Tuesday, November 24, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan STPM

Selamat Menghadapi Peperiksaan STPM

Buat calon calon peperiksaan STPM seluruh tanahair Malaysia ini termasuk adik saya yang ke 6 Cik Fatimah Zahra, saya mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan STPM yang telah bermula pada 18 November 2009 yang lalu dan berakhir pada 10 Disember 2009 depan.

Disiplin dalam belajar adalah yang paling penting dimana ketepatan masa adalah sesuatu yang diperlukan dalam mengulangkaji pelajaran di waktu waktu akhir.

Mulakan doa dan minta restu kedua mak dan ayah sebelum keluar rumah dan jawap dengan yakin dengan yakin dan tenang. Berusahalah bersungguh sungguh agar medapat keputusan yang terbaik demi masa depan yang gemilang.

Sebelum malangkah kaki keluar dari rumah baca doa penerang hati dan benyakkan berzikir. Apa yang penting cuba tanamkan azam yang kita akan berjaya. Yakin dengan diri sendiri dan tapi awas jangan terlalu yakin.

Selepas habis satu satu kertas peperiksaan jangan berbincang dengan kawan kawan tentang kertas yang lepas ini adalah kerana untuk mengelakkan motivasi minda menjadi negatif.

Inilah stakat ini yang saya dapat coretkan kali ini sebab saya pun pernah mengambil peperiksaan STPM.

................................................................................

Kepada Cik Fatimah Zahra:- jawap dengan tenang dan yakin, abang tahu Fatimah boleh lakukan yang terbaik demi masa depan yang gemilang kan Fatimah nak jadi Arkitek. Apapun ikuti tips yang abang lakukan sewaktu nak pergi periksa.


Cik Fatimah Zahra yang ceria. Hahahaha
.

2 comments:

ADAM-FAYYADH said...

saya doakan adik encik azril berjaya didalam peperiksaan serta mendapat keputusan yang cemerlang nanti insyaallah...

azril said...

Terima Kasih atas kata kata semangat tersebut, semoga dia berjaya nanti. InsyaAllah