Wednesday, January 14, 2015

Majlis Akad Nikah Fatimah Zahra Binti Hamzah dan Farid bin Nordin

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ . 

Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian ............................................................................................

Majlis Akad Nikah Fatimah Zahra Binti Hamzah dan Farid bin Nordin

Tarikh : 01 Disember 2013
Lokasi : Bukit Mertajam
Kamera: Kompak dan kamera telefon bimbit


Inilah dia adinda saya yang ke 5 Cik Fatimah Zahra Binti Hamzah. Pakaian pengantin ni dari kaki sampai kepala dia yang jahit sendiri

Pengantin tersenyum sementara menunggu waktu untuk diijabkabulkan

Puan Azlina dan Cik Fatimah
Farhana dan Mak Teh nya
Cik Fatimah dan kekandanya yang kacak..... Hahaha
Tok Kadi dah mai dah
Berdebarnya Encik Farid pada waktu ini

Antara sanak saudara yang hadir bagi memeriahkan majlis
Lafaz ijab dan kabul dimulakan
Syukur Alhamdulilah. Dah selesai....

Lafaz penerimaan tanggungjawap
Tandatangan pertama Puan Fatimah Zahra setelah sah menjadi isteri Encik Farid
Pengantin baru dan wang hantaran mereka

Encik Farid menyarung cincin di jari Puan Fatimah Zahra
Pasangan pengantin bersalaman dan membatalkan air sembahyang setelah mereka sah bergelar suami isteri
Encik Farid mencium tangan ayahanda mertuanya Tuan Haji Hamzah
Dalam tangisan gembira Puan Fatimah Zahra memeluk bonda Puan Hajah Siti Roselina
Encik Farid memeluk bonda mertuanya Puan Hajah Siti Roselina
Nur Farhana Zuhaira turut sama berlinangan air mata
Gambar Puan Fatimah turut dirakam oleh Pak Cik Yahaya
Kami bergambar beramai ramai

Buat adindaku Puan Fatimah Zahra binti Hamzah. Semoga menjadi isteri yang solehah dan mendapat rahmat dari Allah di dunia dan Akhirat

No comments: