dan tak lupa juga kolam renang yang sungguh biru mata memandang.
Pada mei 2005 aku kesana.
Sekeliling kawasan dilengkapi dengan pemandangan hijau sesejuk mata memandang dan tak kan rasa boring ditambah pula denan keadaan yang sejuk dan sungguh best tu.
lepas habis kelas aku macam biasalalah pi berenang ke joging ke atau main apa saja.
Tapi yang paling best sekali aku dapat berkenalan dengan kawan kawan dari seluruh Malaysia.

Setiapa hari yang dilalui semasa kursus tersebut aku merasa begitu seronok dan tenang. Walaupun ramai gak member aku kata boring. tapi bagi aku, aku tak pernah berasa boring pun walaupun satu saat.

Entahlah.........................................................................

Walau apa pun aku cukup seronok masa pi kusus tersebut.

Ni dia gambar masa aku kursus tersebut. aku kat depan sekali, nampak kan. Gambar tu ada kat atas.......

Friday, May 26, 2006

Masa Pi Kursus Kat Langkawi

Masa Pi Kursus Kat Langkawi



Assalamualaikum ..............

Pada Februari 2005 selepasku berkerja hampir 6 bulan, aku pun dikehendaki ke kursus Induksi umum dan yang paling best adalah lokasi kursus tersebut adalah di pulau Lagenda tersebut yang lain dan tidak bukan adalah di Pulau Langkawi.

Pengisian kursus tersebut kami diajar tentang kerja dalam pelbagai bidang.
Selain dari itu kami diajar supaya menjadi lebih bertanggungjawap dalam menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.


Apa pun memang seronok pergi sana, tambahan pula kami dapat tinggal di Hotel Sunrise langkawi, sedap juga masakan di sana.

Banyak tempat menarik yang kami pergi melawat dan bagi aku, kesemua tempat tempat tersebut menarik belaka.

Ramai jugak kawan masa pi kat sana.


Monday, May 22, 2006

Pergi kursus di Cameron Highland

Pergi kursus di Cameron Highland.

Assalamualaikum semua, Segala Pujian Pada Allah Tuhan Pentadbir Sekalian Alam. Dengan Rahmat Dan Kasih SayangNya hambaMu ini masih dapat bernafas lagi di bumi yang indah permai ini.

Antara tempat menarik yang dilawati ketika berkursus adalah di Cameron Highland, kursus tersebut dianjurkan oleh jabatan tempat aku berkerja.

Kami memulakan perjalanan selepas solat Jumaat. Dalam waktu maghrib kami pun sampai disana. Ketika turun bas di Cameron Highland sudah terasa akan sejuknya, seronok betul. Maklumlah aku kali pertama menjejakkan kaki di sana. Kami semua penerangan oleh boss kami dan diberi kunci hotel. Tempat penginapan kami adalah di Hotel Rosa Pasadena.

Antara perkara yang disentuh ketika berkursus adalah tentang sikap dan mentaliti. Kami pun diberi motivasi dan kata kata semangat oleh penceramah dan banyak pelajaran yang berguna boleh didapati dari kursus tersebut.

Hari yang paling best adalah sewaktu hari terakhir kursus dimana kami semua diberi kesempatan menjalankan aktiviti bebas dan dibawa melawat ladang strawberi, ladang teh dan banyak lagi tempat yang menarik.

Apa yang penting kami semua dapat melepaskan tekanan dan merahatkan minda. Seronok betul, hahaha, tapi kenapa perkara yang menyeronokkan hanya datang datang sekejap saja. Tapi tak mengapa sebab aku dah berjaya melangkah ke Cameron Highland kerana ia merupakan tempat idaman aku sejak dari zaman persekolahan lagi. Aku gembira betul hahahahaha