Kisah Ramadhan Azril Azlina 1436 Hijrah
Catatan 17 Jun 2015
Harini Azril merasakan hari terlalu
lambat walaupun kesemua tugasan telah Azril selesaikan, ini adalah
kerana Azril tidak sabar untuk bercuti menyambut Ramadhan pada 18 dan
19 Jun nanti dan cuti akan bersambung sehingga 20 dan 21 Jun nanti.
Setelah agak lama tidak naik 2 bas ke Kuantan tetapi kali ini Azril
akan naiki 2 bas untuk ke sana dan ia akan bermula hari ini sehingga
habisnya bulan puasa. Setepat jam 5 petang Azril mengetik kad perakam
waktu dengan langkah yang agak cepat, Azril terus meninggalkan tempat
kerja menuju ke kuarters. 20 minit kemudian Azril keluar meninggalkan
kuarters menuju ke Terminal sementara Penang Sentral yang terletak di
Bagan Dalam, Butterworth.
Setelah sampai di Terminal sementara
Penang Sentral, Azril terus menunggu bas sampai dan diwaktu itu juga
Azril turut bersembang bersama beberapa orang kawan yang selalu naik
bas. Kebanyakkan mereka lebih berumur dari Azril dan kadang kadang
kata kata mereka membuatkan Azril terdiam seribu bahasa, terkedu dan
insaf sekejap. Antara kata kata mereka adalah :-
"Takpa lah Azril, baru 7 tahun
dok jauh, saya ni dah 15 tahun dah. Kalau ada rezeki nanti dapat dok
sama dengan isteri nanti. Kita kena banyak doa sebab Allah suka
hambaNya yang selalu suka doa"
"Azril takpa lah boleh balik
tiap tiap minggu, saya tak boleh. Kalau saya balik seminggu sekali
nanti perbelanjaan dapoq rumah isteri saya kat K.L nanti kurang"
"Sabaq banyak banyak Azril,
Azril baru 7 tahun saya ni dah 10 tahun dah dok jauh. Kalau Azril
naik dua bas nak balik Kuantan, saya pulak naik 4 bas. 3 bas ekspress
dan 1 bas bandar baru sampai rumah saya"(Penang Sentral – Pudu
Sentral – JB Sentral – bas bandar ke rumah)
"Kalau sebelum ni Azril ada
pilihan naik bas malam untuk sampai kat Kuantan, kami pula tak ada
pilihan. Kalau kami tak naik bas petang nanti lambat sampai K.L dan
kami tak ada bas bandar untuk balik rumah nanti"
"Yang sebetoinya Azril cukup
bertuah sebab balik Kuantan dah boleh rehat. Tak macam saya nanti
balik K.L dan (sempat) lah tidoq sat saja lepaih tu saya tolong kawan
saya proses makanan dari pukui 9 pagi sampai sampai 6 petang rehat
sat sambung pulak dari 10 malam sampai 3 pagi. Esok tu pulak jam 4
petang dah nak balik naik bas semula, tak boleh lambat satgi tak dak
bas nak balik rumah sewa kat Kepala Bataih"
Ada kalanya sewaktu mereka berbicara
tentang kehidupan mereka, Azril akan diam seribu bahasa dan mendengar
apa yang diceritakan dengan penuh minat. Reaksi mereka ada kalanya
sedih dan gembira sewaktu menceritakan kisah hidup mereka.
Tiba tiba bas MaraLiner pun datang dan
setepat jam 6.15 petang bas tersebut memulakan perjalanan
meninggalkan Terminal Penang Sentral . Di dalam bas kadang kadang
Azril mula terfikir kembali apa yang diceritakan oleh rakan rakan
Azril tentang apa yang dilalui mengenai kehidupan mereka.
Sesungguhnya Azril amat bersyukur dengan kehidupan Azril............
Seringkali Azril berpesan pada diri sendiri dan memotivasikan diri
sendiri dan antara ayat yang selalu Azril ucapkan adalah :-
"Jangan mengeluh dengan apa
yang dilalui, kalau kita kata kita susah banyak lagi orang susah dari
kita, apa yang penting kita banyakkan usaha dan jangan mengeluh"
Ayat tersebut merupakan ayat yang
diucapkan oleh Azril setiap hari sambil memandang ke arah cermin dan
selepas Azril mengucapkan demikian Azril akan senyum dihadapan
cermin. Antara keajaiban yang terjadi adalah dengan secara tiba tiba
kepala Azril berasa lapang dan tenang.
Pada jam 11.00 malam bas MaraLiner pun
sampai di Hentian Duta dan pada 11.20 malam bas sampai di Pudu
Sentral. Azril pun turun dari bas dan menaiki tangga terminal bas
tersebut untuk memerhatikan skrin tv yang menunjukkan jadual
perjalanan seterusnya.
Pada jam 11.45 malam, Azril turun ke
platform yan ditetapkan dan pada 11.50 malam kapten bas memeriksa
tiket dan membenarkan kami duduk di tempat yang dicatatkan didalam
tiket perjalanan. Setepat jam 12.00 tengah malam bas Transnasional
pun memulakan perjalanan membelah kesibukan tengah malam di Bandaraya
Kuala Lumpur menuju ke Kuantan Pahang.
Catatan 18 Jun 2015
Pada jam 3 pagi Azril pun sampai di
bumi Kuantan Inderapura, setelah sampai di Terminal Kuantan Sentral,
Azril pun turun dari bas menuju ke tepi jalan dan isteri Azril pun
menghampiri Azril dengan kereta. Azril membuka pintu kereta dan masuk
dan bermulalah dialog yang riang gembira
Azril : Asalamualaikum
Azlina :
Waalaikumusalamwarahmatullahiwabarokatuh
Azril : Hmm segarnya muka, dah lama
bangun tidur ka?
Azlina : Ya, kalau abang nak tahu ayang
dah masak nasik dah tunggu nak masak lauk saja
Azril : Ya ka, nak abang tolong masak
apa apa ke nanti?
Azlina : Tak apa, abang kan penat baru
sampai. Lepas sampai rumah abang pi tidur.
Setelah sampai di rumah Azril terus
tidur. Tiba tiba Azril dikejutkan oleh bunyi penggera jam di telefon
bimbit dan Azril terus bangun dan melihat isteri Azril sedang
mengelap matanya sambil membuat tugasan yang diarahkan oleh
pensyarahnya di komputer riba. Tanpa sepatah pertanyaan pun, Azril
dapat mengagak bahawa 3 jenis lauk telah disediakan oleh isteri
dengan menghidu bau masakan dan bermulalah dialog.
Azril : Jom makan, takpa abang cedok
lauk dulu, sayang buatlah tugasan tu perabih dulu
Azlina : Abang cuba teka apa yang ayang
masak?
Azril : Sat na abang teka, tentu
sayang masak gulai, ikan kering dan sayoq
Azlina : Macam mana abang tau kata
ayang masak kari? Ada satu lagi abang tak sebut
Azril : Abang bau gulai tadi, hmm apa
dia lauk tu sat lagi abang pi tengok
Sambil mencedok lauk dan nasi serta
menghidangkan di atas meja barulah Azril perasan bahawa lauk
tambahan adalah telur masin. Salah satu menu wajib kami di bulan
puasa untuk membangkitkan selera makan sahur. Setelah itu kami pun
makan sahur untuk berpuasa 1 Ramadhan dengan sungguh berselera
sekali. Setelah makan sahur, kami menunggu Subuh dan setelah subuh
kami berehat sejekap.
Azril pun terjaga dari tidur dan
melihat sekeliling Azril dan Azril dapati matahari telahpun naik agak
tinggi. Azril juga dapat mengagak yang isteri Azril telah pun bangun
agak lama disebabkan bahagian tempat tidurnya telah dikemaskan dimana
bantal dan selimut telah disusun kemas. Tanpa melihat jam atau
telefon bimbit Azril mengambil tuala di tempat yang disediakan dan
mandi.
Dengan memakai kain pelikat Azril turun
ke tingkat bawah dan melihat belasan keping muka surat telah dicetak
dan fahamlah Azril bahawa isteri Azril telah lama membuat tugasannya.
Bermulanya dialog..
Azril : Wah, banyaknya muka surat
tentu dah lama bangun kan?
Azlina : Dari pagi tadi ayang tak
tidur.
Azril : Oh ya ka... Kita ada urusan
kat Bandar Kuantan, jom siap
Azlina : Abang....
Azril : Kenapa sayang
Azlina : Ayang teringin sangat nak
makan ketam buka puasa nanti, apa kata lepas habis urusan kita pi cari
Azril : Ketam... Hmm mahai kan ketam
tu kalau kita beli kat sini
Azlina : Pendapat abang?
Azril : Ok takpa. Satgi kita pi
bandar sat, lepaih tu kita pi Pasar Ikan Segar Beserah tentu banyak
ketam segar dan harga dia murah sikit dari kedai biasa.
Setelah selesai urusan kami di Bandar
Kuantan, kami ke Pasar Ikan Segar yang terdapat di Beserah.Setelah
sampai di rumah Puan Azlina membersihkan ikan dan ketam yang dibeli
tadi dan memulakan proses memasak. Kesemua juadah berbuka puasa
disiapkan pada jam 6.45 petang dan setelah itu Puan Azlina berehat
sekejap. Disebabkan Azril tidak tahun memasak, Azril hanya
menghidangkan makanan sahaja. Akhirnya setelah mendengar laungan azan
di radio RTM Pahang Fm kami terus membacakan doa berbuka puasa dan
makan dengan berselera sekali...
Sesekali Azril memandang wajah isteri
Azril yang sunguh berselera makan hati Azril menjadi sayu kerana
dalam masa beberapa hari lagi Azril akan balik ke Bukit Mertajam dan
seperti biasa Puan Azlina akan keseorangan di rumah dan berbuka puasa
seorang diri dan segala galanya yang dia lakukan seorang
diri...............